Category: Buku


20130510_144942

Sebagainya saya catatkan beberapa hari sudah, kami sudah menerima hampir 30 siswa siswi baru untuk memulakan penghidupan baru di Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Sabah. Seperti juga tahun lalu, saya ada mencatatkan lewat blog ini permohonan sumbangan buku tersebut di atas : ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ yang akan digunakan dalam siri kuliah maghrib setiap jumaat malam sabtu.

Justeru tahun ini saya berbesar hati memberi peluang sahabat-sahabat pembaca setia blog Abu Nuha Corner untuk menginfaqkan sedikit wang bagi membeli 30 buah buku yang dimaksudkan. Buku ini akan diagihkan kepada siswa siswi baru dan menjadi rujukan dalam kuliah berkenaan. Kuliah dijangka akan bermula 2 minggu daripada sekarang.

Sebuah buku berharga RM50.00 sahaja. Yang berminat untuk menyumbang boleh pm ke facebook saya : Muhammad Akmal Othman.

GUA IKUT ENTA

Buku yang baru dibaca :

guaikuenta

Penulis : Riduan Mohamad Nor

Penerbit : Jundi Resources

Harga : RM20.00 / RM22.00

“Perintah dunia kita, jika orang Jepun masuk Islam. Sifat-sifat terpuji Islam direngkuh oleh mereka,” ujar aku perlahan. Teman pemandu bercerita tentang kehidupan rakyat Malaysia di Negara itu. Budaya persaingan, juga sisi hitam putih rakyat Jepun. Ada wilayah hitam yang tidak diterobos oleh media.

Engkau tahu kawan tentang dunia gelap Yakuza? Manusia berdarah dingin yang siap membunuh dengan punting rokok yang tidak terlepas di bibir. Juga geisha yang menggiurkan pesona seorang lelaki. Juga kisah manusia yang dengan mudah menjunamkan diri dari bangunan pencakar langit dengan masalah yang remeh temeh. Bumi Sakura paling ramai bilangan yang membunuh diri. Islam perlu disampaikan kepada mereka.

Buku yang baru dibaca :

cover (memoir abdullah c.d. pt II)

Penulis : Saari Sungib

Penerbit : Straytegic Information & Research Development Centre

Harga : RM38.00

Sinopsis :

Saya namakan penulisan saya sebagai siri “Sengsara Kem Kamunting” dan untuk itu saya menulis menurut getaran hati dan denyutan perasaan saya sebagai seorang yang telah dibebaskan daripada penahanan kejam ISA. Buku yang berada di tangan pembaca ini merakamkan imbauan pengalaman saya dan rakan-rakan bagi tahun pertama ditahan ISA, iaitu dari April 2001 hingga April 2002.

Ia bermula dengan mengkisahkan pengalaman malam pertama saya dan rakan-rakan dihantar ke kem kamunting dan seterusnya mengimbau ke belakang beberapa peristiwa dan pengalaman yang belum saya catatkan dalam “Suara Dari Kamunting”. Untuk itu penulisan ini juga kembali mengenang apa yang saya lalui semasa berada di bawah tahanan SB selama dua bulan sebelum saya dihantar ke Kem Kamunting.

Ia juga merupakan perkongsian saya perihal apa yang saya lalui, saya rasai, saya renungi dan pengalaman-pengalaman orang lain yang saya hayati – khususnya pengalaman mereka yang melalui nasib yang sama dipenjarakan di atas motif politik.

Ia merakamkan dengan terperinci pengalaman saya dan rakan-rakan melancarkan mogok lapar sempena tahun pertama kami ditahan di bawah akta zalim ISA. Buku ini tamat sebaik sahaja ianya mengkisahkan bagaimana kempen mogok lapar kami berakhir.

Buku yang baru dibaca :

??????????

Penulis : Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Penterjemah : Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz

Penerbit : PSN Publication

Harga : RM22.00 / RM24.00

Khalifah Umar bin Abdul Aziz Rahimahullahu Taala merupakan salah seorang khalifah yang mempunyai legendanya yang tersendiri dalam bidang pemerintahan sehingga banyak kata pujian yang telah diungkapkan oleh ulama-ulama terkemuka mengenai beliau. Umar dianggap oleh kebanyakan ulama sebagai “Mujaddid Kurun Pertama”.

Kandungan buku ini yang banyak menonjolkan sifat-sifat terpuji Khalifah Umar bin Abdul Aziz terutama mengenai sifat takutnya yang amat kepada Allah SWT, keadilannya dalam bidang pemerintahan dan pengurusan, kepekaannya terhadap masalah yang dihadapi oleh orang bawahannya dan rakyat jelata patut dihayati oleh semua lapisan masyarakat pekerja sama ada di peringkat atasan mahupun bawahan.

Diharapkan buku ini dapat membudayakan sifat jujur dan amanah dalam setiap tindakan dan urusan harian, mengutamakan akhirat, mengasingkan kegunaan harta awam daripada harta sendiri seperti yang telah dipraktikkan oleh Khalifah Umar. Kisah tentang Umar ini moga dapat dicontohi oleh kita semua terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam soal-soal pentadbiran.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang cukup agung, dihiasi dengan kebijaksanaan, keadilan dan peka dengan tanggungjawab ini akan mampu menjadi neraca kepada setiap individu yang memimpin setiap urusan umat Islam serta menjadi contoh teladan yang baik kepada manusia semuanya sama ada di peringkat individu mahupun jemaah.

Buku yang baru dibaca :

dihamparan shamrock

Penulis : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil @ Abu Saif

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM30.00 / RM32.00

Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata, perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami.

PROMOSI 2 : BUKU TAJWID

buku tajwid

Lebih sebulan lalu saya ada mempromosi buku yang sama (dalam foto atas) di dalam blog ini dan melalui facebook. Ketika itu tidak sampai 20 orang menempah buku tersebut. Maka saya tempah 20 buah. Sesudah 2 kotak besar mengandungi buku ini sampai ke tangan saya sehari dua lepas, sempat saya warwarkan kepada sahabat-sahabat yang menempah.

Belum sempat lagi semua buku yang siap ditempah ini disampaikan kepada empunyanya, saya menerima lagi tempahan baru daripada berbelas orang. Ada juga yang mahukan lagi beberapa buku untuk mereka panjangkan kepada sasaran masing-masing. Di sini, saya memberi kesempatan kepada sahabat-sahabat yang berminat, untuk mereka yang berada di Sabah dan kemudian apabila buku ini sampai nanti boleh pula mengambilnya daripada saya (bukan dikirim lagi sekali ke destinasi).

Berminat boleh hubungi saya di facebook. Sebagaimana saya pernah catatkan dan diakui oleh sahabat-sahabat para ustaz yang pernah menyemaknya, buku ini merupakan buku tajwid paling lengkap dalam bahasa melayu pada saat ini.

 

Buku yang sudah dibaca :

Perang_Arab_Israel-1973-240x374

Penulis : Zaini Rejab

Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd

Harga : RM18.00/RM20.00

Semasa Perang Enam Hari pada tahun 1967, tentera Israel menawan keseluruhan Semenanjung Sinai. Mesir bukan sahaja kehilangan tanah yang luas, malah maruah bangsa Arab turut tercalar. Kini, Mesir mula mengatur strategi bagi membebaskan semula Semenanjung Sinai daripada cengkaman Israel, demi maruah bangsa dan agama.

Strategi tempur sudah dilakar dan segala persiapan sudah dibuat. Hanya menunggu detik yang tepat. Namun, Israel bukan calang-calang musuh. Israel sudah membina kubu pertahanan yang kuat di sepanjang tebing timur Terusan Suez. Mereka juga mempunyai kelebihan daripada segi persenjataan terutamanya kereta kebal dan jet pejuang moden.

Mampukah tentera Mesir menebus kembali luka lama?

Buku yang baru dibaca :

fadzilnoor

 

Penulis : Subky Abdul Latif

Penerbit : Kemilau Publika

Harga : RM20.00/RM23.00

Karya terbaharu Pak Subky Abdul Latif.  Buku yang berjudul ‘Fadzil Noor; Dia Guru, Dia Kawan’ adalah satu catatan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula mengenai Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor. Buku ini bagus untuk pengkaji dan peminat Ustaz Fadzil Noor dan PAS.

Buku ini bukan satu sejarahnya, bukan biografinya, bukan ajaran dan pemikirannya, tetapi adalah satu kumpulan pengalaman bagi mengenali beliau secara umum sepintas lalu. Biar sejarahnya dirakam oleh para sejarawan, ajaran dan pemikirannya dikaji dan dianalisis oleh para propagandis zaman dan orang-orang yang lebih dekat dengannya. Moga–moga para pengkaji dan peminatnya dapat memanfaatkan catatan ini sebagai persiapan awal untuk menghasilkan rakaman khazanah peninggalannya yang lebih besar dan bernilai.

Paling penting di sini ialah Ustaz Fadzil Noor mesti dikenali oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya dan mereka yang tahu nama tetapi tidak sempat mendekatinya serta belum dilahirkan semasa beliau pergi dulu. Menerusi buku ini generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang putera besar di dunia yang bernama Fadzil Mohd. Noor.

Sila lawati www.kemilau.net.my atau di talian 03-6038 8314/15 untuk maklumat lanjut.

MEMBURU HIDAYAH

Buku yang sudah dibaca :

Memburu_Hidayah

 

Penulis : Rusnah Abu Samah

Penerbit : PSN Publications Sdn Bhd

Harga : RM18.00 /RM20.00

Memburu hidayah adalah sebuah travelog perjalanan seorang pemuda yang berbangsa Cina beragama Protestan yang telah memilih Islam sebagai agamanya hasil dari beberapa kajiannya tentang Islam dan perdebatannya dengan kawan yang beragama Islam di sekolah. Antara kajian yang telah dibuat ialah:

Kajian tentang kalimat Allah

Kajian tentang Ira jari manusia

Kajian tentang Kitab Al-Quran

Kajian tentang Susu Ibu

PROMOSI : BUKU TAJWID AL-QURAN

TAJWID AL-QURAN

Tajuk : Tajwid al-Quran, Qiraat ‘Aashim – Riwayat Hafsh – Toriq al-Syatibi (Jilid 1 & 2)

Penulis : Abu Mardhiyah

Penerbit : Al-Jenderaki Enterprise

Muka surat : 706 

Cetakan : Pertama Januari 2012

Insya Allah dalam masa terdekat saya akan membuat tempahan sebanyak 20 buah buku ini dan akan dipos melalui kapal laut (untuk harga lebih murah). Sebelum ini saya sudah promosikan di facebook peribadi, dan saya mula mendapat respon baik daripada sahabat-sahabat. Buat masa ini sekitar 15 orang sudah bersetuju untuk menempah buku ini dan dijangka akan ada lagi dalam masa terdekat untuk mendapatkannya.

Insya Allah harganya berpatutan. Hanya RM50 (ikut harga Semenanjung) saya jual untuk membantu kawan-kawan memiliki buku ini. Jika ada untung, ia masih terlalu sedikit, dan jika rugi, saya infaqkan sebahagian wang saya untuk mendapatkan saham menyebarkan kebaikan.

Tentang buku ini, apabila saya membaca sepintas lalu, saya dapati setakat ini, ini adalah buku tajwid al-Quran terbaik dalam bahasa Melayu, lengkap dan disertai dengan matan-matan tajwid dan qiraat yang bersesuaian. Ia juga telah disemak oleh Dato’ Sheikh Sallehuddin Omar al-Qari’, Ustaz Khairul Anuar Mohamad al-Bakri dan lain-lain.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 64 other followers

%d bloggers like this: