Tag Archive: Syria


nazmi karim

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/wawancara/konflik-syria-petanda-akhir-zaman-1.213326

KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.

Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).

Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal.

Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua’lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.

Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS.

Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan ‘Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam’ bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’.

Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”.

Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja.

Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah – Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China?

Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya.

Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu.

Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga berasal dari tempat itu. Bagaimana Ustaz melihat perkara ini?

Saya kurang pasti, tetapi datuk nenek Bashar memang dari Iran. Jadi hubungannya memang kuat. Satu lagi, di Syria, Bashar berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi. Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di Iran.

Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria. Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik. Benarkah begitu?

Yang saya dengar daripada ulama Palestin, Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria. Insya-ALLAH dikatakan tentera juga dari tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kubur Salahuddin di Syria, betul-betul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan Fatimiyyah.

Ada dakwaan mengatakan, sekiranya Amerika menyerang Syria, maka akan jadi Perang Dunia Ketiga. Apa pandangan ustaz?

Wallahua’lam. Saya rasa memang sudah dekat-dekat, tetapi saya tiada pengalaman dalam sejarah bab perang. Namun, tidak mustahillah (akan berlaku Perang Dunia Ketiga) kerana melihat contoh apabila Amerika kata hendak serang Syria, sekutu Syria, Russia kata; “Kalau engkau nak serang Syria, aku serang Arab Saudi”.

Arab Saudi pula sekutu Amerika. Sekutu Syria, iaitu Iraq, Iran, Russia dan semua sekutu dengan Russia ialah geng komunis, manakala Eropah dan Amerika pula sekutu dengan Arab Saudi. Jadi bila berlaku peperangan nanti, Wallahua’lam…tak mustahil berlaku.

Apa istimewanya Syria sebagai sebuah negara Syam?

Nabi pernah sebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”. Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).

Nabi sebut lagi; “Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik). Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam”. (Riwayat Abu Daud).

Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.

Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Mereka menjawab: “Tiang-tiang al-Kitab.

Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka penglihatanku mengikutinya.

Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani).

Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.

Apa yang berlaku di Syria, ada kaitan dengan tanda-tanda akhir zaman. Apa nasihat Ustaz?

Nasihat saya, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka. Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.

Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.

Tarikh : 10 Sept 2013

Tempat : Surau KUIZM

Panel : Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim (Penasihat PMRAM) & Sdr Kamaruzaman Mohamad (Ketua Pemuda PAS WP)

Anjuran: Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

 

 

Buku yang baru dibaca :

syeikh albuti

Penulis : Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Penerbit : Pustaka Cahaya Kasturi

Harga : RM16.00/RM18.00

Apabila berada di Syam dalam meneruskan tradisi ilmu, penulis kerap kali menghadiri majlis syeikh kerana ketika itu beliau dianggap di antara tokoh yang paling menonjol dan terbilang di bumi Syam.

Rakan-rakan penulis dari jauh seperti Halab, Salqin dan lain-lain apabila mengunjungi Kota Damsyiq biasanya tidak melepaskan peluang untuk mendengar buah fikiran syeikh dan mengikuti pelajarannya. Begitu juga penulis mendapati ramai pelajar dari dunia Arab yang menetap di kota Damsyiq seperti Algeria, Sudan, Mesir dan lain-lain juga menghadiri majlis ilmu Syeikh al-Buti.

Antara keistimewaan syeikh ialah bahasanya yang indah dan mudah difahami di samping ketinggian adab sasteranya yang begitu menyerlah.  Biasanya, dalam ceramah yang disertai oleh ramai ulama khususnya Ihtifal Maulidur Rasul maka Syeikh al-Buti akan menjadi penceramah terakhir dan menggulung perbincangan bahkan menambahkan fakta ilmiah yang baru berdasarkan pengamatannya yang mendalam.

syria

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/20288-rakyat-syria-mangsa-kezaliman-dan-kesilapan-negara-umat-islam

Ketika ini seluruh dunia bersepakat untuk wajib mempertahan dan membela hak asasi manusia yang juga menyentuh hak majoriti dan hak minoriti seperti mana dalam Universal Declaration of Human Rights (United Nations) di Paris pada tahun 1948 dan Cairo Declaration on Human Rights in Islam (OIC) pada tahun 1990.

Walaupun kedua-dua deklarasi ini ada perbezaaan teras tertentu, tetapi semua negara-negara yang menandatanganinya telah bersetuju bahawa tiada lagi mana-mana pihak yang boleh dizalimi, tidak boleh dinafikan haknya sebagai manusia, bahkan ada yang berfikir lebih melampau sehingga mempertahankan hak binatang lebih daripada hak manusia.

Tetapi semuanya ini tidak diambil peduli apabila menangani isu besar dan mendesak yang menyentuh hak rakyat Syria, kerana pihak yang menjuarai hak asasi ini sibuk menjaga kepentingan negara masing-masing dan mempertahankan hak keselamatan negara haram Israel, samada secara sedar atau tidak sedar.

Begitulah rupanya apabila pengaruh Zionis dan agendanya masuk ke dalam kepala para pemimpin  dunia, negara kuasa besar dan lebih malang lagi termasuklah pemimpin negara Arab dan pemimpin negara umat Islam.

Perlulah kita ingat bahawa para pemimpin kanan Israel, sama ada pimpinan politik atau tentera, tlahpun membuat kenyataan terbuka bahawa Israel akan campur tangan menyerang secara lansung ke dalam Syria sekiranya senjata jatuh ke tangan kumpulan Islam, sama ada Ikhwan Muslimin, al-Qaeda atau Hizbullah.

Nampaknya Israel tetap menjaga kepentingannya tanpa mengira apakah mazhab yang dianut oleh kumpulan yang bernama Islam. Inilah sikap sebenar negara haram Zionis ini yang menunjukkan sikapnya yang paling bermusuh terhadap Islam.

Aspek yang lain pula, jangan dilupai bahawa semua negara kuasa besar terlibat mewujudkan negara haram Israel sejak tahun 1948 menerusi British Mandate for Palestine. Sejak saat inilah semuanya terpengaruh dengan agenda Zionis yang menjadi guru mencipta ideologi kepada semua negara kuasa besar dan sekutunya yang berbeza ideologi  itu. Seterusnya rangkaian Zionis mempengaruhi  politik dalaman dan antarabangsa, ekonomi dunia dan medianya.

Sejarah membuktikan, bahawa Zionis ini tidak akan mengizinkan mana-mana kumpulan Islam, samada kumpulan itu dari mazhab Sunni, Salafi  atau tidak. Mereka juga tidak mengira samada kumpulan itu adalah Syiah muktabar atau tidak, dan tanpa mengira pendekatan  sederhana atau melampau, Ikhwan atau al-Qaeda atau Hizbullah, semuanya diletakkan dalam satu bakul.

Semuanya tidak diizinkan sekiranya  yang mengambil alih kuasa di Syria bagi mengganti Basyar Asad dan Parti Ba’athnya. Israel dan semua kuasa besar itu  boleh menerima siapa sahaja yang tidak berjenama  Islam tanpa mengira ideologinya.

Pendirian mereka ialah bahawa Basyar Asad tetap lebih baik daripada semua kumpulan Islam tanpa mengira mazhab, kerana sebarang perubahan kepada Islam dikira paling membahayakan keselamatan Israel dan menjejaskan kepentingan  negara barat  dan sekutunya dan juga Russia, China  dan sekutunya.

Bacalah kenyataan Ketua Turus Pasukan Pertahanan Israel (IDF Chief of Staff) Benny Gantz pada Januari 2012 lalu bahawa Israel boleh menerima puak Alawi dari kumpulan Basyar Asad sebagai pelarian akibat dari Revolusi yang berlaku di Syria, kerana kumpulan ini tidak membahayakan Zionis Israel.

Maka akhirnya Kerajaan kumpulan minoriti Alawi  yang sesat dan Parti Ba’ath berideologi kiri pimpinan Basyar Asad adalah paling diterima oleh semua kuasa besar itu demi kedudukan masing-masing.

Maka akhirnya rakyat Syrialah yang menjadi mangsa pertembungan bersenjata yang melibatkan  kuasa besar timur dan barat yang melibatkan  Amerika, Kesatuan  Eropah dan sekutunya, dan juga Russia, China dan sekutunya.

Terheret sama dalam konflik berdarah ini ialah negara serantau, Turki, negara Arab dan Iran  di atas nama strategi masing-masing. Akhirnya Basyar Asad juga yang dilihat lebih berpeluang  mengikat  semua pihak kerana tidak ada pengganti yang lebih baik daripadanya demi menjaga kepentingan masing-masing.

Kezaliman dan kekejaman keluarga Asad menerusi Hafeez al-Asad terhadap rakyatnya sendiri telah berlaku sejak dari tahun 1970an lagi. Walaupun kumpulan Alawinya yang terlalu kecil (10%)  tidak muktabar dalam mazhab Sunni dan Syiah yang muktabar, parti Ba’athnya dapat terus memerintah secara diktator sejak sekelian lama.

Adapun negara serantau pula bertegas dengan strategi masing-masing. Iran dan Hizbullah menjadikan alasan bahawa Basyar Asad adalah rakan strategi jalinan pembekal senjata menentang Israel  dan membantu garisan hadapan Palestin dan Selatan Lubnan; dan dalam masa yang sama Syria di bawah kerajaan Alawi dan parti Ba’ath tidak menjadi ancaman besar terhadap Israel.  Akhirnya  Basyar Asad juga dipertahankan di atas alasan strategi, dengan berlarutan, walau pun membunuh rakyatnya sendiri.

Adapun setengah negara Arab Teluk dan bukan Teluk  menganggap Iran dan Hizbullah bersama  mazhab syiahnya adalah ancaman kepada mereka setaraf dengan Israel, maka Iran dan Hizbullah perlu dihapuskan. Akhirnya mereka meletakkan Israel dan Basyar Asad sebagai bukan ancaman sebenar, maka Basyar Asad dan parti Ba’athnya tidak penting, maka selamatlah dia.

Dalam masa yang sama Amerika dan sekutunya mengira  Iran dan Hizbullah adalah ancaman terbesar, menyebabkan negara-negara barat itu meletakkan semua kumpulan yang berjenama Islam dalam satu bakul bahaya, tanpa mengira mazhab Sunni atau Syiah, Salafi atau Khalafi, Syiah Muqtada al-Sadr atau Sistani, Konservatif atau Reformasi,  tanpa perbezaan di antara kumpulan sederhana  yang mememilh Demokrasi atau pelampau yang mengharamkan Demokrasi.

Semua yang berjenama Islam adalah pelampau dan mengancam keamanan dunia, khususnya kedudukan keselamatan Israel lebih penting  bagi mereka. Rusia dan China juga masing-masing ada saham  mewujudkan negara haram Israel, dalam masa yang  sama ikut berlumba dalam persaingnan mendapat pengaruh dan pasaran di Asia Barat yang berisikan sumber tenaga  yang menjadi rebutan.

Ada pun sebahagian lagi negara Arab pula sangat bergantung dengan kuasa besar, sehingga menjadikannya pelindung lebih daripada Allah SWT. Manakala kumpulan Islam Sunni juga dianggap sebagai ancaman kepada sebahagian negara Arab ini, bukan hanya Syiah, sehingga mengizinkan buminya menjadi pengkalan tentera asing yang diambil kesempatan bukannya menjaga kawan, tetapi lebih utama menjaga Israel dan telaga minyak di rantau itu.

Hakikatnya ada negara Arab dan negara umat Islam sekitarnya yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Akhirnya tindakan mengekalkan Basyar Asad di Syria adalah boleh mengekalkan pasaran dan menambah nilai semua pihak, kerana daripada pihak lain khususnya kumpulan Islam, adalah lebih baik dibiarkan sahaja Basyar Asad dan parti Ba’athnya yang tidak berpegang dengan agama dan mana-mana mazhab yang muktabar.

Sepatutnya umat Islam tidak celaru dalam menentukan sikap. Umat Islam sepatutnya jelas bahawa negara haram Israel diwujudkan secara haram dan dipaksakan ke atas umat Islam, dan dalam masa yang sama negara kuasa besar tidak boleh diberi kepercayaan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku.

Kuasa besar Barat ini hanyalah melihat dua perkara yang paling penting iaitu (1) survival negara haram Israel dan (2) kekuasaan mereka kepada sumber petroleum sebagai asas tenaga negara Barat; bukannya kepentingan rakyat negara-negara Arab yang berdepan dengan konflik berdarah ini, ataupun keselamatan negara-negara Arab rantau teluk itu sendiri.

Bagi penyelesaiannya,  semua  negara serantau, Arab, Turki dan Iran bersama seluruh negara umat Islam sepatutnya bebas daripada pengaruh negara pengacau yang datang dari timur dan barat dan bersatu strategi  kembali kepada Islam.

Selesaikan masalah umat dengan Islam, khusus Palestin dan ancaman Zionis negara haram Israel, sebagai perkara paling mudah untuk difahami dan sepatutnya menyentuh hati sanubari setiap umat Islam.

Ada pun  perbezaan mazhab yang masih berpegang dengan rukun-rukun Islam yang asasi, boleh dibincang secara ilmu oleh kalangan ilmuan  yang bebas daripada pengaruh kerajaan yang menolak Islam, jangan serah  kepada yang jahil, sama ada individu  atau media.

Perbezaan kebangsaan dan sempadan negeri di kalangan umat Islam boleh disatukan oleh ajaran Islam sekiranya kita benar-benar berpegang kepadanya. Tolonglah diri sendiri, jangan  bersekongkol dengan kuasa besar Timur dan Barat. Kembalilah kepada Islam.

PRESIDEN PAS

25 Jun 2013

dr-mahdi-aked-ikhwanul-muslimun-mesir

Sumber : http://www.tarbawi.my/

Sehingga ke hari ini, isu yang sering menjadi persoalan setiap kali lawatan saya ke mana-mana negara ialah mengenai pasca revolusi di Mesir. Ingatan saya, jangan hanya kita melihat revolusi rakyat yang berlaku di Mesir sahaja, tetapi lihatlah revolusi ini menerusi kaca mata yang lebih luas, bahawa semarak umat manusia sedang bangkit menentang kezaliman dan kekejaman rejim pemerintah di seluruh dunia.

Allah Taala berfirman : “Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (utusan Allah).”

“(Al Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman”. Surah Ali Imran:137-139, Al Quranul Karim

Berdasarkan firman Allah tadi menunjukkan bahawa apa yang telah berlaku pasti ada ulangannya. Allah Taala menunduk dan meruntuhkan mereka yang memerintah dengan zalim dan menderhakai-Nya supaya menjadi pengiktibaran kepada seluruh umat manusia sama ada di Timur mahupun Barat.

Revolusi yang berlaku di Mesir adalah milik dan ketentuan Allah Taala, di mana tiada siapapun yang boleh mendakwa bahawa dia-lah pelopor dan pencetus kepada revolusi ini. Kesabaran rakyat Mesir bertahan di hadapan aparat yang turun sepenuh kelengkapan untuk mematahkan gelombang kebangkitan ini, akhirnya berjaya menumbangkan rejim Hosni Mubarak bermula di Medan Tahrir.

Rejim Hosni Mubarak berjaya ditumbangkan dalam tempoh relatif iaitu dalam waktu tidak sampai dua bulan sebaik gelombang kebangkitan rakyat meletus. Siapa pun tidak dapat menduga, anak-anak muda yang membesar dalam ledakan dunia maklumat, dikongkong dan dikurung oleh budaya takut rejim kerajaan, berjaya dijatuhkan melalui gerakan kebangkitan tidak bersenjata.

Kebangkitan rakyat Mesir berbeza dengan perjuangan yang saban hela dialami oleh saudara kami di Palestin. Di Palestin, rejim Zionis Israel menjajah sebuah negara yang bukan miliknya, membunuh golongan mustadh’afin, memperkosa anak-anak gadis, meruntuhkan perumahan dan mengebom rakyat Palestin.

Palestin Milik Kita

Isu Palestin adalah isu yang wajib diperjuangkan walau sesaat, biarpun ada sahaja usaha-usaha yang cuba dilakukan oleh musuh untuk mengaburi isu ini. Justeru, perbuatan mereka tidak akan berhasil kerana isu Palestin adalah isu yang sentiasa hidup dalam jiwa raga bangsa Arab dan juga seluruh umat Islam. Palestin tidak akan dapat dibebaskan kecuali dari tangan pemimpin Islam yang bertaqwa, bukannya Obama atau pemimpin-pemimpin fasiq lain dan seumpamanya.

