Sumber : http://www.darulquran.gov.my/

27 Februari 2012 – Semua pelajar diploma semester enam akan menduduki peperiksaan akhir bagi program Diploma Tahfiz al-Quran, Darul Quran Jakim yang bermula 27 Februari sehingga di Kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu.

Peperiksaan tersebut merupakan sebahagian daripada sistem yang perlu diikuti oleh para pelajar bagi menilai pencapaian dalam akademik sebelum melayakkan calon dianugerahkan Diploma Tahfiz Al-Quran dalam majlis konvokesyen yang dijangka akan diadakan menjelang bulan Julai akan datang.

Seramai 303 orang calon akan menduduki peperiksaan pada kali ini. Jumlah itu termasuk 113 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri yang telah berkampung di Kampus Darul Quran bagi tujuan tersebut. Sementara itu, peperiksaan diploma bagi pelajar semester dua (2) dan empat (4) akan bermula pada 12 Mac sehingga 22 Mac 2012.