Tepat 11.10 malam ini, kami sekeluarga selamat tiba di rumah di Kg Meruntum Putatan setelah bercuti selama seminggu di WP Labuan.

Pergerakan dari rumah bermula pada jam 5.45 petang, menuju ke Terminal Feri Penumpang dan Kenderaan di pusat bandar Labuan sebelum bertolak ke Menumbok di tanah besar Sabah.

Feri bertolak lewat 40 minit gara-gara kenderaan dan penumpang terlalu ramai dari Sabah ke Labuan. Jadual asalnya pada jam 7.00 malam.

Mujur tempoh menunggu tidak membosankan kerana bersama kami dua kenderaan sepupu yang turut kembali ke Kota Kinabalu.

Adalah teman lepak dan sembang sebentar.

Sebuah Pajero menuju ke Moyog Penampang dan sebuah lagi Honda ke Taman Kingfisher di Likas.

Mendarat di Pelabuhan Menumbok jam 9.10 malam, saya menyaksikan deretan kenderaan menanti giliran masuk ke dalam feri untuk kembali ke Labuan.

Dua jam di jalanraya selain singgah 10 minit solat di Masjid Imam Yaakub di Kg Beringgis Papar, kami tiba di rumah dengan selamat. Alhamdulillah.

Insya Allah, catatan perjalanan sepanjang hari raya menyusul…