Tag Archive: Zamihan al-Ghari


SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY?

Buku Yang Baru Dibaca :

Penulis : Zamihan Mat Zin al-Ghari

Penerbit : Kemah Enterprise

Harga : RM25.00

Buku ini menjelaskan tentang latarbelakang fahaman Wahhabiy, sejarah kemunculan, sejarah perbandingan, realiti sejarah global dan sejarah kemunculan Wahhabiy di Tanah Melayu. Buku ini juga membongkar doktrin pemikiran Wahhabiy, tokoh-tokoh Wahhabiy Timur Tengah, kesan negatif fahaman Wahhabiy dan perkaitannya dengan keganasan global, perbandingan hujjah di antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Wahhabiy, kritikan ulama sunni terhadap Wahhabiy dan status terkini Wahhabiy di Malaysia.

Garapan buku ini bertambah menarik apabila ia didedahkan oleh seorang pakar pengkaji Wahhabiy. Beliau telah menyampaikan lebih 2000 ceramah berkait dengan ajaran sesat dan gerakan ekstrimis di Malaysia kepada pelbagai Universiti, Institut Pengajian Tinggi, Kementerian & Jabatan Kerajaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Masjid-Masjid dan Surau-Surau dan pelbagai Syarikat Swasta.

SEMINAR AKIDAH SUNNI

Saya hampir terlupa menghadiri seminar berkenaan yang diadakan di Dewan Besar, Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sabah pada isnin lalu walaupun sudah mengesahkan nama mewakili Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah. Pada awal pagi saya menyertai pegawai JHEAINS menerima lawatan JAIS, tetapi sekitar jam 10 pagi saya bergerak ke Seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Seminar dimulakan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk “Konsep Akidah : Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat, Ketua Jabatan Akidah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kemudian diteruskan dengan pembentangan kedua yang bertajuk “Ancaman Ke Atas Akidah Ummah” yang disampaikan oleh Ustaz Haji Zamihan bin Mat Zin, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Setelah melihat keperluan memahami aqidah yang sebenar, saya merasakan program ini sewajarnya diadakan secara bersiri apatah lagi pembentangan Ustaz Zamihan al-Ghari dirasakan terlalu singkat terutama apabila beliau hanya sempat menerangkan Syiah dan sebahagian berkenaan Wahabi. Selain itu, kehadiran boleh dikembangkan kepada lebih ramai pihak seperti wakil IPTA, IPTS, pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan (kerana ada jabatan hanya menghantar kakitangan biasa sahaja) pegawai kanan pasukan beruniform seperti PDRM dan ATM.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers

%d bloggers like this: