Sejak hampir 20 tahun PAS dan Tok Guru Nik Abdul Aziz memimpin Kelantan, saban waktu mereka difitnah oleh musuh politik.

Kelantan mundur, Tok Guru tak pandai memerintah, tiada pembangunan, wanita tidak dibenarkan bekerja, rakyat Kelantan miskin, PAS rakyat ajar jadi pemalas dan bermacam tuduhan lagi dilempar kepada kerajaan ini.

Walaupun ini kali ketiga saya berkunjung ke negeri ini, tetapi kunjungan ini lebih menjelaskan lagi suasana sebenar.

Pembangunan fizikal rancak berjalan, ekonomi rakyat berkembang dan dalam masa yang sama pembangunan itu berdasarkan acuan Islam. Islam tetap menjadi dasar pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Kelantan ada Tesco, KB Mall, Kelantan Trade Centre, dan bermacam lagi tetapi dalam masa yang sama menutup premis judi, sarang maksiat, pub, kedai gunting unisex, nite club, melarang wayang kulit yang khurafat, artis wanita dan sebagainya.

Orang miskin bukan saja ada di Kelantan, di Sabah pun ada, di Johor pun ada, di Melaka pun ada.

Tok Guru dikatakan tidak pandai memerintah tetapi sudah 18 tahun beliau memimpin tanpa sebarang satu pun kes rasuah.

Kelantan adalah negeri paling konsisten membayar hutang kepada kerajaan pusat yang telah diwariskan oleh BN sebelum 1990.

Kerajaan Kelantan mewajibkan rumah rakyat dibina sekurang-kurang tiga bilik bagi memenuhi tuntutan Islam.

Kaum ibu diberikan cuti bersalin 60 hari bagi memberi peluang si ibu memberi tumpuan kepada anak yang memerlukan kasih sayangnya. Kemudian ini ditiru oleh Kerajaan Pusat.

Kerajaan Kelantan dahulu pernah dikatakan mengajar rakyatnya jadi pemalas apabila memberi cuti dua hari seminggu.

Tiba-tiba kini kerajaan pusat dan semua kerajaan negeri BN menurut jejak langkah Kelantan. Tok Guru mendahului pemikiran BN jauh ke hadapan.

Bercerita soal itu tidak akan pandai habis. Pemerintahannya berdasarkan Islam, bersandarkan wahyu Allah SWT.

Saya saran saudara mencari dan mendapatkan buku kecil berwarna merah tulisan Dinsman bertajuk ‘100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia’.

Buku ini mencatatkan 100 perkara yang dilakukan di Kelantan dan kini ditiru satu-persatu oleh kerajaan pusat.