ABU NUHA CORNER

Ahlan

Ahlan kepada sahabat-sahabat sekalian.

Nabi SAW bersabda : Kebijaksanaan itu adalah barang tercicir milik orang beriman, di mana sahaja ia ditemui, maka orang beriman lebih berhak memilikinya”.

Justeru, memanfaatkan teknologi siber adalah sebahagian daripada ajaran Islam.

Hanya dari sebuah bilik, tulisan kita di dalam blog boleh dibaca orang lain di ceruk dunia di mana kemudahan itu boleh diperolehi.

ALAM

Kita pernah mendengar sebuah hadith Nabi SAW : “Jangan kamu memikirkan zat Allah, tetapi fikirkanlah tentang makhluk Allah”

Sebagai manusia yang diberi akal fikiran dan hidayah, tidak wajar kita melihat sesuatu dalam kehidupan ini dengan pandangan yang kosong. Sedangkan setiap sesuatu yang berlaku ada tujuan dan matlamatnya. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kehidupan ini sia-sia.

Marilah kita memandang, mendengar serta memikirkan kejadian alam ini dan mengakui kehebatan Allah SWT. Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali.

SAYA

Gelaran Abu Nuha muncul di bumi Mesir mulai Ogos 2003, selepas kelahiran anak sulung di Wilayah Mansoura, 100km dari Kota Kaherah.

Mengaji di Ma’ahad Qiraat al-Azhar Shoubra Mesir 2000-2003, sebelum itu di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah 1995-1999, sebelum itu di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu 1991-1996.

Pernah menjadi imam di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Masjid Negeri Sabah, pernah juga diamanahkan sebagai Pegawai Agama Istana Negeri Sabah ( Nov 2006-Feb 2008 ) dan kini ditempatkan di Unit Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan Informasi JHEAINS.

21 Respons kepada "Ahlan"

assalamualaikum…izayyak?bulih tahan ba blog ni :-) bulih kirim2 artikel ka sini bang?saya baru nampak blok ni :-) ala ayyi hal.minal aidin wal faizin SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN Kullu am wentum bikheir :-)

abu nuha… subhanallah.. lama tak dengar khabar? masih lagi terbayang wajahmu lewat perkenalan kita 9 tahun yang lalu.. salam reunion..

Assalamualaikum wbt…Dan Salam Perkenalan
Cuma igin brtanya sapa kah pembuat blog ne???

Yang bertanya kenalkan diri dulu

assalamualaikum,
saya adalah pacik kpd. hj.mustakim bin maisar keluarga di sandakan sudah rindu sebab sdh lama tidak berhubung, jika sesiapa mengenali nama tersebut sila beritahu untuk menghubungi saya dengan emel srikapur@yhoo.com atau dgn. hand phone di no. 0198961747.
terima kasih.

assalamualaikum,apa khabar stdnt islamiah???..harap semua sihat2 jer..salam sayang buat semua…

Assalamualaikum,
Saudara Abu Nuha, saya melawat blog saudara diatas artikel berkaitan arnab disembelih. Saya ingin meminta kebenaran dari saudara untuk menerbitkan kembali artikel yang saudara tulis ini didalam blog saya. Ia semuanya berkaitan arnab. Dijemput juga saudara menjengah ke blog saya. ArnabKiut Blog di http://www.arnabkiut.blogspot.com

Salam,
Alhamdulillah, dapat jua berita mengenai jemaah kita kat Sabah ni.. X kira lah sapa yang menulis dalam blog ni, terima kasih la byk2 atas input2 yang d paparkn… hilang rindu bila menjengah tulisan ttg anak kecil yang d didik n asuhan org tua yang menekankn ilmu agama… tahniah wt ust Mustaqim n is3nya kak sri yg pernah mnjd naqibah usrah ms kt Tawau..

klo bl, maklumkn la ttg sambutan hari guru PASTI yang berlangsung d Tawau..

salam,kemaskini web nie biar lebih menarik n terkini.Tahniah!

Assalamualaikum wbth dan salam perkenalan daripada saya. Saya Yunus Sauman Sabin dari Kampung Rungus Tamparuli. Alhamdulillah saya terjumpa blog saudara dan saya sangat tertarik dengannya. InsyaAllah blog saya juga nanti akan diisi dengan aktiviti seperti blog saudara. Semoga Allah merahmati kita semua. Saya memang mengalu-alukan kegiatan seperti yang saudara lakukan dan saya doakan semoga saudara akan diberikan kekuatan untuk terus menegakkan syariat Allah di Sabah khususnya dan dunia amnya. Sekarang saya berada di UPSI tetapi adakalanya saya balik ke Sabah untuk buat kajian arkeologi. Sambil-sambi itu saya cuba menyelitkan dakwah khususnya kepada sahabat-sahabat kita yang lain. Kini tumpuan pendekatan saya tentunya melalui kuliah secara formal dalam kelas dan ia tentunya tidak menjurus secara langsung tentang sayariat tetapi saya akan selitkan juga.

Semoga perkenalan ini akan berterusan dan semakin akrab. Saya baru saja mencipta blog… kalau sudi bolehlah melawat kuhubsulap.wordpress.com. Ia masih dalam pembinaan oleh itu maklumat masih terlalu sedikit.