Saya pernah menerima soalan daripada seorang wartawan berita dari agensi media Amerika Syarikat pada tahun 2008, “Apa pendapat anda tentang negara Israel?”

Saya menjawab, “Pada saya di sana tidak ada negara Israel, tetapi yang ada ialah penjajahan rejim Zionis, perampas negara yang tiada hakpun mereka ke atas penduduk Palestin. Mereka membunuh para pemuda, wanita dan kanak-kanak, menjahanamkan harta milik penduduk asal dan membinasakan kompleks-kompleks perumahan mereka. Perjuangan rakyat Palestin memerdekakan tanah air dan melenyapkan penjajahan Israel adalah tanda perjuangan yang sebenar.”

Kebangkitan yang berlaku di Timur Tengah merupakan titik permulaan yang mesti dimanfaatkan oleh kita semua untuk menyahut perjuangan yang lebih global.

Selama bertahun-tahun politik di negara Arab menafikan ruang demokrasi yang adil, manakala setiap pilihanraya ia diadakan penuh penipuan. Di mana-mana negara Islam, di situlah berlaku penyelewengan kuasa, rasuah dan korupsi. Ketirisan moral yang saban hari saban waktu ini merupakan penghinaan yang Allah timpakan kepada mereka yang sanggup bersekongkol dengan pemerintahan yang zalim dan mendiamkan perbuatan mereka.

Hal ini termasuklah undang-undang zalim yang dilakukan oleh kerajaan Mesir terhadap rakyat Palestin satu ketika dahulu di bawah pemerintahan Hosni Mubarak. Saya sendiri melawan dan bangun menyatakan penentangan terhadap apa yang dilakukan kerajaan pimpinan Mubarak apabila hak-hak saudara kita di Palestin dinafikan.

Bangsa Arab di Palestin memilih pimpinan HAMAS untuk memperjuangkan tanahair mereka. Mereka inilah yang sebenarnya orang-orang Muslim yang layak kita teladani. Merekalah bangsa yang mengusir dan memulaukan penjajahan yang berlaku dalam negara mereka sendiri dalam rekod kurun ini. Di hadapan mereka adalah musuh utama umat Islam yang didalangi kuasa-kuasa besar dunia. Di kalangan mereka adalah para pejuang yang terdiri dari kaum lelaki dan kaum wanita yang bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan negaranya.

Masalah Utama Kita

Perkara lain yang ingin saya sentuh ialah peristiwa yang mengecewakan berlaku di Afghanistan, apabila orang Islam berbunuhan sesama sendiri sewaktu “musuh utama” datang menyerbu. Tragedi yang sama juga menimpa di Iraq, Somalia, dan juga di Darfur, Sudan. Terakhir yang berlaku di Libya, Yaman dan Syria. Situasi yang berlaku sangat menyedihkan, apabila hal yang boleh ditangani secara tolak ansur menjadi barah api perkauman, permusuhan etnik dan pertikaian mazhab. Sepatutnya kita memastikan darah-darah umat Islam terpelihara dan tidak tumpah dengan sewenangnya.

Saya menuturkan permasalahan ini kepada Dr.Yusuf Al Qaradawi (rujuk di sini), dan saya juga berbincang dengan ulama-ulama di Al Azhar. Saya turut mengutarakan permasalahan ini kepada Recip Toyyib Erdogan, Presiden Turki termasuklah Essam Basyir, mantan perdana menteri sementara di Mesir supaya menunaikan tanggungjawab sebaiknya agar hak-hak rakyat tidak dicabuli dan dipermainkan.

Oleh itu, saya menyeru kepada masyarakat di Malaysia supaya para ulama dan cendekiawan-cendekiawan mereka menjunjung satu usaha yang jitu bagi memastikan anak bangsa mereka menjadi masyarakat bermartabat dan bermaruah, bukannya masyarakat yang boleh dibuli dengan isu-isu ciptaan musuh.

Isu Di Syria

Permasalahan akhir saya ingin sebutkan ialah perkara yang sensitif kepada sesetengah pihak, malah saya yakin ramai orang memperkatakan tentangnya. Iaitu pendirian kami (Ikhwanul Muslimun) terhadap mazhab Syiah dan kerajaan Iran.

Mazhab Syiah memiliki 36 aliran, dan di antara aliran tersebut ada yang meyakini bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya, Al Quran itu benar, dan segala yang kewajiban yang diperintahkan itu benar. Secara dasarnya, Syiah yang seperti meyakini hal seperti ini adalah orang Islam.

Saya tidak bercadang untuk membicarakan secara panjang lebar mengenai sudut-sudut praktikal yang lebih dalam. Persoalan yang berangkai permasalahan mazhab seeloknya kita serahkan kepada pihak-pihak yang berautoriti. Namun, secara jelas perihal politik dan negara Iran yang kita ketahui ia dipimpin oleh presidennya yang bermazhab Syiah.

Saya ingin nyatakan kepada kamu semua bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan Iran, jika hal itu baik, maka saya katakan ia baik. Begitu juga jika kerajaan Iran melakukan perkara yang salah, maka saya juga akan katakan bahawa hal itu salah tanpa sebarang prejudis. Oleh itu, dalam isu penentangan Iran terhadap hegemoni kuasa besar Barat, saya katakan ia baik dan saya menyokongnya. Tetapi dalam isu hubungan kerajaan Iran dengan kerajaan Basyar Al Assad, saya dengan tegas mengatakan bahawa polisi Iran adalah bertentangan dengan semangat kebangkitan Islam.

Iran mesti melakukan tekanan terhadap kerajaan pimpinan Basyar Al Assad yang telah menggasak rakyatnya. Disebabkan sikap pasif kerajaan Iran terhadap kebiadaban kerajaan Syria itu, saya membangkang sikap Iran dengan sekeras-kerasnya.

Sebelum ini saya pernah dijemput oleh wakil-wakil kedutaan Iran untuk menghadiri wacana pembentangan mengenai “Kebangkitan Islam” di Tehran. Tetapi saya menyatakan kepada delegasi kerajaan Iran tersebut dengan suara yang lantang, “Saya tidak akan datang ke Iran, sehinggalah kamu berpegang dengan prinsip Islam yang nyata dan terang. Kebisuan kerajaan Iran terhadap Basyar Al Assad adalah bersalahan dengan prinsip kebangkitan Islam!”. 

Keengganan saya menghadiri pertemuan seminar ini sebagai tanda protes terhadap sokongan kerajaan Iran terhadap kerajaan Syria saat ini. Sepatutnya kerajaan Iran bersama-sama dengan rakyat Syria yang ditindas oleh Bashar, bukannya bersekongkol dengan kezaliman Bashar.

Saya menyebut dengan niat yang tulus mengharapkan redha Allah Taala. Saya mengharapkan mudah-mudahan Allah memberikan pertolongan kepada umat Islam di dalam perjuangan menegakkan kalimah yang benar.

(Terjemahan dan olahan ucapan beliau di dalam Wacana Asia Barat, Shah Alam 2012)

syria

Dar’a, Syria : Dinding sekolah inilah yang diconteng oleh sekumpulan kanak-kanak sekolah di Dar’a yang telah menjadi titik mula mencetuskan revolusi rakyat Syria dua tahun lalu. Tindakan ini adalah luahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh keluarga Asad berpuluh-puluh tahun lamanya.

Dinding sekolah ini menjadi saksi permulaan revolusi rakyat Syria apabila sekumpulan kanak-kanak sekolah di bawah umur 15 tahun menconteng dengan slogan tersohor ‘Arab Spring’ “Rakyat mahu sistem pemerintah digulingkan”..

Sumber : FB Ustaz Abdul Malik

BERITA DARI SYRIA

9 Januari 2013

11 Januari 2013

11 Januari 2013

13 Januari 2013

14 Januari 2013

14 Januari 2013

14 Januari 2013

15 Januari 2013

15 Januari 2013

16 Januari 2013

18 Januari 2013

18 Januari 2013

18 Januari 2013

19 Januari 2013

20 Januari 2013

21 Januari 2013

22 Januari 2013

Oleh: Syeikh Samir al-Saqqa al-Dimasyqi

1.      Yahudi berjaya menyebarkan pengaruh dan cengkamannya ke dalam dunia arab dan Islam setelah keruntuhan Khilafah Uthmaniah. Jesteru, dalam menjamin keamanan dan kepentingan mereka, mereka secara halus menaikkan pemimpin-pemimpin pro yahudi sama ada daripada kalangan orang muslim seperti Husni Mubarak di Mesir, atau daripada kalangan munafiq yang berpura-pura Islam seperti Hafiz Asad di Syria.

