Satu lagi perkara yang menyeronokkan mata saya apabila melihat tulisan jawi benar-benar hidup di bumi Kelantan.

Iklan-iklan, papan iklan gergasi, tanda jalan, ditulis, diiringi atau didahului dengan tulis jawi.

Jawi adalah tulisan asal bahasa Melayu. Cina ada tulisannya, India pun ada tulisannya. Tulisan Melayu ialah jawi.

Di negara Brunei, tulisan jawi dimartabatkan. Begitu juga di India dan Iran ada sistem tulisan jawi mereka sendiri.

Tulisan jawi sangat akrab dengan perkembangan Islam. Orang yang membaca al-Quran menjadi asas untuk membaca tulisan jawi.

Maka orang yang tidak pandai membaca al-Quran agak susah membaca tulisan jawi.

Al-Quran berbahasa Arab tetapi mempunyai baris. Jawi kita berbahasa Melayu tetapi tidak berbaris.

Sesekali kami ketawa kecil melihat tulisan jawi di papan tanda di sekitar Kota Bharu.

Bukan kerana apa-apa pun, seronok sebab gambaran begini tidak banyak kita lihat di Kota Kinabalu.

Bukan tiada langsung tetapi sangat sedikit dan jarang.