Tag Archive: Kota Marudu


Tarikh : 30 & 31 Ogos 2013

Lokasi : Rumah Pengantin Perempuan @ Kota Marudu

Pengantin : Nur Faten Izzati Rablin & Shahrizzan Muslimin

Barakallahu lakuma, wa baaraka alaikuma wa jama’a bainakuma fii khair

Faten & Ijan (1) Faten & Ijan (3) Faten & Ijan (4) Faten & Ijan (5) Faten & Ijan (6) Faten & Ijan (7) Faten & Ijan (8) Faten & Ijan (9) Faten & Ijan (10) Faten & Ijan (11) Faten & Ijan (12) Faten & Ijan (13) Faten & Ijan (14) Faten & Ijan (15) Faten & Ijan (16) Faten & Ijan (17) Faten & Ijan (18) Faten & Ijan (19) Faten & Ijan (20)

SIMPANG KOTA MARUDU


16 Disember, 2.30 petang. Dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu, hendak singgah di deretan kedai tepi simpang antara Kota Marudu dan Kudat. Sesak nampaknya. Dua kenderaan bertembung tidak jauh dari kedai-kedai di situ.

Takziah buat semua mangsa yang terlibat. Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.

Sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu, kami singgah di surau Kampung Bukit Lalang Kota Marudu, sebuah perkampungan yang melewati ladang kelapa sawit bagi bertemu abang Zulkifli yang memeluk Islam 7 tahun lalu. Istimewanya dia kerana komitednya bersama Islam sedangkan sebelum itu dia adalah seorang ketua gereja di sana.

Dahulu dalam agama Kristian SDA dia giat mengkristiankan orang Islam, khususnya yang muallaf sementara kini dia berjuang untuk mengislamkan mereka kembali. Enam-tujuh tahun lalu, yang muslim hanya beberapa orang dan kini sudah mencecah lebih seratus orang di kampung tersebut.

Saya teringat kisahnya ingin memeluk Islam apabila membaca bible banyak perintah agama yang dilakukan oleh orang Islam. Antaranya perintah khitan, berwudhu, sujud ke baitullah, larangan minum arak dan sebagainya. Bagi saya orang seperti abang Zul ini amat perlu kita dekati dan bantu semampunya.

Khabarnya dia berhajat untuk menghantar anaknya belajar di Yaman tetapi dia tidak tahu salurannya. Ada sesiapa yang tahu caranya?

PERTARUNGAN SENGIT

Moral : Jangan bergaduh sama ada dalam bulan Ramadhan atau di luarnya.

Sekitar 20 minit dari Kampung Damai, kami menuju ke Surau Kampung Simpangan pula. Surau ini tidak pernah kami kunjungi sebelum ini. Di sini kami akan menyerahkan sedikit bantuan kepada penduduk muslim. Sebenarnya, hanya memanjangkan sedekah orang yang berkirim kepada kami untuk disampaikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Ketibaan kami disambut oleh pengerusi JK Surau Tuan Sharip Kadah Sharip Othman. Menurut beliau, di kampung majoriti beragama Kristian ini, penduduk muslim  hanyalah sekitar 50 keluarga sahaja. Kemudahan surau ini pula katanya amat terhad. Ketika beliau berhijrah ke kampung ini  pada tahun 1994, surau ini sudah ada tetapi terbiar dengan samak samun memenuhi perkarangan surau. Sejak dua tahun lalu mereka mengadakan solat jumaat walaupun jumlah kehadiran tidak mencukupi hanya sekitar 20 ke 30 orang sahaja.

Tenaga eletrik yang ada pun ketika ini disambung dari rumah orang kampung yang berdekatan sejak 3 tahun lalu. Kemudahan air pula bergantung dengan air hujan dan sungai yang berhampiran. Ini kerana tiada kemudahan bekalan air di surau ini melainkan sebuah tangki biru yang diisi dengan air hujan. Memang ketika kami tiba untuk solat zuhur dan asar secara jamak, air tangki sudah kekeringan. Terpaksalah sahabat-sahabat berjalan sedikit menuju ke sungai.

Sumbangan berbentuk sekampit beras dan duit raya disampaikan kepada mereka. Nampak sinar kegembiraan di wajah mereka yang menunjukkan mereka memerlukan bantuan umat Islam. Jika ada yang berkenan untuk membantu, boleh hantar komen ke blog ini.

Sekitar 9.30 pagi rombongan kami tiba di Masjid at-Taqwa Pekan Kota Marudu. Ustaz Khairul Anwar ketika itu belum lagi tiba kerana sedang membeli barangan tambahan untuk kami sampaikan kepada penerima yang kami sudah sasarkan. Sebenarnya para penerima ini adalah mereka yang pernah kami kunjungi sebelum ini. Jadi ini adalah kunjungan semula dan bertanya khabar kepada mereka selepas bertemu lebih setahun lalu.

Sementara di Masjid at-Taqwa, kami bertemu dengan rakan-rakan dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang sedang mengadakan program bersama remaja terpilih di daerah berkenaan. Alhamdulillah, nampaknya NGO’s Islam di Sabah aktif dalam menyebarkan risalah Islam. Ini menunjukkan dakwah Islam tidak akan putus walaupun pelbagai rintangan dihadapi. Tahniah Sdr Zikri yang rancak bersama anak-anak muda di sana, juga sahabat lama Ajrin Karim anak jati Kota Marudu yang semakin meningkat.

Tidak lama, Ustaz Khairul Anwar tiba dengan membawa beberapa kampit beras yang lengkap dengan beberapa makanan mentah yang lain untuk diserahkan kepada sasaran. Di Kota Marudu, rombongan kami bertambah kerana sebuah lagi kenderaan dengan sahabat-sahabat di sini sudi menyertai.

1) Kami mengunjungi Hajah Zaleha Abdullah, seorang aktivis dakwah di Kota Marudu. Lebih setahun lalu beliau koma selama 2 bulan dan terlantar di hospital di Kota Kinabalu dan Kota Marudu. Hajah Zaleha berasal dari Tamparuli sebenarnya dan mengikut suaminya ke sini. Di kampung ini suaminya menjadi pengerusi surau yang diasaskannya bersama orang kampung. Setelah suaminya meninggal dunia, Hajah Zaleha mengambil alih amanah pengerusi surau sehingga kini. Dalam pergerakannya yang sudah agak perlahan dan bertongkat itu, beliau gagahkan juga mengisi masa dengan berdakwah ke beberapa kampung sekitar sini.

2) Tidak jauh dari rumah Hajah Zaleha, kami menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga. Kedua-duanya amat akrab dengan Hajah Zaleha. Salah satunya memeluk Islam 12 orang sekeluarga yang sebelumnya hanya pagan. Ketika kami tiba, kedua orang tua tidak ada dan kami hanya menyampaikan kepada anaknya yang tinggal di rumah.

3) Kami menziarahi keluarga Khamal Khairie seorang muallaf yang bekerja sebagai penoreh getah dan isterinya Hamidah Deris yang berasal dari Kelantan. Mereka kini menanti kelahiran cahayamata yang ketiga. Buat masa ini mereka masih tinggal bersama keluarga Khamal yang beragama Kristian SDA. dan sedang membina rumah sendiri tidak jauh dari situ. Kalau tidak salah, ini kunjungan kali ketiga saya ke rumah mereka.

4) Berikutnya kami ke rumah Puan Rosnani Ag Teh yang berasal dari Temerloh Pahang. Beliau sudah bersama suaminya di sini sejak 10 tahun lalu dan mempunyai 5 orang cahayamata  Suaminya Md Aadram Rizuan Abdullah juga seorang muallaf tiada di rumah ketika kami datang. Mereka juga tinggal bersama ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

5) Seterusnya kami ke rumah Puan Amiza yang berasal dari Pulau Pinang. Suaminya Abang Ikhwan juga muallaf tiada di rumah ketika itu. Kata Puan Amiza, beliau dan Hamidah sering bertemu di surau khususnya Ramadhan ini untuk bersama-sama solat tarawih.

6) Kami ke sebuah rumah keluarga dusun yang memeluk Islam pada tahun 80an. Tahun lalu kami datang rumahnya, rumahnya agak sempit. Kali ini beliau itu sedikit seronok kerana ada sedikit ruang tambahan dibina di hadapan juga dengan menggunakan binaan yang sama. Walaubagaimanapun kami semua terkilan kerana katanya tiada seorang pemimpin yang pernah datang ke rumahnya. Talian elektrik hanya disambung dari rumah yang berhampiran.

NAZAK

IMG_1608

Pagi-pagi saya mendapat sms daripada Chegu Jamil bahawa Puan Hajjah Zaleha Abdullah, 60 tahun seorang aktivis dakwah yang cekal di Kota Marudu, sedang nazak di Pusat Perubatan Sabah (SMC) Luyang.

Menurut Dr Kahtleen yang memberi taklimat kepada kami yang hadir menjelaskan, kuman yang bermula di lengan kirinya mula merebak ke seluruh anggota tubuhnya. Selain itu, pakar juga mendapati kerosakan di buah pinggang beliau.

Beliau dahulunya pernah bertugas di JHEAINS Kota Marudu. Walaubagaimanapun setelah bersara daripada perkhidmatan awam, tugas menyebarkan Islam tidak pernah ditinggalkannya.

Satu-satunya pertemuan saya ialah ketika kami berziarah ke Kg Tororom, Kota Marudu hujung April lalu untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga muallaf yang memeluk Islam 12 orang sekaligus, yang saya fahami Islam di tangan beliau.

Ketika itu pun kami memang nampak beliau uzur tetapi tetap menggagahkan diri juga hadir dan menunjukkan kami rumah yang dituju. Kisah program kami itu ada di sini.

Beliau yang tinggal di Kg Damai, sebenarnya adalah seorang muallaf juga. Kesungguhan beliau untuk menyebarkan Islam sangat dikagumi.