Rejim Asad ini menguasai Syria pada tahun 1971 bertujuan untuk memerang Islam dan penganutnya. Ia juga berusaha menghentikan fikrah jihad dan pembebasan Palastin bahkan berusaha mengubah silibus-silibus pengajian agar generasi baru dapat menerima kependudukan Israil dan melupakan tentang Jihad dan khilafah Islamiah. Rejim ini memulakan dengan menghalang ibadat solat di pejabat-pejabat kerajaan dan kem-kem tentera, menguasai semua harta kekayaan negara dan menjadikan rakyat fakir miskin agar rakyat sentiasa memikirkan tentang mencari sesuap nasi setiap hari.

2.      Sampai bilakah? Sampai bilakah penindasan dan kekejaman ini perlu berlarutan? Rakyat Syria lantas bangkit menuntut keadilan. Namun Rejim Asad yang memiliki senjata dan kelengkapan tidak mendengar rintihan bahkan membunuh dan membinasakan apa sahaja yang tidak tunduk kepadanya sehingga berlaku pembunuhan beramai-beramai di Hama melibatkan 60000 penduduk terkorban, satu pertiga bandar dihancurkan, 100 masjid dirobohkan, dan lebih setengah juta penduduk yang lain menjadi pelarian. Ulama ditangkap, dihalau atau dibunuh dengan kejam.

3.      Oleh kerana Rejim Asad ditugaskan menjaga kepentingan Israil di Palestin daripada tentera Mujahidin yang berusaha membebaskan Palastin, maka Rejim Asad mendapat segala bantuan kewangan dan ketenteraan daripada Yahudi dan sekutu-kutunya. Setelah kematian Hafiz Asad (setelah 30 tahun dengan pemerintahan kuku besinya), menteri luar Amerika Madeleine Albright mengeluarkan kenyataan bahawa: “Kita telah bersetuju dengan semua sekutu-sekutu kita bahawa rejim Asad adalah pelindung terbaik bagi Israil dan kita akan mengekalkan pemerintahannya, dan anaknya dipilih sebagai penggantinya”.

4.      Kezaliman rejim Asad ke atas umat islam, ulama dan pelajar agama berterusan dengan pelbagai bentuk. Di kala itu, berlaku kebangkitan di Tunisia dan negara-negara Islam yang lain. Semua kebangkitan tersebut tidak mendorong kebangkitan di Syria sehinggalah Rejim Asad menzalimi kanak-kanak yang menulis di dinding-dinding sekolah: “Rakyat ingin menjatuhkan kerajaan”. Kanak-kanak tersebut dizalimi dan disiksa dan sebahagiannya dibunuh. Rejim asad berkata: “Jika kamu mahu pengganti anak-anak kamu yang telah dibunuh ini, maka hantarkan anak-anak dara kamu agar kami setubuhi”.

Bermula dengan titik tolak inilah, maka rakyat Syria bangkit secara aman meminta keadilan. Mereka keluar melaungkan lafaz Allahu Akbar dan berkata: “Sama ada kemenangan daripada Allah atau mati syahid”.  Namun semua demonstrai aman dibalas dengan peluru hidup, kereta kebal dan sebagainya. Demonstrasi aman bermula semenjak setahun setengah dan masih berterusan sehingga ke hari ini. Penduduk Syria bersumpah akan memerdekakan tanah air mereka sekalipun mereka semua gugur syahid. Alangkah manisnya kematian sebagai syahid di jalan Allah.

5.      Bumi Syria hari ini ditimpa kehancuran!! Semua bandar penempatan Ahli Sunnah dibom terutamanya masjid-masjid. Al-Quran dibakar dan dihina. Slogan-slogan kafir ditulis di dinding-dinding masjid menyeru kepada menyembah Basysyar Asad. Kanak-kanak dibunuh dengan pisau, wanita-wanita dicabuli kehormatannya. Angka kematian rasmi ialah seramai 22000 orang. Namun angka sebenar lebih ramai daripada itu. Seramai lebih 70000 orang dilaporkan hilang. Besar kemungkinan mereka juga mati syahid terkorban.

Seramai setengah juta rakyatnya ditahan. Setengah juta yang lain melarikan diri ke khemah-khemah pelarian di negara-negara jiran. Bilangan yang keluar ke negara-negara lain ke rumah saudara mara juga melibatkan ramai orang. Ketahuilah pembunuhan beramai-ramai yang pernah dilakukan oleh Israel sehinggakan seluruh dunia bangkit hanyalah seramai 300 orang. Bilangan yang jauh lebih kecil daripada apa yang berlaku di Syria sekarang. Timbul tanda tanya mengapakah Iran, Hizbullah, Syiah daripada Iraq dan Rusia bersungguh-sungguh menyokong Rejim Asad dan memberikan bantuan tenaga tentera, kewangan dan senjata??? Ini kerana rejim Asad bertanggungjawab memelihara kependudukan Israil di Palastin walaupun terpaksa membunuh semua Ahli Sunnah Syria.

6.      Oleh sebab ini, ketahuilah saudara-saudaraku bahawa peperangan di Syria pada hari ini ialah peperangan menghapuskan Islam dan Muslimin yang menjadi musuh utama kepada kewujudan Israil di timur tengah. Ini kerana israil mengetahui dengan yakin bahawa umat Islam di Syria akan membebaskan Palastin jika berjaya menggulingkan Rejim Asad yang selama ini menindas mereka.

7.      Ulama Islam seperti Syeikh Yusuf al-Qardawi dan Syeikh Ali Sabuni memfatwakan kewajipan berjihad di Syria kerana peperangan ini ialah peperangan ke atas seluruh umat Islam. Ini kerana semua pembunuhan di Syria ialah semata-mata untuk menjaga penjajahan Israil di Palastine. Bahkan Syeikh Raid Salah daripada Palastin memohon daripada umat Islam seluruh dunia agar memberikan sumbangan kepada rakyat Syria kerana rakyat Palastine menyedari bahawa pembebasan Palastin tidak akan tercapai melainkan jika Syria berjaya dibebaskan daripada cengkaman Rejim Asad ini.

Syeikh Ismail Haniah juga telah menyatakan perkara yang sama. Hakikat ini ialah kerana Syria dan sekitarnya ialah negara yang diberkati Allah, yang akan terzahir daripadanya Imam Mahdi, akan turun Nabi Isa, bahkan Nabi Muhammad mewasiatkan sahabatnya agar bermusafir dan menetap di Syam kerana di situlah akan berkumpulnya tentera yang akan membebaskan Masjid al-Aqsa dan menghapuskan musuh Allah. Nabi Muhammad telah mengiktiraf bahawa mereka ialah sebaik-baik tentera Allah.

8.      Wahai umat Islam, ketahuilah bahawa apabila kamu menyumbang kepada rakyat Syria, sumbangan ini pada hakikatnya bukan semata-mata untuk Syria, bahkan ianya ialah sumbangan kepada umat Islam seluruhnya, sumbangan memperjuangkan agama Allah, sumbangan untuk membebaskan Palastin, sumbangan untuk menghancurkan musuh-musuh agama yang bersekongkol menghancurkan Islam di bumi Syria.. Moga-moga ianya menjadi permulaan bagi peperangan yang akan menghancurkan Rejim Zionis Insya Allah. Janganlah kita lupa bahawa jihad sebagai mana yang telah difatwakan oleh ulama dihukumkan wajib atas setiap muslim.

Tetapi ketidakmampuan kita menyertai mereka kena jarak yang jauh dan sekatan yang lain tidak sepatutnya menghalang kita daripada menyumbang, kerana jihad disyariatkan dalam berbagai bentuk, jihad dengan harta, jihad dengan lisan dan berdoa agar Allah memberikan kemenangan. Nabi bersabda: “Sesiapa yang menyediakan kelengkapan bagi seseorang untuk berperang di jalan Allah maka dia dihukumkan telah pergi berperang dengan dirinya sendiri”. Umat Islam di Syria tidak memerlukan melainkan bantuan kewangan dan doa untuk mereka meneruskan perjuangan mereka.

