Tag Archive: BN


WARGANEGARA EXPRESS

 

DEBAT DALAM JAMBAN

Sungguh ‘kreatif’ mereka ini. Pemerhatian saya, perdebatan ini berlaku di antara penyokong umno-bn, pas-pakatan rakyat dan atas pagar. Barangkali puncanya apabila pemerintahan bn pada 2008 tumbang kepada pakatan rakyat lalu  dan Dato’ Seri Nizar mengetuai kerajaan Perak dalam tempoh 11 bulan.

Catatan perdebatan itu berbalas-balas, seperti pembahas pertamanya daripada penyokong umno-bn, lalu dibalas semula oleh yang lain. ‘Kreatifnya’, pantun pun ada. Saya tidaklah berhajat meronda setiap pintu jamban berkenaan. Saya catatkan antara ayat debat dalam jamban dari Masjid Negeri Perak…

pas pkr ko bawa 1 van budak dari teluk intan, ko melalak dalam masjid lepas solat jumaat. memecahbelah islam /melayu. judi tu haram, ko lebih baik pi buat kecoh kat selangor dulu, ada 4500 lesen judi dan urut diluluskan. pi haram judi kat sana dulu. kalau nizar jadi mb perak, tentu 5000 lesen judi dan urut diluluskan di perak. celako ko pas pkr  ko lembu dap.

judi sapa punya umno. bodoh punya umno, otak sempit.

yang unk dok heboh pasai judi tu kenapa? unk tak nampak tok jib tu bawak masuk apco israel. bodoh, bute perut. lan*** bansal. s**l. j**o maklu. c4 altantuya.

jangan biarkan yahudi bertepuk tangan akibat ketidakpahaman orang2 islam.

umno & pas bergaduh, mca, mic mahupun dap terus senyum..!! pikir la beb.

anak cina makan cempedak, buah cempedak di dalam kolah, orang parlimen macam kodok, bila nak selesai masalah?

Tulah sebahagiannya… nak tahu catatan lanjut, pergi sajalah ke jamban masjid tu…

 

HUB HALAL & HUB HARAM

Di Malaysia, masjid ada, surau pun banyak. Universiti-universiti dibangunkan, kolej-kolej berkembang. Sekolah-sekolah diceruk kampung dan di tengah kota. Banyak jabatan-jabatan agama dan NGO-NGO berasaskan Islam dan dakwah. Tujuannya untuk menjadikan rakyat sebagai manusia yang berkualiti daripada sudut ilmu dan amalnya.

Namun baru-baru ini diberitakan keputusan kerajaan membanyakkan penubuhan zon hiburan di Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Dalam disko bukannya majlis tazkirah atau program motivasi, bukannya pakai kain pelikat dan tudung labuh. Di kelab malam bukannya lokasi membina manusia yang bertamadun bahkan tempat membiaknya sarang dadah, pelacuran, pergaulan bebas dan sebagainya.

Dalam masa kita menyediakan racun membunuh nyamuk, kita juga membiarkan air bertakung sehingga menyebabkan sarang-sarang nyamuk membiak. Betullah orang kata, Malaysia Boleh! Pengundi-pengundi yang memilih pemimpin berfikiran seperti ini turut mempunyai saham dan tanggungjawab di hadapan Allah SWT.

***

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan ‘mempakejkan’ semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika – Adam Lambert yang seorang ‘gay’. Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Kriteria berkenaan adalah :

  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa. Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

“Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020,” petik laporan itu. Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus. Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Dipetik dari Malaysiakini.

MALAYSIA BOLEH

Kerajaan lulus judi bola sepak Piala Dunia

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir.

***

Menurut sahabat saya yang menghadiri satu seminar kualiti anjuran SEDCO diadakan di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu semalam, Pengarah IKIM, mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan itu sebagai bodoh!

Tempohari, ketika kempen PRK Hulu Selangor, mati-matian BN kata Datuk Zaid Ibrahim adalah peminum arak dan ada lumba kuda. Hari ini, Allah SWT zahirkan dengan kenyataan menteri kerajaan sendiri betapa mereka pro kepada maksiat. Malaysia Boleh!

Rasanya, inilah hadiah mereka sempena ulangtahun UMNO ke-64 yang disambut pada 11 Mei.

Ulasan saya dan ramai orang : Lesenkan dan halalkan saja dadah, pelacuran, arak, pembunuhan, rogol dan lain-lain jenayah. Sebab yang sama dengan hujah bodoh menteri itu : Walaupun ada undang-undang, orang tetap menagih dadah, mengedar dadah, melacur, membunuh, merogol dan lain-lain. 

Kalau ada lesen mengedar dadah, senang kerajaan pantau siapa edar dadah. Kalau ada lesen menagih dadah, senanglah kerajaan kawal penagih dadah. Kalau ada lesen melacur, senanglah kerajaan pantau para pelacur dan mak bapa ayam.

Begitulah gamaknya. Kenapa la kita ada menteri @#%*%$#*@&?/.

Khabarnya ketika PRU 12 pada 2008 tempohari, inilah dahulu bekas bakal Menteri Besar Kelantan, konon-konon kalau mereka menang dan berjaya merampas Kelantan. Bertanding pula di parlimen dan DUN sekaligus.

Akhirnya, Awang pun kalah, Adek pun kalah. Mujurlah.

UMNO : AKHIR SEBUAH IMPIAN

Buku yang baru dibaca :

UMNO : Akhir Sebuah Impian

“..tetapi biarlah saya katakan bahawa krisis politik yang kita lihat sekarang ini banyak bermula dari tahun 1976 ini.

Hussein sendiri dicabar oleh seorang ahli UMNO yang tidak begitu terkenal, Sulaiman Palestin dari Pulau Pinang pada 1978. Dari situ Hussein sudah sedar ada mainan politik dalaman yang cuba menjatuhkan beliau.

Apabila Hussein meletak jawatan pada tahun 1981, Dr Mahathir menggantikannya. Dengan itu  mereka yang sudah lama mengidam jawatan terus sahaja menggerakkan jentera untuk menjatuhkan Dr Mahathir pula. Itulah yang berlaku sejak lebih tiga dekat yang lalu dalam UMNO.

Ironinya ialah pengganti Dr Mahathir, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah dicabar sewaktu memegang jawatan Presiden UMNO tetapi semua orang tahu dia terpaksa melepaskan jawatan kerana tekanan dalaman parti”.

“Tetapi tidak ramai orang tahu bahawa saya secara peribadi telah menemui Hussein Onn memujuk beliau berkali-kali untuk menyertai UMNO Baru. Dengan gaya beliau yang sentiasa gentlemen itu, beliau menolak pelawaan saya.

Sampai ke akhir hayatnya, beliau enggan memberitahu saya sebab beliau tidak mahu menyertai UMNO Baru. Mungkin ada sesuatu yang pedih di antara beliau dan Dr Mahathir.

Saya juga menemui Tunku Abdul Rahman untuk mengajak beliau menyertai kami. Saya juga bertanya beliau sama ada beliau sudah memaafkan Dr Mahathir (yang mengecam Tunku pada akhir tahun-tahun 1960-an sehingga Dr Mahathir dipecat dari UMNO).

Jawapan Tunku : “Macam mana I nak maafkan dia? Dia tu jenis manusia yang tak boleh dipercayai langsung!”

******

Penulis : Tan Sri Mohamed Rahmat, Mantan Menteri Penerangan dan SU Agung UMNO dan BN sepanjang tahun-tahun 1980an dan 1990an.

Kerjaya politiknya bermula pada usia 20an dan telah berkhidmat di bawah pentadbiran Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir.

Beliau dilahirkan pada 1938 di Johor Bahru, buku ini adalah hasil tulisan pertama beliau yang menceritakan pengalaman politiknya dalam pergolakan UMNO sejak zaman Tunku lagi.

Penerbit : The Malaysia Insider.

MASJID DUA MENTERI

 IMG_7458

Segan dan berkali-kali saya menolak pelawaan permintaan mereka supaya saya menyampaikan tazkirah di masjid ini selepas solat zuhur. Maklumlah, ini kawasan orang besar.

Segan dan terasa kerdil diri.

Ini Masjid at-Tohiryyah, Kg Sungai Lintang, Yan Kedah, yang terletak di tengah bendang. Inilah kampung asal YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom.

Kg Sungai Lintang pula terletak dalam DUN Sungai Limau, yang rakyatnya berADUNkan YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah.

IMG_7475

Saya turut diperkenalkan kepada Tuan Hj Baharom Hj Ramli (gambar atas), ayahanda kepada Datuk Jamil Khir. Hj Baharom sudah berusia lebih 70 tahun, gagah hadir berjamaah ke masjid selaku bilal dan tok siak di sini.

Dikhabarkan kepada saya bahawa keluarga Hj Baharom ini adalah keluarga PAS. Hj Baharom adalah antara pengasas PAS di sini. Begitulah juga keluarga sebelah mertuanya juga orang kuat PAS juga.

Berat hati untuk bangun berdiri, saya gagahkan juga bercakap sedikit tentang sebuah hadith :

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan dosanya yang lalu. Sesiapa mendirikan malam-malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan dosanya yang lalu”.

Puasa adalah ibadah yang tidak nampak dan tidak diketahui orang. Ia bukan seperti solat, yang zahirnya boleh dilihat orang gerak geri pelakunya. Berwudhu’, berdiri, mengangkat tangan untuk takbir, rukuk, sujud, duduk sehingga memberi salam.

Puasa juga bukan seperti berzakat. Kelihatan ia bertemu dengan amil, atau berkunjung ke tempat asnaf. Bahkan jika zakatnya dibayar kepada wakil amil yang dilantik rasmi, bukti bayaran akan diperolehi dengan sehelai resit.

Puasa juga bukan seperti haji. Bakal jamaah haji menabung sekian tahun lamanya, berkursus sebelum berangkat, sehingga di sana berwuquf di Arafah, mabit di Muzdalifah, melontar di Mina, bertawaf dan saie di Masjid al-Haram sehingga ia kembali ke tanahair.

Tiada sesiapa mengetahui seseorang itu berpuasa kecuali Allah SWT. Seseorang yang lemah longlai, pucat lesi, letih dan lesu belum tentu itu bukti ia berpuasa.

Justeru puasa mendidik kita tentang keimanan. Iman itu keyakinan di dalam. Jika dia tidak berpuasa sedangkan di hadapan khalayak dia berpura-pura letih kononnya berpuasa, sesungguhnya Allah SWT Maha Tahu hakikat sebenarnya.

Setelah puasa yang fardhu ditunaikan sepanjang siang, agama menuntut kita menegakkan malamnya dengan ibadah sunnat pula. Ada tarawih, witir, zikir dan seumpamanya.

Pengharapan yang betul pula apabila semakin ke hujung Ramadhan, ia semakin giat dan galak. Bukannya semakin lemah dan malas. Kerana tawaran Allah SWT begitu. Semakin Ramadhan ke hujung, ia semakin ke puncak dan tawaranNya pula semakin hebat.

‘Ramadhan awalnya rahmat, pertengahannya keampunanan dan hujungnya bebas dari api neraka”.

Lihat pula praktikal kita. Masjid penuh pada minggu pertama, mulai susut minggu kedua, kurang separuh minggu ketiga, tinggal sebaris minggu terakhir. Ketika itu, masjid dan surau bukan lagi sasaran, tetapi pusat membeli-belah.

Maha Bijak Allah SWT mengadakan malam al-Qadar itu di penghujungnya, bukan di awalnya. Beruntunglah mereka yang mendapatnya.

IMG_7470

IMG_7471

IMG_7473

IMG_7476

MAK NGAH

IMG_7221

Rumah keluarga Cikgu Hameed

Saya bertolak dari Hentian Bas Jalan Duta pada jam 5.30 petang khamis. Ini adalah pengalaman kali pertama menaiki bas ekspress dalam perjalanan jauh menuju ke utara. Nampaknya Ramadhan kali ini saya bermula di negeri Kedah.

Alhamdulillah, saya tiba di Yan khususnya di kampung Sungai Yan Kechil dalam daerah Yan parlimen Jerai hampir jam 12 tengah malam semalam.

Di sinilah rumah ayah Cikgu Abd Hameed.

Sebenarnya kampung asal mereka ialah di Ulu Sedaka, kira-kira 10 minit dari sini. Ayah mereka berpindah dan membuat rumah di kampung ini sejak awal 70an. Beliau hanya mengusahakan bendang yang terbentang di belakang rumah.

Lokasi rumah di kampung asal kini dibina rumah baru yang dihuni oleh keluarga adik cikgu Hameed, seorang kontraktor tempatan.

Pagi semalam, saya menemani Cikgu Hameed meronda-ronda kawasan kampung Sungai Yan Kechil dan kampung sekitarnya dengan menaiki motorsikal.

IMG_7210

Sebelum berangkat keluar, kami didatangi oleh salah seorang jiran yang dipanggil Mak Ngah atau nama sebenarnya Asiah Ahmad, berusia dalam lingkungan 50an.

Mak Ngah adalah seorang ibu tunggal sejak dua tahun lalu.

Mak Ngah seperti kebanyakan orang kampung lain, tidak pernah berjalan jauh kecuali dua kali ke Kuala Lumpur. Jauh sekali hendak ke Sabah Sarawak. Bahkan lokasi Sabah pun beliau tak tahu.

Dalam PRU 12 lalu, Mak Ngah mengundi dacing. Walaupun kerajaan Kedah berubah daripada BN kepada Pakatan Rakyat, DUN di sini dimenangi oleh UMNO-BN.

Mak Ngah kata, sejak lama dulu dia memangkah PAS. Tetapi dalam PRU yang lalu, dia dipujuk agar mengundi BN.

Sentimennya mudah, PAS tidak pernah membantunya untuk meringankan bebannya. Saya ada menjelaskan bahawa ketika beliau susah, bukan PAS yang memerintah.

Dalam tempoh sebulan lalu, atap rumah Mak Ngah diterbangkan angin. Habis bahagian atas rumah kampung beliau tidak boleh diduduki. Hendak membaiki sendiri, Mak Ngah bukan orang senang.

Menurutnya, pihak BN ada berjanji dalam masa terdekat untuk membantu membaiki rumahnya.

Ditanya sama ada orang PAS pernah datang berziarah atau tidak, Mak Ngah kata orang PAS pernah datang tetapi dengan tangan kosong.

Sebagai orang susah, Mak Ngah kata sepatutnya berilah bantuan sedikit sebanyak. Sama ada dakwaan Mak Ngah betul atau tidak, wallahu a’lam.

Harapnya kenyataan ini diambil berat oleh  PAS Kawasan di sini, khususnya YB Ahli Parlimen Jerai Ust Firdaus Jaafar.

REZEKI TERSALAH JALAN

 

MENYELAMI HATI DAN JANTUNG RAKYAT

Selepas dari rumah keluarga Allahyarham Ust Ismail, kami berpatah balik ke Kg Berasan Taka.

Sebenarnya, sebelum ketibaan kami ke Kg Kalumpang, kami tersesat simpang jalan menuju ke Kg Berasan Taka dan tidak tahu arah ke Masjid Kg Kalumpang, lokasi asal yang patut dituju.

Kami bertanya jalan kepada salah seorang yang kami temui, yang rupa-rupanya adalah imam qaryah Kg Kerasik, yang juga salah seorang tenaga pengajar kelas muallaf di Masjid Kg Kalumpang.

Kebetulan lalu dan masuk ke Kg Berasan Taka ini, saya melihat rumah-rumah beratap dan berdindingkan daun nipah.

Di hati saya, lebih baik saya sampaikan sebahagian barangan dapur ini ke rumah-rumah yang ada di sini nanti, seusai slot di Masjid Kalumpang dan di rumah Allahyarham Ust Ismail.

Rumah pertama, ialah Puan Saimah berumur 60 tahun dan berbangsa dusun lotud. Beliau memeluk Islam pada 31 Oktober 1998. Suaminya pula bernama Sulin Sani, daripada suku sungai. Dalam rumah ini terdapat 11 orang penghuni.

Rumah kedua, seorang balu Puan Jalminah, juga berumur 60 tahun, suku sungai. Suaminya meninggal dunia awal tahun ini. Di dalam rumah ini beliau tinggal bersama 7 yang lain, anak dan cucunya.

Rumah ketiga, Ramlan Marudin dan Rusidah suami isteri berumur 23 tahun dan baru seorang anak. Ramlan mencari rezeki sebagai nelayan, sementara Rusidah menjahit atap nipah.

Sekeping atap yang diusahakan bermula daripada mencari, menebang hinggalah menjahit dengan ukuran atap 6 kaki, mereka hanya memperolehi 60 sen sahaja. Purata pendapatan mereka sekitar RM200 sahaja sebulan.

Rumah keempat, Puan Jambangan Mumukan juga berumur 60 tahun, berbangsa bajau kagayan. Di rumah ini beliau tinggal bertiga bersama cucunya.

Beliau baru 4 bulan di rumah yang dibuat sendiri bersama anak menantunya. Sebelum ini Puan Jambangan tinggal bersama menantunya, tidak jauh dari situ.

Rumah kelima, Puan Madayang Sambein, berumur 91 tahun berbangsa sungai. Nenek ini suka benar bercerita tentang zaman mudanya. Katanya ketika zaman Jepun, beliau sudah dewasa dan berumur lebih 30 tahun.

Beliau punya dua anak sahaja, salah seorangnya tinggal di sebelahnya juga seorang warga emas berumur 61 tahun.

Anak beliau ini Dumsuddin Dundoi menjadi rumah keenam dan terakhir kami menyampaikan sumbangan di kampung ini.

Pakcik Dumsuddin adalah ahli UMNO, dan dia berbangga benar dengan UMNOnya. Apabila saya bertanya, pernahkah ADUN di sini melawat ke kampung ini, beliau mencebik marah.

Kami banyak mendiamkan diri dan hanya sesekali bertanya menyelami perasaan masyarakat sepertinya. Beliau sendiri meluahkan cerita-cerita dan pengalaman hidupnya.

Katanya YB memang susah ditemui dan tidak berjumpa rakyat sepertinya. Tambahan pula, ADUN yang dimaksudkannya itu kerap dikelilingi pengikut-pengikutnya menyebabkan orang susah bertemu.

Sebagai orang kampung warga emas sepertinya hanya menanti bantuan RM300 setiap hujung bulan. Duit itulah buat belanja sebulannya bersama keluarga.

Walaupun dia ahli UMNO dan mempertahankan keUMNOannya, secara jujur dia melihat, persaingan politik pada pilihanraya akan datang sangat sengit.

“Silap-silap, nanti kena hentam oleh KeADILan..”

Benarlah, kemiskinan dan kejahilan menjadi alat bagi pemerintah yang jahat untuk memperguna dan memperbodoh-bodohkan rakyat. Kasihan mereka.

Rakyat miskin seperti mereka gembira dengan bantuan dua tiga ratus sebulan, sedangkan pemimpin yang mereka sokong, bergelumang dengan harta dan duit beribu dan berjuta jumlahnya.

Sebahagian mereka hidup bergelap pada waktu malam tanpa bekalan api, sementara yang mampu sedikit menyambung wayar dari rumah jiran.

Masa sudah 4.30 petang. Kami berangkat ke lokasi berikutnya, untuk program yang lain pula.

Terima kasih para penyumbang, terima kasih Imam Haris Lair yang mengatur dalam masa yang singkat.

 
Puan Saimah

Puan Saimah

Rumah Puan Saidah

Rumah Puan Saimah

Laluan ke rumah Puan

Laluan ke rumah Puan Jalmiah

Ziarah ke rumah Ramlan dan Rusidah

Ziarah ke rumah Ramlan dan Rusidah

Rusidah menerima sumbangan disampaikan oleh Ust Kamal

Rusidah menerima sumbangan disampaikan oleh Ust Kamal

Pondok Nenek Jambangan

Pondok Nenek Jambangan

Nenek Jambangan bersama salah seorang cucunya yang setia menemaninya setiap hari

Nenek Jambangan bersama salah seorang cucunya yang setia menemaninya setiap hari

Pakcik Dunsudin, 61 bersama ibunya Nenek Madayang 91 tahun

Pakcik Dunsudin, 61 bersama ibunya Nenek Madayang 91 tahun

Merenung poster ADUN yang bertampal di rumah ibunya

Merenung poster ADUN yang bertampal di rumah ibunya

Aslam menyampaikan sumbangan buat nenek Madayang

Aslam menyampaikan sumbangan buat nenek Madayang

biodataCalon1

biodataCalon2

Antara bahan kempen UBN di Man-U bahawa calon PAS hanyalah seorang peraih ikan, bersekolah rendah dan mengaji pondok. Berbanding calon mereka yang punya sarjana muda pengurusan teknologi UTM. Mereka membesar-besarkan isu latar belakang pendidikan calon PAS ini.

Pagi ini saya menerima sms seorang sahabat yang memberi respon kepada isu ini.

Sebenarnya UBN lupa bahawa dalam majlis ulangtahun UMNO baru lalu, mereka telah menyampaikan anugerah usahawan terbilang kepada seseorang yang belajar hanya setakat SPM.

Usahawan berkenaan merupakan orang ke-7 terkaya di Malaysia dan ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau banyak menderma dan melakukan kerja-kerja amal sehingga kini.

Prestasi akademik memang penting, tetapi dalam kehidupan ini, segulung ijazah bukanlah segala-galanya. Begitu juga dalam memilih pemimpin seperti wakil rakyat.

Rasulullah SAW juga bukan keluaran mana-mana universiti, bahkan baginda seorang yang buta huruf. Tetapi Allah SWT telah memilih hambaNya ini sebagai nabi akhir zaman, dan menjadi presiden bagi semua nabi dan rasul.

Apabila kita mengaji ilmu tauhid, khususnya perkara berkaitan kerasulan, ada 4 sifat wajib bagi rasul. Benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana. Keempat-empat sifat digabung jalin untuk menjadikan rasul itu sebagai pemimpin yang hebat dan contoh sepanjang zaman.

Dahulu ketika Man-U berADUNkan Paksu Wel, beliau juga bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi. Selama 5 penggal beliau memimpin rakyat dan dengan izin Allah mampu menewaskan calon BN seperti Wan Zaid yang mempunyai kelulusan sarjana.

Hari ini ramai orang bijak, terutama keluaran universiti. Ada orang bijak tetapi tidak amanah.

Dewasa ini juga kita membaca kisah-kisah seperti penyelewengan akaun bank, memindah duit akaun orang ke dalam akaun peribadinya sehingga mencecah juta-juta, rompakan cip komputer dan bermacam-macam lagi. 

Takkanlah kepakaran memindah duit akaun orang lain ke dalam akaun peribadi seperti itu dilakukan oleh orang yang setakat sekolah rendah dan sekolah pondok saja.

Berikut dipaparkan nasihat dan amanat oleh Naib Presiden PAS yang baru – Ust Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Dipetik dari blog : http://darigaunghati.blogspot.com.

Muktamar PAS ke 55 baru berakhir, kenikmatan berjamaah masih terasa, bagaimana pertemuan para pejuang Islam disatukan sebentar dalam muktamar, indah bagi yang tidak pernah menjadi matlamat menyertai PAS.

Amanah besar yang sangat ana bimbangi, dan terus terang siang malam ana berdoa agar ana tidak dibebani dengan amanah besar ini, setelah ana tidak upaya menolak pencalonan yang besar dari perwakilan.

Kini ana sering munajat doa sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar “Ya Allah, Engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka ringankanlah bebananku di akhirat”.

Muktamar telah berlalu, kepimpinan telah dipilih. Marilah kita menyatukan saf perjuangan bagi menghadapi musuh kita yang satu.

Muktamar bagi menyatakan pandangan dan kritikan, kita telah lalui, penjelasan dari pimpinan telahpun dibuat, mungkin ada yang berpuas hati, dan mungkin ada yang belum berpuas hati dengan jawapan; bahkan pemilihan pun mungkin ada yang sedih dan ada yang gembira.

Terkadang penyokong lebih bersedih daripada yang bertanding. Namun Islam mengajar kita agar menerima keputusan dengan dada yang terbuka, jamaah telah buat keputusan.

Rasulullah bersabda : “Umatku tidak akan sepakat dalam perkara kesalahan”, dan “Pertolongan Allah akan datang dengan jamaah”.

Selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecahkan kita, kita harus faham sepak terajang media musuh, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.

Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan HARAKAH sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh.

Kita punya tanggungjawab sebagai gerakan dakwah bagi menyelamatkan rakyat dari kemurkaan Allah, ruang dakwah menyebabkan kita mesti menarik mereka kepada Islam, kita tidak seharusnya menutupi ruang dakwah ini.

Kita mempunyai penyokong yang berjuta orang, tetapi sebahagian mereka hanya menjadi pemerhati kepada perjuangan, kita mesti menarik mereka, agar bersama dalam perjuangan Islam.

Kita juga mesti membetulkan sistem yang berjalan dalam negara. UMNO mampu mempertahankan kejayaan kerana sistem yang tidak betul ini wujud. Kita berusaha ke arah tersebut.

Namun saya tegaskan bahawa kita tidak akan biarkan jamaah kita menjadi kuda tunggangan UMNO/BN. Kita punyai masa depan gemilang dalam Pakatan Rakyat, kita diterima oleh bukan Islam untuk bersama dengan PAS bukan parti lain.

Ini keyakinan yang perlu kita bina. Kita mestilah mampu mengambilalih kepimpinan melayu dari UMNO dan membawa mereka kepada landasan Islam.

Perjuangan kita bukan sekadar menyelamatkan mereka di dunia, tetapi lebih jauh nasib mereka di akhirat; bilamana mereka bertahun-tahun meredai kemungkaran tajaan UMNO/BN samada secara sedar atau tidak.. negara dipimpin oleh pimpinan yang korup, kita perlu menggantikan dengan kepimpnan yang soleh dan bertaqwa.

Yakinlah para pimpinan mengenali siapa UMNO lebih dari kita. Pimpinan kita meyedari tipu helah UMNO dalam perjuangan mereka yang lama dari kita.

Adalah malang seandainya ahli merasa ragu-ragu dengan presiden dan Timbalan Presiden. Semua dasar parti dikawal oleh syura, dan semua perkara pokok akan diputus dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

Andai ada yang cuba membawa jamaah kearah bertentangan, yakinlah mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam jamaah, samada jamaah akan meyingkirkannya atau Allah akan mengeluarkan mereka dari jamaah ini-insyaAllah.

Berilah keyakinan dan wala’ pada pimpinan, dan awasilah perangkap musuh yang ada dikeliling kita , dan jangan kita menjadi jurucakap musuh dalam jamaah bagi melihat berpecahkan jamaah ini.

Tingkatkanlah hubungan dengan Allah, jadilah sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas dalam perjuangan ini dan bersabarlah di atas perbezaan pandangan, dan hargailah pandangan yang berbeza yang lahir dari hati yang ikhlas.

Rapatilah saf perjuangan, dan gunalah sedikit masa tengah malam dan awal pagi untuk memohon kekuatan dari Allah.

Salam perjuangan.

Akhukum FiLLah

Tuan Ibrahim Tuan Man.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers

%d bloggers like this: