Category: Uncategorized


Sumber foto : Facebook Amran Aliamat

Kursus Asas Haji bagi musim 1433H sudah pun bermula pada 3 Mac lepas di Masjid Negeri Sabah. antara jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan berlangsung setiap sabtu sehingga 28 April 2012 akan datang. Tidak ramai yang tahu bahawa kursus asas haji ini sebenarnya boleh disertai secara terbuka oleh orang ramai, sama ada mereka yang sudah pernah menunaikan fardhu haji atau belum mendapat panggilan daripada pengurusan tabung haji langsung, atau juga yang langsung tidak membuat penabungan di tabung haji, kesemuanya boleh menyertai kursus asas haji ini.

Sengaja saya masukkan entri ini kerana ramai menyangka bahawa kursus ini hanya terbuka kepada bakal haji yang sudah dipanggil oleh pengurusan Tabung Haji sahaja. Bahkan sinis juga sesetengahnya saya membaca atau melihat apabila ada yang enggan menyertai kursus asas haji kerana ‘bimbang’ disangka hendak pergi haji. Sebenarnya mereka yang mencintai majlis ilmu seumpama ini boleh hadir menikmati kuliah yang disampaikan oleh para pembimbing.

Sepanjang yang saya ketahui berkenaan kursus asas haji ini, ia bukan hanya melibatkan ibadah haji sahaja bahkan juga antara kandungan silibusnya ialah berkenaan solat. Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim yang juga antara tenaga pengajar utama di sini pernah menjelaskan kepada saya bahawa dalam sesi soal jawab, tidak sedikit soalan berkenaan solat dikemukakan oleh peserta kursus. Sebab itu hukum hakam asas tentang solat dimasukkan juga dalam kandungan kursus ini.

Selain itu, sudah tentu kandungan utamanya adalah berkaitan dengan ibadah haji itu sendiri, sehinggalah nanti pada akhir kursus akan diadakan secara praktikal ibadah melontar, tawaf dan saie di ruang terbuka perkarangan Masjid Negeri Sabah dengan kesemuanya dikehendaki memakai pakaian ihram sebagai suatu latihan kepada bakal-bakal haji. Kepada semua yang hadir, saya doakan semuanya mendapat ilmu yang bermanfaat dan dikurniakan rezeki untuk sampai ke tanah suci sama ada kali pertama atau kali yang berikutnya. Insya Allah.

TIUP PADA AIR

Menyertai dunia pengubatan melalui kelas-kelas Darussyifa’ Sabah memberikan maklumat yang tidak sedikit. Ia adalah satu takdir yang menemukan kami mempelajari sesuatu ilmu yang sangat hebat dan berfaedah untuk diri dan masyarakat. Antara bahan utama yang banyak disebut dan digunakan dalam rawatan pengubatan Islam ialah penggunaan air sama ada untuk mandi, sapu atau minum.

Air itu sebaik-baiknya adalah air zam-zam, atau air hujan malam jumaat atau air mineral biasa. Ia dimanfaatkan hasil kombinasi doa-doa tertentu yang dibacakan ke atas air atau tubuh pesakit atau juga untuk diri sendiri. Doa-doa itu merupakan doa yang warid daripada al-Quran atau Hadith Nabi SAW, atau juga hasil amalan para ulama terkemuka.

BIKIN SURAU

Tahniah kepada pihak berkuasa di Labuan atas daya usaha membina sebuah surau di bandar Labuan, di Jalan Merdeka, satu laluan dan tidak jauh dengan Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Surau dinamakan Surau Nurul Islam dikontraktorkan kepada Syarikat Lupak Enterprise bagaimanapun masih belum siap walaupun tarikh siap tertulis jun 2011. Sebelum kalimat ‘jun’ itu ada tercatat nombor kosong, apakah 10 jun, 20 jun atau 30 jun.

Mudah-mudahan terbinanya surau ini akan memudahkan umat Islam yang berurusan di sekitar bandar dapat menunaikan solat fardhu khususnya secara berjamaah dan syiar azan solat fardhu berkumandang serta dapat menghalau syaitan-syaitan yang berkeliaran di sekitar bandar. Maklumlah di hadapan surau berkenaan, berderet premis-premis menjual arak. Begitu juga premis-premis judi, kelab malam dan urut yang berkembang di sana.

Ya Labuan Pulau Bebas Cukai.

KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011

07 MEI 2011 (SABTU)

DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM (MASJID NEGERI SELANGOR)

PENGENALAN

Riba merupakan elemen teras yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Dasar ini telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman”

Negara Malaysia bolehlah dikira sebagai antara pelopor penting dalam perkembangan industri kewangan Islam. Penubuhan institusi kewangan Islam dalam konteks Malaysia adalah langkah penting dan praktikal bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman riba. Sejak penubuhan perbankan berteraskan syariah yang pertama pada era 80-an iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, sehingga kini telah terdapat lebih 17 buah perbankan Islam yang telah diberikan lesen operasi oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Pun begitu, sehingga ke hari ini, masih terdapat pihak-pihak yang belum memahami sepenuhnya hakikat riba dan aplikasinya dalam sistem kewangan moden hari ini. Ditambah pula dengan tohmahan-tohmahan oleh pihak-pihak tertentu yang telah menyatakan bahawa perbankan Islam pada hari juga adalah bersekongkol dengan sistem riba moden.

Perkara seumpama ini telah menambahkan lagi kekusutan yang ada selain dapat merencatkan perkembangan serta kepesatan perbankan dan kewangan Islam. Perkara ini secara langsung telah memberikan kesan terhadap tahap pematuhan serta penerimaan umat Islam terutamanya kepada produk-produk kewangan Islami.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor [PUMSEL] terus mengatur langkah menyediakan platform perbincangan ilmiah bagi merungkai persoalan-persoalan kewangan yang melibatkan hukum Syarak. PUMSEL berpandangan isu-isu yang berbangkit ini perlulah dibincangkan secara ilmiah dan telus dalam mengemukakan solusi kepada permasalahan berbangkit.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah;

1. Menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam.

2. Memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama’ muktabar.

3. Menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

08.00 pg Pendaftaran Peserta

09.00 pg UCAPUTAMA DAN PERASMIAN

09.30 pg SESI 1 – Riba: Takrif dan Konsepnya Menerusi Al- Quran dan As- Sunnah, Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Haji Hanafi, Dekan Kuliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah

Aplikasi Riba Dalam Sistem Kewangan Semasa: Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas, Oleh: Ustaz Mohd. Nazri bin Chik, Ketua Jabatan Shariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

10.30 pg Minum pagi

11.00 pg SESI 2 – Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti, Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Sistem dan Operasi Perbankan Islam Semasa: Tinjauan dan Ulasan, Oleh: Dr. Abdul Rashid bin Dail, mantan Prof. Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Aplikasi Syariah Dalam Produk Kewangan, Oleh: Ustaz Mohd. Zamerey bin Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank

12.30 tgh Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur

02.30 ptg SESI 3 – Isu- Isu Semasa Riba dalam Jual Beli Emas dan Perak, Oleh: Ustaz Mohamad Fairooz bin Abdul Khair, Penyelidik Bersekutu, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Pengharaman Riba Serta Kaitannya Dengan Konsep Tasawwuf, oleh: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

05.00 ptg Penutup dan Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan (Seorang) :

Agensi Kerajaan, Swasta, NGO = RM 150

Individu/ Perseorangan = RM 100

Ahli PUM = RM 70

Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah = RM 50

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 05 Mei 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi : 013-384 0710

En Nizam : 012-291 1335

Pejabat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301

Faks : 03-5511 4302

Email : pumselangor@yahoo.com

Website : http://www.pumselangor.org

http://www.mediafire.com/?6l404jn7i29ap54 (Brouser Konvensyen)

Persatuan Ulama’ Malaysia

14B, Jalan Plumbum P7/P,

Pusat Komersial Seksyen 7,

40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301

Faks : 03-5511 4302

 

http://www.pum.org.my

http://ulamadaily.blogspot.com/

POCO-POCO

 

 

Lokasi : Dataran Tahrir, Kaherah

Khatib : Shaikh Dr Yusuf al-Qaradhawi

القرضاوي لجيش مصر: أطلقوا المعتقلين وغيروا الحكومة

دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي في خطبة الجمعة التي ألقاها اليوم في ميدان التحرير بوسط القاهرة؛ شباب وشعب مصر إلى الحفاظ على وحدتهم وثورتهم التي أطاحت بالرئيس حسني مبارك. كما طالب الجيش المصري بالإطلاق الفوري للمعتقلين السياسيين وتغيير الحكومة الحالية، داعيا الحكام العرب في الوقت نفسه للاستماع لشعوبهم

ووسط نحو مليوني من المحتشدين بميدان التحرير الذي كان مركزا للثورة، قال رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين إن “شباب الثورة لم ينتصروا على مبارك فقط وإنما على الفساد والطغيان، مضيفا: “كنت أثق في نصر الله لهؤلاء الشبان، فقد وعد الله بنصر المؤمنين ولا يمكن أن ينتصر الباطل على الحق، وكان لابد أن ينتصر المصريون على هذا الطاغوت الفرعون وكان لا بد لمصر أن تتحرر لأن هذا الشباب أراد وإرادته من إرادة الله

وتابع في خطبته “لقد صبر الشعب وضحى وأصر ونزع منه الخوف، وكان الفراعنة يقذفون الرعب في قلوب الناس لكن اليوم لم يعد الناس يخافون لا من فرعون ولا من أمن الدولة ولا من الجمال والخيول فحقق الله أهدافهم النبيلة، وتحيتي لهذا الشباب الثائر الذي أتمنى تقبيل أيديهم واحدا واحدا لأنهم رفعوا رؤوسنا واعتبرهم الأنصار الذين قال فيهم الله ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بهم خصاصة

رسالة للشباب والشعب

وأوصى الشيخ القرضاوي الشباب الذين “تعبوا لنرتاح وعرضوا حياتهم للخطر لنعيش نحن في أمان” بالحفاظ على النصر لأن الثورة لم تنته ولكنها بدأت فعليهم أن يحافظوا على ثورتهم وحذرهم من أن يسرقهم منها أحد وخصوصا من المنافقين الذين يستعدون لركوب الموجة”، بحد قوله

وفي كلمته إلى الشعب المصري، دعا الدكتور القرضاوي المصريين مسلمين ومسيحيين أن “يسجدوا سويا شكرا في ميدان التحرير، فقد بدت الوحدة الوطنية بين الأقباط والمسلمين، فتمسكوا بوحدة الصف

وأوضح بقوله “أنه في 25 يناير (بدء اندلاع الثورة) وقف المسيحي إلى جوار المسلم وكلاهما آمن من الآخر ويحب الآخر ولا يخاف منه ولا يتربص به بل كانوا يحرسون بعضهم في الصلاة، نعم فقد أنهى ميدان التحرير خطاب وحقبة الفتنة

رسالة للجيش

ووجه الشيخ القرضاوي تحية إلى الجيش المصري الذي تسلم السلطة بعد تنحي مبارك، معتبرا أنه درع الشعب وسنده، ويكفي أن الجيش لم يمد يده بأذى ضد الشعب المصري وأنه تعهد بالحفاظ على حقوق المصريين المدنية التي اكتسبوها وقاموا بعدة إجراءات في صالح الشعب، بحد قوله

وطالب الجيش بتشكيل حكومة جديدة والإفراج فورا عن كل المعتقلين السياسيين، وقال “أطالب الجيش المصري أن يحررنا من الحكومة التي ألفها مبارك، والتي كلما رآها المصريون تذكروا الجرائم التي ارتكبت بحقهم من قتل وخيل وجمال

كما طالب الشيخ القرضاوي الجيش بفتح معبر رفح وجميع المعابر المصرية أمام الشعب الفلسطيني المحاصر والذي “ينتظر الإنصاف على أيدي أبطال القوات المسلحة المصرية الباسلة. كما دعا فئات المصريين الذين ينظمون الإضرابات احتجاجا على أوضاعهم المعيشية للتمهل في مطالباته من الجيش حيث أن “الله تعالى بنى الدنيا في ستة أيام وكان بقدرته أن يبنيها في غمضة عين لكن ليعلمنا الصبر والمثابرة على البناء . وقال “أتوجه لأبناء مصر الذين ظلموا أن يصبروا قليلا وأن ينصروا الثورة بالعمل

رسالة للحكام

من جهة أخرى طالب القرضاوي الحكام العرب بمحاولة “فهم الشعوب والاستماع لهم ومحاورتهم وأن يكفوا عن الضحك عليهم.  وتشهد عدد من الدول العربية وعلى رأسها ليبيا والبحرين واليمن احتجاجات شعبية للمطالبة بالتغيير والإطاحة بالنظام. وفي ختام الخطبة، أعرب الشيخ القرضاوي عن أمله في أن يقر عينه بالصلاة وإلقاء الخطبة في المسجد الأقصى بالقدس المحتلة بعد تحريره سائلا الله أن يحقق للمسلمين هذا الفتح المبين