9.      Wahai umat Islam, ketahuilah bahawa seluruh umat Islam samada di Rusia, China, ahli Sunnah di Iran yang ditindas, di Iraq, di Lubnan, di Indonesia, Burma, Filipina, Kemboja dan termasuklah di Palastin… seluruh umat Islam ini tidak akan dapat merasai kebebasan, kemenangan dan keadilan melainkan apabila bumi Syam berjaya dikuasai oleh Ahli Sunnah, kerana daripada bumi Syam akan terbit semula Khilafah Islamiyyah untuk menyatukan orang Islam. Wahai saudaraku yang mulia, waktu telah sampai untuk kita bersatu membantu Agama Allah.

Sesungguhnya manusia telah mencuba semua qanun buatan manusia, namun mereka gagal mencari keadilan dan kemuliaan melainkan di bawah Khilafah Islamiyyah. Orang Kristian yang berada di bawah pemerintahan Salahuddin al-Ayubi menolak pemerintah Kristian bahkan ingin kekal di bawah pemerintahan Islam, bahkan bersama-sama dengan tentera Islam membebaskan Palastin. Maka inilah peluang kita untuk menghentikan kezaliman dan kekufuran dengan membantu umat Islam di Syam. Ini ialah isu umat Islam yang paling penting kerana ianya berkait rapat dengan pembebasan bumi Palastin sebagaimana yang telah diakui oleh ulama Palastin sendiri iaitu Syeikh Ismail Haniah dan Syeikh Raid Salah sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

10.  Saya akhiri dengan firman Allah taala: “Berjihadlah kamu dengan harta dan diri kamu”. Renungkanlah bagaimana Allah mendahulukan jihad dengan harta sebelum diri, ini tidak lain melainkan kerana harta ialah paksi utama dalam menyediakan kelengkapan ketenteraan. Renungkan jugalah firman Allah taala: “Mereka inilah yang diseru untuk menginfaqkan harta di jalan Allah, setengah daripada mereka berasa bakhil, sesiapa yang bakhil maka dia sebenarnya bakhil ke atas dirinya sendiri, Allah maha kaya dan kamu amat fakir”… lihatlah bagaimana Allah menutup ayat ini dengan ancaman yang menakutkan iaitu… “Sekiranya kamu berpaling nescaya kami akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang tidak akan berkelakuan seperti kamu

Mafhum ayat ini ialah apabila kamu diseru untuk menginfaqkan harta membantu agamaNya tetapi kamu tidak mempedulikannya.. ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah akan menghancurkan kamu dan mendatangkan kaum muslim yang mukmin yang apabila diseru untuk membelanjakan hartanya di jalan Allah mereka akan serta merta membelanjakannya. Ketahuilah bahawa membelanjakan harta di jalan Allah ialah tanda keimanan seseorang. Moga-moga Allah memberikan taufiq kepada kita semua untuk membantu agamaNya dalam apa cara sekalipun dengan harta, lidah dan doa.. moga-moga Allah memberkati kita semua di bulan yang diberkati ini. Bulan yang akan menzahirkan dermawan-dermawan yang beriman. Bulan yang mereka berlumba-lumba membelanjakan harta di jalan Allah subhanu wa taala.

Dana boleh disalurkan kepada Tabung Mangsa Kezaliman Syria:

Bank : CIMB

Nama Akaun : Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia

No Akaun : 12710006188528

Mohon agar dapat diemailkan salinan bank keadmin@persidam.org  (Tel: 019-2663795 Ust Aleh Solihin Ahmad Sidiki). Setinggi-tinggi terima kasih kepada muslimin dan muslimat. Moga Allah memberkati dan memurahkan rezki kita semua sepanjang bulan yang mulia ini. Harap dapat dipanjangkan email ini kepada sahabat-sahabat kita. Moga Allah menjadikannya sebagai amalan kita dalam usaha membantu saudara kita di Syria.

KISAH SYRIA 4

Sumber : http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100

Pihak berkuasa Israel mengambil kesempatan tumpuan dunia dan umat Islam terhadap isu Syria dengan melakukan serangan ke atas penduduk Gaza selama 4 hari berturut-turut. Serangan ganas tentera Yahudi itu bermula Jumaat lalu dan hingga Isnin 12 Mac 2012 lalu, angka kematian rakyat Gaza mencecah 23 kematian dan 82 kecederaan. Menurut sumber, daripada 23 kematian tersebut, tiga daripada mereka merupakan kanak-kanak.

Tentera Zionis kembali mengganas terhadap rakyat Gaza yang bertujuan mengenakan tekanan kepada kerajaan HAMAS di Gaza dan menghukum penduduk Gaza yang memilih HAMAS sebagai kerajaan mereka dalam pilihanraya sebelum ini. Kita ingin katakan kepada Palestin dan rakyat Gaza, “Sekalipun kami tertumpu kepada Syria, kami tidak sama sekali melupakan kalian! Kami tidak akan lupakan kiblat pertama kami iaitu Masjidil Aqsa!”

13 Mac 2012, Dar’a : Selain membunuh dan menyembelih ribuan rakyat Syria, rejim Bashar juga membakar al-Quran kitab suci umat Islam. Laknat Allah ke atas mu wahai Bashar!

13 Mac 2012, Idlib : Sehingga hari ini, wilayah Idlib sudah masuk hari yang ketiga diserang secara berterusan tanpa henti oleh rejim Bashar. Ramai dalam kalangan mereka dibunuh dan disembelih, majoriti yang syahid adalah kanak-kanak.

Angka kematian rakyat Syria dalam tempoh 363 hari sehingga 11 Mac 2012 lalu seramai 10,709 manakala wilayah Homs adalah tertinggi (4,488 orang), diikuti Idlib (1,752), Dar’a (1,188), Hama (1,113) dan diikuti wilayah-wilayah lain.

Bayangkan sebuah keluarga dibunuh kesemua, tidak terselamat walau seorang diri.Demikian pendedahan oleh Jaringan Hak Asasi Manusia Syria bahawa terdapat 271 kes pembunuhan rakyat yang kebanyakan mereka dari beberapa buah keluarga besar. Sumber tersebut melaporkan, pihak tentera menyerbu masuk ke rumah-rumah lalu menyembelih mereka menggunakan pisau, melepaskan tembakan atau menghalang mereka di saat mereka cuba melarikan diri dari tempat serangan. Nyawa mereka juga tidak akan selamat jika diketahui bahawa mereka adalah keluarga kepada aktivis revolusi atau pernah membantu “Tentera Bebas” yang berpaling tadah dari rejim Syria.

Jaringan tersebut mendedahkan terdapat 27 buah keluarga besar yang dibunuh, 23 daripadanya dalam operasi terakhir di wilayah Homs iaitu keluarga Darwish, Muhaini,Az-Zamil,At-Turkawi,Al Ghontowi,Bahlaq, Atfah, Mandou, Syabat, Hamsah, Az-Za’bi,Tohhan,El-Jauri,Ar-Rifaii,Al-Uwaikan,Subbuh,Jansis,Al-Dhohir,Al-Souf, El-Bairaini dan 3 buah keluarga dari Al-We’r. Sementara 25 kes lagi pembunuhan di beberapa lokasi lain termasuk terdapat nama 34 orang kanak-kanak dari keluarga tersebut yang turut menjadi mangsa.

Bagai jatuh ditimpa tangga: Bandar Idlib pada 14 Mac 2012: Seorang kanak-kanak cedera, ibunya turut cederama nakala ayahnya terkorban dan salah seorang saudaranya hilang di bawah runtuhan. Ya Allah, mereka tiada apa-apa lagi selainMu wahai Allah! Peliharalah mereka ya Allah!

Tarikh 15 Mac 2012, genap setahun revolusi yang digerakkan oleh rakyat untuk menjatuhkan pemerintah berkuku besi rejim Bashar.  Walaupun beribu-ribu nyawa telah melayang, namun mereka masih lagi teguh dan tetap dengan tuntutan mereka agar rejim Bashar digulingkan. Sekarang mereka sudah tidak mengharapkan sesiapa melainkan nusrah (bantuan) daripada Allah. Gambar menunjukkan rakyat Syria yang berada di Jordan memperingati tarikh genap setahun kebangkitan rakyat di Syria yang masih tidak berkesudahan. Wahai umat Islam yang masih leka, bangunlah kalian daripada lena!

Homs, Jumaat, 16 Mac 2012 : Rakyat Syria yang masih teguh bertahan walaupun mereka diasak dengan pelbagai kezaliman daripada Regim Bashar. Sungguh, mereka lah pejuang yang sejati

Membunuh Basyar Fardhu ‘Ain bagi Setiap Muslim dan Pembunuhnya Dibalas Syurga-Sofwat Hijazi

Setiausaha Agung Ikatan Ahlu Sunnah, Dr.Sofwat Hijazi memberikan fatwa supaya Basyar Al-Asad dibunuh bahkan katanya, “Sesiapa yang berpeluang membunuh Basyar tetapi tidak membunuhnya maka dia berdosa.” Hijazi yang juga Ketua Pemegang Amanah Revolusi Mesir itu berkata, “Sesiapa yang dapat membunuh Basyar maka dia akan memperolehi balasan syurga,” katanya dalam pertemuan Khamis lalu anjuran Kesatuan Doktor-Doktor Perubatan dan Ikatan Ahlu Sunnah di bawah tajuk (Peranan Ummah dan Ulama’ Islam Dalam Membantu Syria dan Palestin).

Kata beliau lagi, “Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya.”  Sofwat Hijazi kemudian menjelaskan bahawa fatwa tersebut bukan dikeluarkan oleh dirinya seorang bahkan ia melibatkan fatwa seratus orang ulama’ dari pelbagai pertubuhan Islam termasuk Ikhwan Muslimin, kumpulan Salafi dan lain-lain seraya menguatkan dengan jelas bahawa “membunuh Basyar merupakan fardhu ain ke atas umat Islam hari ini”.

Sementara itu seorang lagi ulama’ terkenal dari Mesir Dr.Jamal Abdul Sattar yang merupakan Penyelaras bagi Kesatuan Pendakwah Mesir berpendapat bahawa “Jenayah Basyar yang membunuh puluhan ribu rakyatnya tanpa membezakan antara lelaki atau orang tua atau kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam di Palestin. Jelas Abdul Sattar lagi, tidak perlu menghormati orang yang zalim walaupun dia mendakwa dirinya masih Islam.

(Admin) Jika ini fatwa ulama’ dunia, bagaimana terdapat pandangan songsang diberikan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan Malaysia yang jelas bertentangan dengan fatwa ulama’ di seluruh dunia? Adakah Tan Sri mahu membela kezaliman? Awas Tan Sri! Kelak Tan Sri akan disambar oleh api neraka!

Qardhawi Seru Umat Islam dan Arab Menentang Iran dan Hizbullah

Presiden Kesatuan Ulama’ Islam SeDunia, Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi membidas dua pihak yang bersekongkol dengan rejim Syria iaitu Iran dan Hizbullah. Lebih mengejutkan, beliau sendiri tidak lagi memanggil Hizbullah tetapi “Hizbul Lata” sambil meminta seluruh umat Islam berkumpul dalam ‘parit yang satu’ bagi menentang dua sekutu Syria ini. Seruan beliau ini dinyatakan dalam ucapan menyokong Revolusi Syria yang diadakan di Kesatuan Wartawan Mesir. Jelas beliau, “Kewajipan bagi semua untuk menentang Iran dan Hizbu Lata (Hizbullah), seluruh negara Arab perlu bersatu menentang kedua-duanya.”

Kepada rakyat Syria, ini ucapan beliau:  “Kalian bukan keseorangan tetapi Mesir bersama Syria, Libya bersama Syria, Tunisia bersama Syria, Morocco dan Jordan serta seluruh orang yang mulia dan merdeka di dunia ini bersama Syria. Wahai rakyat Syria, berjalanlah kalian di jalan kamu, berpeganglah dengan kebenaran kamu. Saya berpesan kepada kalian agar jangan sesekali berpecah-belah, jadilah tangan yang satu.”

***

“Rejim Syria akan jatuh.. jatuh dan saya akan berkhutbah di Damsyik terdekat ini”-Dr.Qardhawi

Presiden Kesatuan Ulamak Islam SeDunia, Prof.Dr.Yusuf Qardhawi masih tegas berpendirian bahawa rejim Syria “jatuh..jatuh” adalah sesuatu yang tidak mustahil bahkan negara yang menyokongnya seperti Iran dan kumpulan Hizbullah di Lubnan kedua-duanya akan tersungkur bersama-sama sekutu mereka itu.

Beliau yang berucap di Kesatuan Wartawan Mesir mengharapkan akan dapat menyampaikan khutbah Jumaat dalam bandar Damsyik dalam salah satu masjid dalamnya sepertimana beliau telah menyampaikan khutbah di dataran Tahrir, Mesir bagi meraikan kejatuhan Mubarak kira-kira seminggu selepas “Firaun Moden” itu digulingkan dalam kebangkitan rakyat 25 Januari.

Sumber Ikhwan Muslimin Mesir: Ribuan umat Islam menyertai solat Subuh berjemaah yang dilancarkan oleh kumpulan Islam dengan nama “Jutaan Subuh” bagi menyokong umat Islam di Palestin dan Syria yang diadakan serentak di seluruh masjid di Mesir pada Subuh pagi Jumaat, 16 Mac semalam. Di ibu negara Kaherah, lebih 6,000 umat Islam berhimpun di Masjid Nour di Abasiya hingga sebahagian mereka terpaksa menunaikan solat Subuh di atas jalan raya yang diimamkan oleh Dr.Khaled Abou Syadie dengan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan. Selepas solat, mereka melaungkan “Dengan jiwa dan darah kami, menjadi tebusan buatmu Palestin”.

Di Masjid Amru Al-As, sekitar 2,000 umat Islam membanjiri masjid tertua di Mesir itu dengan diimami oleh Syeikh Mohamed Gibril. Solat Subuh turut dilakukan di dataran Tahrir yang menjadi pusat perhimpunan rakyat dalam menumbangkan rejim Mubarak lebih setahun lalu. Dengan suhu di Kaherah sekitar 8 hingga 10 darjah celcius, kira-kira 3,000 umat Islam berkumpul di awal pagi dengan mengibarkan bendera Palestin dan Syria sebelum menunaikan solat di jalan-jalan raya di dataran tersebut.

Kempen tersebut turut mendapat sambutan di luar Kaherah. Di wilayah Daqahliya ribuan umat Islam menunaikan solat di Masjid El-Salab dan Masjid An-Nasr.Di Masjid Gam’iya Syar’iya di bandar Mansoura, kuliah Subuh disampaikan oleh Syeikh ‘Amir El-Gazzar, salah seorang pemimpin Ikhwan Muslimin. Beliau berkata, perubahan politik di Syria bermakna saat kejatuhan Israel semakin hampir. Di bandar Ismaeliyya, ribuan umat Islam menunaikan solat di Masjid Abu Bakar As-Siddiq.

Kempen “Jutaan Solat Subuh” ini dilancarkan oleh kumpulan aktivis Islam bagi menunjukkan sokongan kepada saudara seIslam di Syria dan Palestin. Ia sebagai menyahut cabaran para pemimpin Yahudi sebelum ini yang berkata, “Israel hanya dapat dikalahkan jika bilangan solat Subuh umat Islam sama bilangan pada solat Jumaat”.

Al-Quran dibakar, wanita dirogol, kanak-kanak dibunuh, lelaki disembelih, masjid-masjid dibom, rumah diroboh dan pelbagai lagi kezaliman yang dilakukan oleh rejim Bashar kepada Sunni di Syria. Kenapa masih ada lagi yang buta terhadap semua ini?

Lagi bukti pembabitan Hizbullah: Tentera rejim Syria dan kumpulan Hizbullah Syiah Lubnan mengibarkan bendera kuning Hizbullah di atas runtuhan bangunan di wilayah Homs.  Saksikan video yang dirakamkan pada 17 Mac 2012 iaitu Sabtu lepas setelah tentera rejim berjaya memasuki beberapa penempatan di wilayah Homs. Jumaat lalu ulama’ Islam terkenal Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi tidak memanggil Hizbullah tetapi “Hizbu Latta”.  Hentikan memuja Hizbullah dan Hasan Nasrallah!

Ulama’ yang benar-benar ikhlas dalam menegakkan agama Allah dapat dilihat keikhlasannya. Sekalipun memiliki sijil yang tinggi, tetapi tidak boleh dibeli atau digula-gulakan oleh pemerintah. Mereka sedikitpun tidak takut kepada ugutan demi menyatakan kebenaran dan sentiasa menegur serta menasihati pemerintah seperti yang dilakukan oleh Imam Ahmed bin Hanbal, Izzudin ‘Abdessalam dan Ibnu Taimiyah.

Salah seorang dari mereka kini yang tidak diketahui nasibnya ialah Syeikh Mehmoud ‘Elauddin Madani, imam dan khatib Masjid Uwais El-Qarni. Dilahirkan pada 22 Februari 1974. Memperolehi sijil Sanawiyah pada 1991 hingga mengembara ke Universiti Al-Azhar, Mesir bagi menuntut ilmu hingga memperoleh sijil tertinggi.  Syeikh Madani ditangkap oleh Pasukan Cawangan Khas Negara di Damsyik dalam tempoh 60 hari sebelum dibebaskan. Pada 2 Februari 2012 lalu, beliau sekali lagi ditangkap kerana bersama-sama kebangkitan rakyat dan masih belum dibebaskan hingga sekarang.

Dari halaman Ketua Kesatuan Ulama’ Syria, Prof. Dr.Ali As-Sobuni: Mohon semua agar mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat beliau kerana beliau kini berada dalam keuzuran. Dr. Ali As-Sobuni merupakan salah seorang agamawan yang sanggup ke hadapan dalam menentang rejim Basyar. Beliau dilahirkan pada tahun 1930 di bandar Halab. Beliau pernah menjejakkan kaki ke Universiti Al-Azhar dan pulang menyampaikan amanah ilmu ke kampung halaman. Beliau kemudian berhijrah ke negara Saudi dan menjadi tenaga pengajar di Universiti Ummul Qura di Mekah.

Menceburi dalam bidang penulisan dengan menghasilkan banyak kitab-kitab yang tersebar di seluruh dunia hari ini. Usia yang telah menjangkau 82 tahun bukanlah penghalang kepada beliau bagi membakar semangat rakyat untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim. Sekalipun dilabel sebagai “penghasut rakyat bagi menentang kerajaan” tetapi beliau memahami itu hanya fitnah daripada mereka yang tidak memahami sabda Rasulullah s.a.w “Jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.”

Lebih 400 kanak-kanak Syria yang menjadi pelarian di sempadan Jordan terpaksa menerima rawatan akibat tekanan jiwa yang dihadapi. Trauma ini berlaku kerana sepanjang berada dalam kepungan tentera rejim Basyar, kanak-kanak ini terdedah kepada bunyi ledakan bom dan tembakan senjata api setiap hari. Bunyi letupan bom dan jeritan keluarga mereka masih membelenggu diri sekalipun mereka telah berpindah keluar dari kampung halaman. Terdapat dikalangan mereka yang melihat sendiri keluarga mereka dibunuh.  Lebih malang, mereka melihat sendiri ayah,ibu serta saudara mereka diikat kedua-dua tangan lalu dibaringkan sebelum disembelih menggunakan pisau oleh tali barut tentera rejim Syria.

Sedutan ucapan pembantu kanan Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi yang menerangkan secara jelas bagaimana REVOLUSI DI SYRIA tercetus. (Sari kata Bahasa Melayu).

Ketua Persatuan Ulama’ Sunni di Iraq, Dr. Haris Suleiman Ad-Dhori:  Sepanjang tahun 2003 hingga 2006, lebih 100,000 penganut Islam Sunni di negara Iraq dibunuh oleh militia Syiah yang diketuai oleh pelampau Syiah Moqtada As-Sodr.  Beliau yang juga Anggota Jawatankuasa Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia turut mengingatkan seluruh umat Islam pembunuhan masyarakat Sunni yang berterusan dan serangan terhadap masjid-masjid milik Sunni menyaksikan penguasaan sepenuhnya Syiah ke atas Iraq selepas diserang oleh tentera Amerika dan sekutunya pada tahun 2003.

Di zaman pemerintahan Saddam Husein (beliau seorang Sunni tetapi berfahaman sekular), para penganut Syiah dilayan sebagai “golongan kelas kedua”. Serangan tentera Amerika dan sekutunya pada tahun 2003 yang menyaksikan Saddam digulingkan telah membawa sinar dan harapan baru kepada penduduk Syiah yang menjadikan tanah Karbala dan Najaf sebagai tanah suci mereka. Tidak hairan ketika serangan Amerika dan sekutunya, penganut Syiah telah memberikan kerjasama penuh kepada musuh Islam tersebut demi menjatuhkan rejim Saddam.

Ngeri : Seorang kanak-kanak di wilayah Homs terpaksa tinggal bersama-sama saki baki keratan anggota badan keluarganya yang dibunuh!

KISAH SYRIA 3

Sumber : http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100

Sila lihat dengan mata hati: Seorang bapa dibunuh bersama-sama tiga anak lelakinya di Herak, Syria bertarikh 6 Mac 2012

Keluarga seorang bekas pegawai tertinggi tentera Syria yang berpaling tadah iaitu Brig.Jeneral Fayez ‘Amru dilaporkan diculik dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui. Nasib isterinya, Afrah Mohammed serta 6 orang anaknya kini belum diketahui selepas beberapa hari Fayez mengisytiharkan dirinya bersama-sama kebangkitan rakyat dan menyertai “Tentera Syria Bebas”. Fayez mengakui telah dihubungi oleh pihak-pihak tertentu sebagai memberikan tekanan kepadanya agar beliau menyerah diri kepada pihak berkuasa Syria. Enam anaknya iaitu Hayyan ‘Amru, ‘Izzuddin ‘Amru, Abdul Qadir ‘Amru, Redha ‘Amry, Ettab ‘Amru dan Bahiyyah ‘Amru.

Pihak admin pernah menyiarkan pendedahan beliau sebagai pegawai tinggi tentera bahawa Syria diperintah oleh lima individu termasuk Basyar sebagai Presiden. Selain Basyar, mereka ialah ibunya Anisah Makhluf, adiknya Maher serta dua iparnya iaitu Asif Syaukat dan Abdul Fattah Qudsiah. Fayez kemudian mendedahkan, ibunya Anisah Makhluf sering menjadikan fatwa Pemimpin Tertinggi Syiah Iran, Ayatullah Ali Khameini sebagai rujukan utama.

Rakyat Homs dan penduduk Baba ‘Amru memiliki semangat juang yang tinggi dan seakan-akan tiada ketabahan yang dimiliki penduduk dunia hari ini seperti ketabahan dan kesabaran yang mampu ditunjukkan oleh mereka termasuk golongan wanita. Seorang wanita yang dikenali sebagai Ummu Mohammed yang kehilangan seorang anak lelakinya, Mohammed berkata, sebelum anaknya keluar (untuk berjihad menentang rejim) anaknya meminta ibunya bersumpah supaya tidak akan menangis jika memperoleh berita dirinya syahid.

Ummu Mohammed kemudian berkata, “Ketika aku mendapat berita kematian Mohammed, aku tidak membenarkan air mataku mengalir sepertimana aku tidak membenarkan aku meraung (Wahai anakku!)”. Ummu Mohammed sebaliknya berkata, “Basyar Al-Asad membunuh anak-anak kami, menghalau kami dari rumah-rumah kami, tetapi kami amat yakin bahawa Allah sesekali tidak akan meninggalkan kami.”

Lihatlah bagaimana pembohongan sebuah akhbar (mungkin tempatan yang dimiliki kerajaan) yang jelas memutarbelitkan apa yang berlaku di Baba ‘Amru. Mereka cuba menutup peristiwa pembunuhan sebenar lalu menjadikan tajuk utama akhbar : “Baba Amru: Tempat Membuat Senjata, Kapal Terbang Peninjau, Roket dan Kamera Pemantau”

Terkini laporan stesen Al-Jazeera dari Syria : Lima perkampungan penduduk Sunni dikosongkan sebagai permulaan bagi Basyar menubuhkan sebuah kerajaan baru yang dimiliki oleh golongan Syiah ‘Alawi setelah kejatuhan rejimnya di Damsyik kelak.

Adakah kanak-kanak seusia ini harus mati dengan diseksa begini teruk oleh rejim Basyar? Semoga roh As-Syahid Mustafa Faisal dari Dir Az-Zur dirahmati-Nya.

Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyip Erdorgan mengingatkan Basyar Al-Asad bahawa dia tidak dapat melarikan diri dari kekejaman yang dilakukan walaupun bapanya,Hafez ‘berjaya’ melepaskan diri sambil memberi kata-kata semangat kepada rakyat Syria, “Mereka bukan keseorangan berhadapan mehnah ini”.

Erdorgan yang berucap di Parlimen negara itu berkata, Basyar mesti membayar harga kekejaman yang dilakukan selepas ini kerana darah yang mengalir di bandar-bandar akan dihitung. Walaupun bapanya terlepas tetapi anaknya akan dihitung terhadap penyembelihan yang dilakukan. Beliau turut menyeru pintu bantuan kemanusiaan “segera” wajar dibuka kepada rakyat Syria dan menggesa dunia mengenakan tekanan lebih hebat kepada rejim Basyar sambil mencadangkan agar Ankara menjadi tuan rumah kedua persidangan “Kawan Syria” di Istanbul yang dijadualkan pertengahan Mac ini. Persidangan pertama telah diadakan di Tunisia akhir Februari lalu.

Erdorgan menegaskan,”Saya menyampaikan salam yang baru kepada rakyat dan pembangkang (Syria) di atas pendirian mereka yang tetap bahawa rakyat Syria tidak akan keseorangan dan Turki selamanya bersama-sama mereka.” Turki antara negara yang lantang mengkritik Syria dan ribuan pelarian rakyat Syria melarikan diri ke sempadan Turki-Syria pada tahun lalu. Walaupun Syria mendesak Turki agar menutup pintu sempadan, ia ditolak oleh Turki bahkan Menteri Luarnya, Dawud Ughlou sendiri telah turun meninjau kehidupan mereka di khemah-khemah pelarian dan dilihat berbual mesra dengan pelarian.

Teman, lihatlah video ini dengan hati dan iman kalian semua. Mereka dibunuh dan disembelih saban waktu, sedangkan kita masih lagi tidak mengambil tahu atau memang sengaja tidak mengambil tahu. Titipkan doa dan usaha kalian untuk kemenangan saudara sedarah dengan kita di Syria sana.

Kini mereka sudah tidak mengharapkan sesiapa melainkan bantuan daripada Allah. Saban hari anak-anak dan suami-suami mereka dibunuh dan disembelih oleh rejim Bashar tetapi masyarakat dunia diam dan bisu seribu bahasa. Sudah tiba masanya meraka keluar berjihad mempertahankan agama dan maruah mereka. Jangan lupa mereka di dalam doa kita. Wallahul musta’an.

Seorang tokoh pemikir muda Islam, Dr.Toriq Suwaidan (gambar kanan) menggesa Ketua Polis Dubai, Dhoha Khalfan (gambar tengah) meminta maaf terbuka atas ugutannya terhadap Prof.Dr.Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (gambar kiri).

Gesaan Suwaidan itu menyusul selepas Khalfan mengugut dalam laman Twitternya akan meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Prof. Dr.YusufQardhawi kerana ulama’ tersebut mengkritik kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam satu wawancara oleh stesen televisyen Al-Jazeera ekoran tindakan negara terbabit memansuhkan visa dan menghantar pulang beberapa keluarga rakyat Syria yang mengadakan demonstrasi anti-Basyar di hadapan kedutaan Syria di Dubai beberapa hari lalu.

Menurut Suwaidan lagi, Khalfan sebagai pimpinan tertinggi pasukan keselamatan tidak boleh berurusan dengan cara ini terhadap individu yang dihormati dan disegani oleh dunia seperti Prof. Qardhawi, kata Suwaidan: “Kewajipan ke atas supaya mereka lebih ebradab ketika bercakap dengan para ulama’.

Seorang tentera Syria yang berpaling tadah, yang masih ada iman dalam hati, tidak mahu agamaNya dipermainkan melakukan solat sebelum syahid.

Video yang berjaya dicuri: Kelihatan ramai rakyat yang ditahan oleh tentera dan tali barut Basyar.

Wanita Syria ini merayu dunia agar menyumbangkan senjata kepada mereka untuk berjihad menentang rejim Basyar yang semakin hari semakin mengganas.

Sumber: Seorang menteri kabinet Syria, Adib Meyaliyah akan mengumumkan secara rasmi dalam tempoh terdekat ini bahawa beliau akan berpaling tadah dari rejim Basyar dan bersama-sama rakyat dalam kebangkitan revolusi Syria. Adib Meyaliyah merupakan Menteri Kewangan dan Ekonomi Syria.  Dua hari lalu, Timbalan Menteri Petroleum dan Sumber Mineral Syria, Abduh Husamuddin turut mengumumkan dirinya menyertai revolusi rakyat.

BERITA DARI IRAQ: Ramai yang bertanya, bagaimana Iraq selepas kejatuhan Saddam? Laporan berita Islammemo.com bertarikh Rabu, 16 November 2011 bertajuk “Maliki (PM Iraq) Memutuskan 120 ribu Tentera Mahdi Diserap ke Dalam Tentera Iraq”. Selepas diserang Amerika, negara Iraq diketuai oleh seorang Perdana Menteri Syiah bernama Nuri Maliki.

Seorang pelampau Syiah bernama Moqtada As-Sodr yang berusia di awal 40-an menubuhkan pasukan militan khas yang dinamakan “Tentera Mahdi” pada tahun 2003 kononnya bagi menentang pencerobohan Amerika ke atas Iraq dan demi menjaga maqam dan masjid serta tanah suci mereka iaitu Najaf dan Karbala (bagi Syiah, dua tempat ini merupakan tanah suci yang darjatnya melebihi dari tanah Mekah dan Madinah). Tentera tersebut yang dianggotai oleh pengikut Syiah membunuh ramai rakyat Iraq Sunni selepas Saddam Husein digulingkan. “Tentera Mahdi” ini juga dilaporkan telah memasuki Syria bagi membantu tentera rejim Basyar memerangi kebangkitan rakyat Syria.

Di Iraq, 120 ribu anggota Tentera Mahdi telah diserap ke dalam tentera Iraq. Bayangkan bagaimana dengan kuasa yang ada pada mereka membunuh sesuka hati umat Islam Sunni di Iraq. Oleh kerana itu, tidak hairan Sunni di Iraq hari ini ditindas bahkan mereka yang bernama Aisyah, Abu Bakar dan Umar akan dibunuh dengan kejam!

Jumaat 9 Mac 2012: (TAJUK BERITA) Penyokong dan pengikut setia Moqtada As-Sodr mengadakan demonstrasi menyokong ‘kebangkitan’ Syiah di Bahrain.

Penjelasan: Bahrain merupakan negara yang diperintah oleh kerajaan beraja Sunni manakala sebahagian besar rakyatnya adalah Syiah. Kebelakangan ini, terdapat laporan bahawa pemuda-pemuda Syiah yang dibekalkan senjata oleh Iran menyerang balai polis bagi membuat kekacauan dan akan dilihat oleh dunia bahawa angin revolusi juga melanda Bahrain walaupun sebenarnya tidak.

Satu Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab akan berlangsung pada 29 Mac ini di Baghdad, Iraq yang dijangka akan turut dihadiri oleh wakil kerajaan Bahrain. Maka pada hari ini selepas solat Jumaat, lebih 3,000 pengikut Syiah khasnya penyokong fanatik kumpulan Moqtada As-Sodr (yang bertanggungjawab menubuhkan Tentera Mahdi bagi memerangi Sunni di Iraq) keluar mengadakan tunjuk perasaan menyokong saudara seaqidah mereka,Syiah Bahrain. Lihatlah betapa bersatunya mereka atas nama SYIAH.

Penyembelihan terbaru di Bab Siba’ bertarikh 11 Mac 2012: Mayat kanak-kanak dan wanita memenuhi hospital awam.

Lihatlah betapa sadisnya gambar ini. Inilah di antara kezaliman dan betapa binatangnya rejim Bashar membunuh Sunni di Syria.  Menurut sumber, gambar ini menunjukkan sebuah keluarga yang dibunuh dengan kejam oleh rejim. Pada mulanya, anak kecil tersebut disembelih dan dibunuh dihadapan kedua ibu bapanya. Kemudian ibunya dirogol oleh rejim dan dibunuh dengan kejam sekali.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers

%d bloggers like this: