Archive for 6 Oktober 2008


GAYA SI KECIL

Sebagai menepati janji kepada anak-anak mereka yang saya ambil gambarnya,  paparkan beberapa keping gambar anak-anak sahabat dan saudara mara sepanjang hari raya lalu.

Keterangan gambar di bawah. Nombor gambar bermula dari atas, dari kiri ke kanan.

1. Md Syukri Hanafi (anak sepupu)

2. Nur Hafizuddin Wafiq (baru 3 minggu)

3. Md Hazmi Izzuddin (anak sahabat karib – Puan Ajimah)

4. Md Nasrullah Lailee (anak buah Ustazah Rina Rambli)

5. Md Nur Ikmal & Md Nur Fadhli Musa (kembar – sepupu)

6. Md Arif Md Hussein (anak sepupu) iras-iras Putera Shazlan?

7. Sofea Nur Adrina Siswanto (pangkat cucu?)

8. Farahezzaty Nabilla Md Farizey (anak sahabat karib)

9. Nuha ‘Ulya Md Rushdan (anak sahabat dari UMS KAL)

10. Md Farid Asraaf Hj Najib (anak sahabat lama)

11. Khairiah, Khairunnisa & Nur Jihan (anak Ust Ahmad Junid Aling)

12. Abd Shamnizan Rahman & Md Khairul Ikhwan Minggu (dua bersepupu)

Menjelang tengahari, kami ke Tanah Perkuburan Kg Rancha-Rancha, kira-kira 15 minit dari rumah.

Kampung ini adalah kampung asal kepada kedua orang tua dan datuk nenek kami.

Keempat-keempat datuk dan nenek di kedua-dua belah pihak bapa dan emak sudah kembali kerahmatullah.

Dalam bahasa standard bangsa Brunei, kedua-dua datuk dan nenek dipanggil dengan panggilan nenek laki dan nenek bini.

Mahali bin Sulaiman bin Tarip, bapa kepada bapa kami telah meninggal dunia pada 7 April 2002.

Isteri pertamanya Kamariah Saad meninggal terlebih dahulu pada 1947/48 di Terusan, Lawas, manakala isteri keduanya Dg Tiara Arjoh – bersepupu dengan Kamariah – yang dinikahi 1950an meninggal pada 24 Mac 1997.

Bapa kami adalah anak ketiga daripada isteri pertama.

Nenek Mahali bersama isteri pertama mempunyai 4 adik beradik – Mohammad (Allahyarham), Hj Zakaria, Hj Othman dan seorang lagi anak yang meninggal ketika masih bayi.

Sementara Abd Jalil bin Hj Maidin, bapa kepada emak kami pula telah meninggal dunia pada tahun 1981, manakala isterinya Minah bte Matali kembali kerahmatullah pada 1985.

Semoga mereka semua berbahagia di alam barzakh sana.. al-Fatihah.

%d bloggers like this: