Bukannya hendak memeriksa dan menyibuk di rumah orang ketika berhari raya. Tetapi bilangannya banyak dan lokasi patung-patung itu terlalu strategik untuk mudah dilihat.
Yalah, sudah tentu tuan rumah meletaknya di tempat yang mudah dipandang tetamunya..
Terhadap sahabat-sahabat terutama ahli jamaah, tengok-tengoklah hiasan perabot yang ada di rumah kita.
Tidak dinafi, sebahagiannya tidak disedari kerana yang menghias dan menyusun kebiasaannya orang rumah atau anak-anak perempuan.
Jadi, yang masih mempunyai patung yang tidak syar’ie di dalam rumah, tolong-tolonglah singkir dan bersihkan. Fahamkanlah isteri dan ahli keluarga kita tentang larangannya.
Maafkan saya kerana menegur.
Sabda Nabi SAW : “Malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya terdapat patung”.