Kini semua anak-anaknya seramai 7 orang itu ada bersamanya di SMC sedang beliau dalam keadaan koma dan agak tenat. Doakan beliau agar pulih sediakala. Yang sudi, datanglah.

“Ya Allah, hilangkanlah kesakitannya..”

XPDC Kota Marudu 009Aktivis dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ust Baharuddin Mardiah yang bertugas di Kota Marudu, kembali ke rahmatullah pada petang semalam.

Ust Baharuddin, 52 tahun adalah aktivis dakwah yang terkenal di sebelah Pantai Barat Utara dengan pidato dan ceramahnya yang bersahaja dan memikat ramai hadirin. Berasal dari Medan, Allahyarham dikatakan tidak sedarkan diri pagi sabtu dan langsung dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Sekitar jam 6 petang beliau disahkan meninggal dunia dan janazahnya dibawa balik malam tadi ke Kota Marudu. Pagi tadi jasad beliau selamat disemadikan di Kota Marudu. Pemergian beliau disifatkan ramai pihak sangat mengejutkan kerana sehari sebelum itu dikhabarkan beliau sempat menyampaikan ceramah lagi.

Semoga Allah SWT membalas amalan baik Allahyarham dan ditempatkan bersama 0rang yang beriman.

Bagi pihak Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Sabah, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan marilah kita semua mengambil teladan daripada kegigihan beliau berdakwah tanpa mengenal penat lelah.

Al-Fatihah.

Wakil P.U.M. Sabah bersama Allahyarham dalam majlis berbuka puasa di Kg Damai, Kota Marudu Ramadhan lalu. Allahyarham berbaju biru.

Wakil P.U.M. Sabah bersama Allahyarham dalam majlis berbuka puasa di Kg Damai, Kota Marudu Ramadhan lalu. Allahyarham berbaju biru.

img_1630Alang-alang ke Kota Marudu, kami turut singgah sekejap ke kelas Baitun Nur, kelas pengajian fardhu ain yang dikendalikan oleh USIA Kota Marudu. Kelas ini menumpang tempat di bangunan kelas KAFA JAKIM.

Kelas ini disertai oleh lebih 50 saudara kita. Sebenarnya lokasinya berada di sempadan Kota Marudu dan Pitas. Ketika kami hadir, mereka sedang berehat, makan sebelum solat zuhur.

img_1633Kelas ini khabarnya sudah bermula sejak awal tahun ini dan diadakan setiap hujung minggu.

Dapat saya perhatikan yang hadir terdiri daripada pelbagai golongan termasuk remaja dan dewasa, lelaki dan perempuan.

Saudara yang ada sedikit kelebihan kewangan bolehlah menyumbang ke kelas ini seperti buku-buku iqra, sajadah, telekung, kopiah dan sebagainya. Insya Allah akan disampaikan.

Saya ada idea baik untuk menyambut slogan PM Najib ini. Oleh kerana sesekali saya keluar daerah, dan kamera biasanya ada di samping, maka saya persembahkan gambar-gambar daripada masa ke masa untuk perhatian semua.

Bukan saja untuk PM Najib, tetapi mereka yang berkenaan, khususnya kepada mereka yang beriman dengan slogan ini.

Kalau mereka menjawab, slogan ini baru dilancarkan oleh PM Najib yang baru mengangkat sumpah, dan beliau tidak wajar dipersalahkan,  ertinya pemimpin lalu tidak mendahulukan rakyat tetapi mendahulukan suku sakat mereka.

Pemimpin lalu, bukan daripada jenis lain daripada BN. Ertinya spesis dan parti yang sama juga dengan PM yang sekarang.

img_1589Lokasi : Kg Tarangkapas, Kota Marudu.

img_1602Keluarga berbangsa dusun ini memeluk Islam pada pertengahan 80an. Punya dua anak, namanya Md Azli (11 tahun) dan Norlina (8 tahun).

Ketika kami tiba, kedua-dua mereka baru pulang daripada kelas mengaji, tidak jauh dari rumah. Saya diberitahu nama guru mereka disebut sebagai Ustaz Ikhwan dan Ustazah Suriati.

Lihatlah rumah mereka. Sekali pandang, sudah tahu, basah dan tempias hujan pasti mengena tubuh mereka sekeluarga.

img_1592Lihatlah tangga rumah mereka, bagai tangga di kandang atau di reban rupanya. Duduk di rumah, saya diingatkan agar berhati-hati menyandar ke dinding. Takut-takut dinding roboh. Memang rapuh teratak mereka ini.

Saya berharap ada kesempatan PM Najib, jenguk-jenguklah rumah mereka. Bukan jauh di luar negara, dalam bumi sendiri juga. PM ada pesawat khas, datanglah. Buktikan rakyat didahulukan, bukannya slogan semata-mata.

img_1618Kami sempat hadir, sekadar membawa dan menyampaikan kiriman orang-orang Islam yang prihatin di Kota Kinabalu untuk saudara mereka di Kota Marudu. Bantuan yang tidak seberapa, hamper dan beberapa pakaian untuk mereka.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 75 other followers

%d bloggers like this: