Di dalam solat, menurut mazhab asy-Syafie, hanya ada empat tempat kita disunnatkan mengangkat tangan.

Kadarnya adalah sekira-kira ibu jari setentang dengan cuping telinga. Tapak tangan itu pula dihadapkan ke arah kiblat, bukannya ke arah telinga atau ke arah muka.

Pertama, ketika takbiratul ihram. Kedua, ketika hendak rukuk. Ketiga, ketika bangun dari rukuk. Keempat, bangun dari tasyahhud awal.

Selain dari empat tempat ini, tidak ada lagi tempat untuk mengangkat tangan di dalam solat.