وصلى الشيخ القرضاوي بالحشود في ميدان التحرير صلاتي الظهر والعصر، ثم أقام صلاة الغائب على أرواح الشهداء الذين سقطوا في الانتفاضة المصرية المباركة. وعقب الصلاة ردد المتواجدون في الميدان هتافات مناوئة للنظام المخلوع من بينها “الشعب يريد تطهير البلاد، ولا حسني ولا أعوانه

المصدر: أون إسلام

INI KISAH SULTAN KELANTAN

Tajuk asal dari blog The Kelantan Insider : KUNJUNGAN SULTAN MUHAMMAD KE-V KE RKT KESEDAR SUNGAI ASAP B

Alhamdulillah, pada hari Selasa, 28 Disember 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, beserta rombongan Baginda telah selamat berangkat ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Sungai Asap B di Gua Musang.

Baginda, yang memandu sendiri range rover putih Baginda yang membawa tiga orang sahabat Baginda, iaitu Raja Razman Shah, Tim dan Marco (kedua-dua Tim dan Marco, yang merupakan sahabat-sahabat Baginda sewaktu Baginda masih belajar di United Kingdom dahulu, kini telah pun memeluk agama Islam kerana tertarik dengan keperibadian Baginda dan dengan keindahan agama Islam), bertolak dari Istana Telipot, Kota Bharu, di dalam suasana hujan renyai pada pukul 4.30 petang dan selamat tiba di Masjid Mukim RKT KESEDAR Sungai Asap B pada pukul 6.15 petang.

Selepas bersalaman dengan para penduduk tempatan dan para pegawai tinggi kerajaan negeri yang hadir, Baginda, dengan bantuan Dato’ Abdul Halim Hamad, terus mengambil wudhu’ dengan menggunakan gayung yang tersedia di kolah masjid dan menunaikan sembahyang Asar secara berjemaah bersama-sama ahli-ahli rombongan Baginda.

Selepas menunaikan sembahyang Asar, berwirid dan berdoa, Baginda terus menyampaikan kunci lapan buah rumah (bernilai RM30,000 setiap satunya) yang telah dibina dengan menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada lapan orang penduduk miskin tegar dari jajahan Gua Musang. Turut diberikan bantuan wang zakat sebanyak RM100 seorang adalah 100 penduduk berdekatan.

Setelah itu, Baginda meluangkan masa selama hampir setengah jam bagi beramah mesra dengan 29 orang asli dari Pos Hendrop di perkarangan masjid itu di mana Baginda telah memberikan mereka, yang diketuai oleh Ahoh @ Wahab bin Ibrahim, 29, peluang untuk menceritakan permasalahan mereka kepada Baginda. Setelah bertukar-tukar bicara mengenai aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan bagi menyara kehidupan mereka, mereka pun mengemukakan hasrat mereka supaya Baginda dapat mengusahakan agar mereka dan rakan-rakan mereka yang lain yang kesemuanya berjumlah sekitar 200 orang diberikan hak milik tanah di dalam lingkungan 15 ekar seorang.

Mendengarkan permintaan ini, Baginda segera menyatakan kesanggupan Baginda untuk memikirkan cara bagi membantu mereka mendapat tanah tersebut. Di dalam masa yang sama, Baginda menanyakan kepada mereka apakah yang mereka mahu usahakan di tanah tersebut, yang dijawab oleh mereka akan diusahakan dengan tanaman padi, pisang dan keledek. Baginda kemudiannya mencadangkan bahawa adalah lebih baik tanah itu diberikan secara berkelompok serta diusahakan secara beramai-ramai, dengan tanaman yang lebih menguntungkan seperti getah, bagi membolehkan tanah itu memberikan pulangan yang lebih baik. Kesemua orang asli ini juga turut diberikan bantuan wang zakat sebanyak RM100 seorang.

Kemudian Baginda, tanpa menghadapi walau sebarang kesulitan pun, terus sahaja menyembelih sendiri seekor lembu, juga di perkarangan masjid itu, di mana dagingnya, bersama-sama daging empat ekor lagi lembu yang telah disembelih pada sebelah paginya, diagih-agihkan kepada fakir miskin, termasuklah kepada hadirin majlis.

Seterusnya, Baginda berjalan kaki meredah hujan renyai sejauh kira-kira 500 meter untuk ke rumah seorang pesakit asma kronik, Sudin Che Ya, 59. Di sini, Baginda telah meluangkan masa selama kira-kira 15 minit untuk beramah mesra dengan pesakit tersebut. Di antara lainnya, pesakit tersebut menceritakan kisahnya yang menghidap asma, yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja (hanya mengharapkan hasil daripada tanaman getahnya yang diusahakan oleh penduduk lain) di samping menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk menyara dua orang anaknya yang masih bersekolah, iaitu Mohd Shahriza, 17, dan Mohd Ridzuan, 11, apatah lagi setelah beliau ditinggalkan oleh isterinya sejak sepuluh tahun yang lalu.

Setelah bertukar-tukar bicara mengenai jenis-jenis ubatan yang pesakit tersebut gunakan bagi merawat penyakitnya itu, Baginda telah memberikan komitmen Baginda untuk membeli, sama ada di Kuala Lumpur atau di Singapura, peralatan rawatan terkini (yang boleh berfungsi apabila disambung dengan bekalan elektrik ataupun pencucuh api di dalam kereta) yang digunakan bagi merawat penyakit itu. Baginda juga menitahkan kepada Ketua Jajahan Gua Musang supaya mengusahakan pesakit tersebut dibawa untuk menjalani rawatan yang lebih terperinci di Hospital Daerah Gua Musang.

Baginda kemudiannya bertanya pesakit tersebut jika ada apa-apa permintaan khusus yang dimahukan oleh beliau dari Baginda dan pesakit tersebut pun mengemukakan hasrat beliau supaya Baginda dapat membina sebuah rumah baru untuk beliau dan anak-anak beliau memandangkan rumah yang mereka diami sekarang sudah agak uzur. Mendengarkan permintaan ini, Baginda segera menyatakan kesanggupan Baginda untuk membantu membina rumah tersebut. Di samping itu, Baginda juga tidak lupa untuk memberikan sedikit sumbangan peribadi Baginda kepada pesakit tersebut.

Setelah itu, Baginda pun bergegas kembali ke Masjid Mukim RKT KESEDAR Sungai Asap B untuk menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah bersama-sama para penduduk tempatan di sana. Setelah berwirid, berdoa, bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah, Baginda beserta rombongan Baginda pun berangkat ke Istana Persinggahan Gua Musang untuk beradu di sana dan seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Dalam pada itu, di antara para pegawai tinggi kerajaan negeri yang turut hadir di dalam majlis ini adalah Ahli Majlis Perajaan Negeri, Dato’ Sukri Mohamed; Dato’ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Dato’ Ismail Mohd Noor; Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias; Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat; Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh; Dato’ Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato’ Kamaruddin Mohd Zain; dan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.

RUMAH ENCIK KEKACANG

Dipetik dengan sedikit ubah suai dari blog Mazlin Chik Inn Nordin, seorang penerbit eksekutif di TV3 :  http://mazlinnordin.blogspot.com/. Saya menonton beberapa rancangan yang berkualiti seperti Majalah 3, Jejak Rasul Srikandi dan lain-lain.

Sebut Encik Kekacang pasti ramai yang tak kenal, tapi kalau sebut nama MR Bean, dari golongan kanak-kanak hinggalah warga emas pasti mengenali lelaki Inggeris yang mempunyai perwatakan yang pelik tapi mencuit hati.

Nama sebenar Mr Bean adalah Rowan Sebastian Atkinson dilahirkan di Newcastle Upon Tyne, pada 9 Januari 1955, kira sama bulan dengan saya, Januari tapi tahun jauh bezalah. Isteri bernama Sunitra Sastry dan mempunyai 2 cahayamata, Benjamin Atkinson dan Lily Atkinson.

Berikutan saya sedang menyelaraskan rancangan berbentuk dekorasi rumah “home ideas” untuk siaran TV3 tahun depan, maka rakan saya emelkan beberapa keping gambar rumah Mr Bean di England.

Memang hebat rumahnya. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu… itulah rezeki.

Apapun, bila kita hidup mewah, rumah besar dan indah, dah dapat capai bintang di langit… rumput dibumi dilupa jangan……

 

TALKIN M.RAJOLI

Semoga Allah mengampunkan dosa dan kesalahan kita semua

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,870 other followers