Archive for Mei, 2014


Oleh : YB Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri

1. Kes melibatkan rogol 2 pelajar wanita berusia 15 dan 17 tahun oleh 38 lelaki di Ketereh, Kelantan 20 Mei 2014 lalu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.

2. Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol.

3. Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

4. Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah Hudud. Hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh. Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan:

i – rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.

ii – sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun.

5. Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes.

Hukuman yang akan dikenakan ialah Takzir iaitu bergantung kepada budi bicara mahkamah.

6. Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002. Enakmen Terengganu menyebut;

Seksyen 9. (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu  tanpa berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki Syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.

7. Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya Mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman Takzir boleh mencapai tahap hukuman mati. Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental.

8. Lebih menarik, berasaskan Takzir dalam Islam, pesalah rogol boleh dikenakan bayaran pampasan sebagai gantirugi kepada maruah mangsa. Peruntukan seumpama ini tidak terdapat dalam undang-undang sivil hari ini. Mangsa rogol hanya sekadar mendapat malu.

9. Tiba masanya kerajaan persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol. Setidak-tidaknya kerajaan persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia.

YB Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Tarikh : 27 Mei 2014

Lokasi : Surau ar-Rahman, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Penceramah : Ustaz Haji Arbaen Shawal (Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu)

Sumber foto : Page Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah

IsrakMikraj1IsrakMikraj2IsrakMikraj3IsrakMikraj4IsrakMikraj5IsrakMikraj6




Sumber : Harakahdaily

SECARA umumnya bolehlah dikatakan bahawa asal-usul patriotisme adalah daripada budaya turun-temurun masyarakat Barat kerana perkataan patriotisme itu sendiri berasal daripada bahasa Yunani ‘Patria’ yang bermaksud tanah air (fatherland or homeland).

Secara lebih lengkap maksud patriotisme ialah cintakan kepada tanah air dengan kesanggupan untuk menumpahkan hati-budi kepadanya. Disebabkan perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani dan kemudian digunakan oleh bahasa Inggeris maka secara khusus perkataan ini mempunyai hubung kait dengan sejarah perkembangan budaya masyarakat Eropah daripada zaman Yunani sehingga zaman Barat Moden.

Bagaimanapun ini tidaklah menafikan kewujudan nilai yang sama dalam masyarakat Timur dan masyarakat Islam.

Selalu disebut bahawa konsep patriotisme dalam masyarakat Eropah dan Barat telah berubah mengikut perkembangan zaman terutama menjelang kurun ke-18. Sekiranya pada zaman Yunani, patriotisme ini merujuk kepada ‘an attachment to the physical features of land’ (rasa kebersamaan dengan tanah air), konsepnya telah berubah selepas itu.

Pada Zaman Pertengahan, iaitu sewaktu masyarakat Eropah didominasikan oleh pengaruh golongan eklesiastik (golongan gereja), konsep patriotisme merujuk kepada kecintaan terhadap agama Kristian yang menjadi pegangan Tamadun Rom.

Selepas Zaman Renaissance (zaman kebangkitan Eropah), ketika tamadun mula berpecah kepada kewujudan negara-negara bangsa, maka patriotisme merujuk kepada kecintaan kepada bangsa yang dikaitkan dengan nasionalisme. Pada zaman ini juga bermulanya era kolonialisme yang dilebarkan atas semangat patriotisme golongan penjajah.

Pada kurun ke-18, ketika kelahiran pelbagai ideologi seperti demokrasi, sosialisme dan komunisme yang menjadi anutan negara-negara tersebut, konsep patriotisme telah dikaitkan dengan pegangan yang kuat kepada ideologi tersebut sehingga rasa kebersamaan itu telah menggabungkan beberapa negara dalam sesebuah blok ideologi (seperti blok kapitalis dan blok komunis).

Pada zaman ini, dalam suasana globalisasi yang begitu kuat selalu dipersoalkan adakah masih wujud rasa patriotisme dan nasionalisme? Yang jelasnya syarikat-syarikat transnasional atau multinasional selalu dipertikaikan semangat patriotisme dan nasionalisme yang ada pada mereka oleh golongan patriotis dan nasionalis.

Dengan demikian, agak sukar memberi satu konsep yang tepat kerana konsep patriotisme seharusnya dilihat dari perspektif sejarah perkembangan tradisi, budaya dan politik manusia.

Hubungan Patriotisme dengan Ideologi Negara

Bagaimanapun yang sangat jelas konsep patriotisme itu selalunya berkaitan rapat dengan ideologi yang menjadi teras kepada sesebuah negara, malah boleh dikatakan inilah yang menjadi ciri utama dalam perkembangan patriotisme di Barat.

Ideologi sesebuah negara itu kemudiannya dipupuk dalam masyarakat dengan pelbagai cara sama ada melalui simbol, slogan, kempen dan lain-lain. Dalam konteks ini sudah pasti mereka yang menjadi penafsir yang utama kepada patriotisme ialah pemimpin utama sesebuah negara.

Dalam sesebuah negara despotisme atau diktator, tafsiran mereka ini kemudiannya dipaksakan kepada masyarakat untuk diterima tanpa soal. Situasi yang seperti ini berlaku semasa kebangkitan negara-negara komunis sehingga rakyat dipaksa berkorban atas nama patriotisme.

Disebabkan konsep patriotisme tidak mempunyai suatu pengertian yang mutlak atau tuntas, maka  seringkali tafsiran pemimpin tentang patriotisme dianggap sebagai tafsiran yang patut diterima. Pemimpin selalu melihat merekalah orang pertama yang mempertahankan ideologi negara maka merekalah yang saharusnya menentukan kehendak sebenar patriotisme.

Bagi golongan pemimpin, patriotisme itu adalah mentaati kepimpinan yang secara tidak langsung merupakan ketaatan kepada ideologi negara. Mereka yang tidak bersetuju dengan pemimpin seringkali dianggap sebagai golongan yang tidak patriotik dan pengkhianat. Konsep patriotisme seperti ini telah menular kepada negara-negara yang dikatakan demokrasi dan liberal.

Dalam perang yang dilancarkan oleh Amerika ke atas Iraq, George W. Bush telah menggunakan pendekatan yang sama dengan menganggap mereka yang menentang perang tersebut sebagai tidak patriotik.

Patriotisme Buta (Blind Patriotism)

Bekas pemimpin Perancis, Charles De Gaulle pernah menyatakan bahawa “patriotisme ialah mengutamakan kecintaan kepada negara lebih dahulu manakala nasionalisme mengutamakan kebencian kepada negara lain lebih dahulu”.

Pandangan ini agak menarik kerana cuba menggambarkan wujudnya suatu semangat yang semacam patriotisme tetapi sebenarnya ‘patriotisme buta’. Tidak dapat dinafikan bahawa cintakan kepada negara adalah sesuatu yang positif tetapi sekiranya kita mendahulukan semangat bermusuh dengan orang lain maka ia merupakan sesuatu yang negatif.

Sikap negatif yang seperti inilah yang selalu disebut ‘Patriotisme Buta’. Sepanjang sejarah Eropah kejadian konflik yang berpanjangan mempunyai hubung kait dengan kepimpinan yang selalu meniupkan semangat patriotisme buta.

Sekiranya kita menyorot kepada sejarah bangsa Eropah yang diakui sendiri oleh sejarawan mereka, sikap suka mendominasikan orang lain (jingoism) telah menjadi darah-daging mereka. Sikap inilah yang telah mencetuskan Perang Salib ke atas masyarakat Islam, penjajahan seluruh manusia yang bukan berkulit putih dan lain-lain.

Bagaimanapun untuk membenarkan tindakan mereka, pemimpin-pemimpin bangsa Eropah meniupkan semangat memusuhi bangsa lain dan menganggap ini adalah sebagai patriotisme. Sebenarnya ini bukanlah hakikat patriotisme iaitu dengan menindas bangsa lain, mengenepikan keadilan, melakukan kezaliman sesama manusia, menolak kebenaran dan mengikis naluri kemanusiaan. Semangat dan sikap seperti ini adalah disebut patriotisme buta.

Patriotisme yang celik atau ‘celik sivik’ sebenarnya seperti apa yang dibangkitkan oleh Plato, ahli falsafah kenegaraan Yunani yang agung iaitu menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman sesama manusia.

Perkara inilah yang menjadi intipati karya Plato yang terkenal dalam persoalan kenegaraan bertajuk ‘Republic’ iaitu buah tangannya yang ditulis kerana kecewa dengan hukuman mati yang dijatuhkan kepada gurunya Socrates.

Menyedari hakikat tersebut, patriotisme yang sebenar adalah untuk mewujudkan keharmonian sesama manusia, melakukan keadilan dan menegah kezaliman. Semangat mencintai negara dan bangsa yang ditiupkan adalah untuk mengimbangi kecenderungan negatif yang mungkin terdapat pada negara dan bangsa lain bukannya untuk memulakan permusuhan.

Selain itu, Patriotisme yang sebenar juga bukan bermaksud seseorang itu merelakan negara atau bangsanya mencabul dan menzalimi orang lain sebagaimana pernah disebut oleh warga Amerika dalam akhbar The Chronicle; “Sekiranya dengan tidak menyokong perang ke atas Iraq, membunuh orang awam dan memusnahkan harta mereka dianggap tidak patriotik, maka saya rela dikatakan sedemikian”.

Secara kesimpulannya, boleh disebut bahawa patriotisme sebenar adalah bersifat positif dengan mengutamakan kebenaran, keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan, manakala patriotisme buta pula ialah bersifat negatif dengan mendahulukan kebatilan, kezaliman, diskriminasi dan penindasan.

Patriotisme dan Islam

Dalam konteks Islam patriotisme sebenarnya merujuk kepada semangat Jihad di jalan Allah. Bagaimanapun jihad bukanlah merujuk kepada satu kepentingan yang sempit tetapi meninggikan kalimah Allah yang kepentingannya lebih sejagat. Jihad dalam konteks ini adalah untuk menegakkan peradaban manusia seluruhnya yang diredhai Allah.

Perjuangan yang seumpama ini memerlukan semangat kental yang ditanam dalam diri setiap anggota masyarakat. Selain daripada itu, setiap anggota masyarakat dipupuk untuk mendahulukan kepentingan masyarakat berbanding kepentingan diri sebagai manifestasi daripada semangat pengorbanan (tadhiyah) yang tinggi.

Kesemua usaha yang dilakukan dalam membangunkan peradaban manusia seharusnya berterusan yang mungkin melibatkan silih berganti antara generasi.

Perkataan jihad berasal daripada perkataan ‘jahada’ dalam bahasa Arab yang bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Dari segi pengertiannya yang sebenar di sisi Islam ialah usaha yang bersungguh-sungguh sehingga mengorbankan kepentingan peribadi demi untuk meninggikan kalimah Allah berlandaskan ketentuan syarak.

Menurut al-Razi, jihad ialah penggembelingan tenaga oleh umat Islam bagi membantu menegakkan Islam, kestabilan kehidupan dan keutuhan masyarakat. Selain daripada kelima-lima Rukun Islam, jihad merupakan satu kefarduan yang sangat dituntut kerana melalui jihadlah umat Islam akan dipandang mulia dan terhormat.

Sekiranya dilihat dari perspektif yang lebih luas, jihad merupakan asas kepada tertegaknya kehidupan berperadaban menurut Islam. Peradaban Islam sebenarnya merujuk kepada sesebuah masyarakat yang berjaya memasakkan mabadi’ (prinsip) Islam dalam kehidupan serta melaksanakan manhaj (sistem) Islam sebagai cara hidup mereka.

Masyarakat yang seperti inilah yang telah dibina oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berhijrah ke Madinah. Kesemuanya ini memerlukan penggembelingan tenaga yang bersungguh-sungguh yang dinamakannya sebagai ‘jihad’.

Lebih daripada itu, jihad juga boleh dilihat sebagai daya ketahanan yang memastikan kelangsungan peradaban Islam. Masyarakat yang menghayati konsep jihad akan sentiasa memastikan faktor-faktor yang boleh memusnahkan peradaban seperti yang dikemukakan sebelum ini, tidak dibiarkan berleluasa di samping terus berusaha untuk memajukan kehidupan menurut ketentuan Islam.

Setiap anggota masyarakat Islam akan saling pesan-memesan untuk keharmonian bersama. Segala aspek ini terangkum dalam konsep Jihad sekiranya dilihat dari perspektif Islam yang luas dan lengkap.

Para ilmuwan Islam telah menghuraikan konsep Jihad seumpama ini dalam buku-buku mereka berteraskan kepada sumber al-Quran dan al-Sunnah. Salah seorang daripada mereka ialah Ibn Qayyim al-Jauziah yang telah membahagi Jihad kepada empat kategori:

1.Jihad melawan hawa nafsu, iaitu merujuk kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk membaiki peribadi dengan memupuk nilai-nilai terpuji seperti jujur, rajin berusaha, mencintai ilmu dan berani, serta menghindarkan nilai-nilai terkeji seperti khianat, malas, melakukan perkara lagho dan bacul.

2.Jihad melawan syaitan, iaitu merujuk kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghapuskan hasutan syaitan yang mendorong manusia melakukan perkara-perkara yang melampaui batas Allah (taghut).

3.Jihad melawan golongan munafik, iaitu merujuk kepada usaha yang bersungguh untuk menentang golongan ‘musuh dalam selimut’. Termasuk juga dalam kategori ini ialah usaha yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan kebenaran dan menenggelamkan kebatilan, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran serta menuntut keadilan dan mengenepikan kezaliman.

4.Jihad melawan tentera-tentera musuh, iaitu merujuk kepada jihad memikul senjata bagi menghadapi tentera-tentera musuh yang mengancam kestabilan yang secara langsung boleh memusnahkan sesebuah peradaban.

Keempat-empat kategori ini pada hakikatnya akan berlaku di sepanjang zaman meskipun dalam wajah dan bentuk yang berlainan. Menyedari hakikat tersebut, masyarakat yang berperadaban seharusnya dari semasa ke semasa menanamkan semangat perjuangan dalam setiap peribadi supaya peradaban yang dibina akan sentiasa diperkukuh dan dipertahankan. Bagi mencapai perkara tersebut segala persediaan dalam bentuk keilmuan, perekonomian, pemuafakatan dan persenjataan seharusnya disempurnakan.

Konsep jihad yang diutarakan ini seharusnya dilihat dari kaca mata yang positif, iaitu bertujuan untuk mewujudkan perdamaian dan keseimbangan bukannya perbalahan dan melampau. Melalui semangat perjuangan, pemujaan kepada nafsu, perkara-perkara yang melampaui batas agama, kekejaman atau penindasan, pencabulan hak dan serangan musuh dapat dipatahkan atau dilenyapkan.

Sekiranya tiada penghayatan konsep perjuangan kesemua perkara negatif tersebut akan bermaharajalela kerana tiada lagi kuasa pengimbang seterusnya terhapuslah keharmonian dan kesaksamaan dalam kehidupan sejagat.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki ialah Pengarah Penyelidikan PAS Pusat (PPP)

http://www.tarbawi.my/

Tarikh : 25 Mei 2014

Tempat : Surau Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Bukit Padang

Dalam tempoh jarak hanya beberapa hari, sekali lagi diundang ke surau ini untuk menyampaikan tazkirah. Alhamdulillah, kali ini ada peserta kalangan muslimin turut hadir. Kali ini saya mengutarakan satu perkara tentang umat akhir zaman sebagaimana yang terdapat di dalam hadith-hadith Nabi SAW.

Tazkirah @ KSKB (1) Tazkirah @ KSKB (2) Tazkirah @ KSKB (3) Tazkirah @ KSKB (4)

Tarikh : 26 Mei 2014

Lokasi : Dewan Terbuka SMK Tebobon

Antara sekolah yang saya gemari untuk mengisi program ialah di sekolah ini. Guru-guru yang baik hati dan para pelajar yang spoting. Kali ini mengisi ceramah sempena Israk & Mikraj, menyatakan pengajaran dan iktibar kepada para remaja seumur mereka. Mudah-mudahan ada kebaikannya. Terima kasih pihak sekolah yang mengundang dan anakanda pelajar saya Mohd Karim Jamil yang menemani dalam perjalanan.

IsrakMikraj@SMKTebobon (1) IsrakMikraj@SMKTebobon (2) IsrakMikraj@SMKTebobon (3) IsrakMikraj@SMKTebobon (4) IsrakMikraj@SMKTebobon (5) IsrakMikraj@SMKTebobon (6) IsrakMikraj@SMKTebobon (7) IsrakMikraj@SMKTebobon (8)

Dalam perjalanan balik dari KLIA ke Kota Kinabalu tempohari, saya baru perasan pada skrin yang diletakkan di belakang kerusi tempat duduk belakang semua penumpang, sudah ada al-Quran digital di dalam siarannya. Ia meliputi video dan audio sekaligus. Selain itu ada juga klip azan dan doa di dalamnya.

Tuan puan yang menaiki pesawat MAS selepas ini, boleh lihat klip yang saya maksudkan. Jangan sekadar tonton filem atau yang bersifat hiburan semata-mata.

Quran Digital MAS (1) Quran Digital MAS (2) Quran Digital MAS (3) Quran Digital MAS (4) Quran Digital MAS (5) Quran Digital MAS (6)

Hampir tengah malam, saya berjalan kaki sendirian di beberapa laluan dan lorong, suka melihat papan tanda premis dan iklan-iklan bersaiz besar yang mendahulukan tulisan jawi berbanding rumi. Selain itu gambar model perempuan juga diwajibkan menutup aurat. Suatu suasana dan gambaran yang jarang didapati di tempat lain secara besar-besaran seperti di sini. Tahniah kerajaan dan rakyat Kelantan.

Jawi @ KB (1) Jawi @ KB (2) Jawi @ KB (3) Jawi @ KB (4)

YB Ustaz Haji Idris Ahmad

PAS memerlukan penggerak bukan sekadar penyokong sebagai penerusan kerja perjuangan. Macam mana kita mahu perjuangan PAS ada penerusan? Adakah dengan “Kun Fayakun”, tanpa apa-apa perancangan.

Dengan alasan PAS jamaah Islam, tidak payah berbuat sesuatu, serahkan kepada takdir sahaja. Adakah ini menepati dengan sunnah perjuangan Islam yang diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW. Sedangkan baginda sendiri memberi keutamaan kepada proses perkaderan sebagai usaha dakwah baginda.

Usamah bin Zaid  dalam usia muda sudah diberi amanah yang besar, walau pun ada di kalangan pembesar sahabat yang lain untuk mengepalai peperangan untuk melawan Rom. Umurnya baru mencecah 18 tahun. Semuanya hasil tarbiah Rasulullah SAW sejak daripada kecil.

Amat malang kepada PAS sekiranya proses ini tidak diberi keutamaan. Proses perkaderan yang paling mudah sekali ialah dari kalangan orang yang paling rapat sekali dengan kita, iaitu ahli keluarga kita. Allah SWT telah memerintahkan kepada baginda supaya menyeru kepada ahli keluarga yang terdekat untuk menerima Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berilah peringatan kepada mereka (ahli keluarga) yang hampir dengan kamu”.

Apa makna kita berjuang siang malam, tiba-tiba anak kita sendiri yang tercicir di dalam perjuangan. Lebih parah lagi ada yang menentang perjuangan PAS. Semua gara-gara kecuaian ibu bapanya mentarbiah anaknya untuk bersama dengan perjuangan Islam.

Kenapa perlu menjadi ahli PAS

Senang untuk dicula ketika musim pilihanraya, kerana seorang ahli,  insyaAllah pasti memangkah PAS. Orang atas pagar belum tentu mereka akan bersama dengan PAS, apabila disogok dengan wang dan diasak dengan media. Berbeza dengan ahli, mereka tidak akan termakan dengan fitnah media dan sogokan wang. Walau pun dia tidak puas hati dengan calon, namun beliau tetap memangkah.

Senang untuk dikaderkan, kerana kita boleh mengetahui potensi diri yang ada di dalam setiap orang ahli. Kita tidak boleh melaksanakan perkaderan jika ia bukan ahli kita. Senang untuk mendapat dana parti. Seperti yang kita maklum wang PAS daripada ahli PAS. Wang boleh diperolehi melalui yuran dan infaq ahli.

Seorang ahli dia merasa sayang dengan parti. Ia menganggap PAS bukan hak mana- mana individu, tetapi hak semua ahli. Seorang ahli PAS ia akan menjadi jentera penerangan. Mereka akan menangkis fitnah musuh terhadap PAS. Mereka bertindak sebagai televisyen PAS di kedai kopi atau mana-mana perhimpunan orang ramai.

Cara Untuk Memastikan Anak Menjadi Ahli PAS

Apabila anak sudah baligh isilah borang ahli PAS. Beri semangat kepada anak supaya meneruskan perjuagan PAS. Jangan menakutkan anak-anak supaya jangan terlibat dengan PAS, nanti tidak dapat kerja. Yakinkan mereka bahawa tidak ada yang susah kerana berjuang Islam. Allah menjamin hambanya yang bekerja di jalan Allah.

Berikan semangat bahawa kerja di dalam jamaah akan dianugerahkan keberkatan oleh Allah SWT. Ajak mereka hadir ke program PAS sejak kecil lagi supaya mereka tidak kekok ketika mereka besar nanti. Beri galakan  kepada anak lelaki menyertai Unit Amal, anak perempuan menyertai Nisa’ dan Briged Muslimat.

Ketika mereka masuk ke Pusat Pengajian Tinggi pastikan anak meneruskan tradisi berjamaah dengan PAS. Bawa anak-anak ke Markaz Tarbiah supaya daripada kecil sudah jinak dengan PAS.

Berbual dengan anak-anak mengenai perjuangan supaya mereka dapat menyampaikan pula kepada orang lain. Satu perkara yang silap apabila ada ibubapa yang tidak mahu membawa balik cerita PAS di rumah, kononnya tidak mahu anak serabut dengan perjuangan.

Satu mala petaka yang menimpa perjuangan PAS apabila ada ibu bapa membiarkan anak menentang perjuangan PAS dan menjadi pemimpin parti lawan. Banggalah jika kita berjaya meninggalkan warisan perjuangan apabila kita menemui Allah SWT.

Tarikh : 24 Mei 2014

Lokasi : Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK)

 

Seminar Hudud (1) Seminar Hudud (2) Seminar Hudud (3) Seminar Hudud (4) Seminar Hudud (5) Seminar Hudud (6)

Tarikh : 23 Mei 2014

Rasanya ini kali kedua hadir dan duduk mendengar kuliah di Medan Ilmu Kota Bharu ini. Pernah 4-5 tahun lepas saya ke sini buat pertama kalinya. Ia menjadi kenangan terindah saya melihat ribuan manusia duduk di atas jalanraya, menadah ilmu daripada para alim ulamak yang bersilih ganti.

Sudah tentu yang dinantikan ialah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun beliau sering keuzuran, namun pengganti beliau sebagai pelapis-pelapis akan datang tetap tidak menghampakan. Saya sering melihat kuliah lewat youtube baik secara langsung atau rakaman, namun kehadiran secara langsung di sini tetap saya cita-citakan.

Bagi yang pertama kali tahu adanya kuliah di sini, boleh menonton secara langsung melalui atau rakaman youtube dengan nama ‘medan ilmu’.

Medan Ilmu (1) Medan Ilmu (2) Medan Ilmu (3) Medan Ilmu (4) Medan Ilmu (5) Medan Ilmu (6) Medan Ilmu (7) Medan Ilmu (8) Medan Ilmu (9)