Wassalam

Assalam mualaikum…………
SMUI TPHR 1988-1993 byk memori indah yang sukar untuk d lupakan.
Para murabbi yang pernah mendidik nama kalian harum dalam ingatan.
Teman2 seperjuangan,adik abang kakak rapatkan ukhuwah jalinkan persaudaran.

Wassalam. SMK Pitas.

Salam ziarah,

Mohon copy paste ya maklumat Kelas Mengaji Al-Quran untuk dimuatkan ke dalam blog http://KelasQuran.blogspot.com di mana senarai kelas-kelas Al-Quran di kumpulkan bagi memudahkan orang ramai yang ingin mempelajari Al-Quran (Asas, Pertengahan & Lanjutan), Tarannum, Iqra, Tajwid & Bahasa Arab. Sekiranya saudara mempunyai maklumat mengenai mana-mana kelas Al-Quran, boleh lah dimaklumkan kepada saya. :)

Ikuti kelas-kelas pengajian Al-Quran, Tajwid & Bahasa Arab di sekitar Kuala Lumpur, & Selangor
http://KelasQuran.blogspot.com/

Senarai kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid
http://KelasQuran.blogspot.com/search/label/Kelas%20Al-Quran

Senarai kelas-kelas Bahasa Arab
http://KelasQuran.blogspot.com/search/labe…20Bahasa%20Arab

Tafsir Al-Quran
http://KelasQuran.blogspot.com/search/labe…fsir%20Al-Quran

Al-Quran online
http://KelasQuran.blogspot.com/search/labe…-Quran%20Online

Download mp3 Al-Quran
http://KelasQuran.blogspot.com/search/label/mp3

Fadhilat Membaca dan Menghafal Al-Quran
• “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarnya” (Hadith riwayat Bukhari)
• “Mereka yang membaca Al-Qur’an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur’an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• “Bacalah Al-Qur’an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya.” (Hadith riwayat Muslim)
• “Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur’an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• “Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur’an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf.” (Hadith riwayat Tarmidzi)
• “Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur’an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur’an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya.” (Hadith riwayat Tarmidzi)
• Bacalah Al-Qur’an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur’an. Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur’an maka bergembiralah.” (Hadith riwayat Ad-Darimy)
http://KelasQuran.blogspot.com/2008/10/fad…l-al-quran.html

Assalamualaikum…

Apa khabar Tuan Tanah? :) Makin mantap & menyerlah blog Ustaz kita ini.. Teruskan perjuangan dakwah tarbiyah Ustaz ya.. jazakallah :)

Salam.

Tahniah atas hasil usaha gigih mengurus dan mentadbir blog ini. Semoga Allah memberkati usaha murni ini. Semoga Allah terus menerus memberi kekuatan kepada ABU NUHA untuk meneruskan perjuangan dakwah di bumi Allah ini.

Sehubungan itu, saya Ahadin bin Arinen sukacita menjemput ABU NUHA dan sesiapa sahaja yang punya kelapangan berinteraksi dengan maklumat di alam cyber untuk berkunjung ke blog saya yang baru diusahakan di alamat:

http://erakita.wordpress.com

Semoga kita semua mendapat manfaat dari usaha ini.

Terimakasih
Salam Ramadhan.

salam ziarah

tertarik dengan medan dakwah yang diberikan…namun banyak tempat dan lopong2 yang harus kita tutupi…berjalanlah dulu disegenap sabah…jgn hanya dibandar2 besar atau pinggir2 bandar..berikanlah perjalanan anda di segenap penjuru…mungkin pada mata kasar tiada cacat cela..tetapi dalaman ia memerlukan ubat yang menyembuhkan. manusia sekarang semakin leka dengan kemewahan…melupakan pemasalahan ummah yang memerlukan…

Kalau ada di sekitar sini, sertai kami. Kami bukan sekadar di KK. Tolong tinggalkan no telefon untuk kami hubungi.

assalamualikum saudara ust Akmal..hebat anta ya mengatur tadbir blog ini, aktif dn sentiasa update..syabas dan tahniah anda mampu mengguna medium dakwah tercanggih di alaf global ini…

Salam bangg…mmng best n brfaedah la bca blog abg ni…hrp2 abg akn sntsa trus trbtkn crta tntng prkmbngn agama dsbh…dpt jga kmi tau prkmbngn smsa dsbh…doakn kjyaan kmi smua,khususnya pra mujahid sabh dsni…abg x p tenom lg ka?hehe..lau abg p,smpikn salam ngn imam awg duraman(imam msjd pkn tnom dn bilalnya jga skli)..tma ksh krn dpt bca blog abg ni…zajakallah alaik…

salam..hai,aq oeg twu bha ni..erm..best2 juak bha artikel2 mu..bole menegakkan agama islam!

Tinggalkan jawapan

Kalendar

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KENDURI PERPISAHAN CHE’GU JAMIL

Tarikh : 18 Nov 2009
Tempat : Surau Taman Austral
Anjuran : JK Surau & PUM

CERAMAH PEMANTAPAN AQIDAH

Tarikh : 19 Nov 2009 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Penjara Pusat Kepayan
Tajuk : Ancaman Liberalisme & Pluralisme

CERAMAH ‘IDUL ADHA

Tarikh : 28 Nov 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah Kebajikan Teratak Fitrah
Masa : 9-10 pagi.
Anjuran : SAHABAT

Statistik

  • 111,333 hits

RSS Roslan SMS

Maktabah