Alhamdulillah, malam ini sekitar jam 9 dari Masjid Negeri, saya bersama 3 yang lain, mengunjungi Muhammad buat kali ke-2. Ust Hj Muchlish, Cikgu Jamil dan Cikgu Hasyim.

Tidak ada perbezaan keadaan Muhammad pada kunjungan kali ini berbanding kunjungan semalam. Hanya abangnya itu sahaja yang nampak lebih-lebih.

Terlalu risaukan soal bayaran kos rawatan adiknya sedangkan urusan itu sedang dalam perhatian pihak Petronas selaku majikan Muhammad.

Seperti semalam, interaksi kami masih berlangsung dengan tulisannya. Katanya, fikirannya kacau bilau dan tidak tenteram. Cikgu Jamil dan Ust Muchlish menasihatkan agar selalu ingat kepada Allah.

Sedikit mengejutkan apabila Cikgu Jamil bercakap dengan petugas SMC di kaunter bahawa selain Muhammad didaftarkan sebagai Ajay Kumar, agamanya juga didaftar masuk sebagai agama hindu!

Kebetulan petugas itu seorang wanita Islam, Cikgu Jamil mengingatkannya agar mempunyai tanggungjawab selaku seorang Islam apabila berlaku sesuatu yang mencurigakan kepada Muhammad.

Sebelum balik rumah, kami singgah di Restoran Rahayu..