Tarikh : 24 Mei 2013 (Jumaat)

Masa : 8.20-10 malam

Lokasi : Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Alhamdulillah, Allah SWT memberikan kesempatan kepada ramai orang pada malam berkenaan untuk mendengar ceramah dan nasihat daripada pendakwah Ustaz Haslin Baharim di Masjid Bandaraya. Ceramah berkenaan adalah antara aktiviti utama sempena Karnival Masjid Bandaraya 2013 selain aktiviti-aktiviti seperti gerai jualan, pameran dan sebagainya.

Seronok saya melihat ramai sahabat-sahabat hadir, terutama muka-muka masjid dan surau, ahli-ahli usrah dan lain-lain. Selain Ustaz Sakaria yang bertindak sebagai pengerusi majlis, saya lihat juga Dr Haji Mingu Jumaan, Pengarah Jabatan Komputer, dan ramai lagi.

Khulasoh yang saya perolehi dalam ceramah beliau ialah 1) setiap orang hendaklah mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan 2) mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam berdakwah kepada masyarakat yang pelbagai latar dan peringkat.

Hanya dua perkara yang hendak saya komen berkenaan ceramah berkenaan. Pertama, saya melihat walaupun kehadiran ramai sebenarnya belum cukup kerana promosi yang mungkin kurang. Tidak kelihatan banyak sepanduk atau poster-poster di masjid surau sekurang-kurangnya di sekitar Kota Kinabalu kerana ini melibatkan seorang tokoh pendakwah yang popular di negara kita.

Komen kedua, sistem pembesar suara masjid yang sangat perlu diperbaiki. Saya kira semua akan mengakui perkara ini, termasuk komentar Ustaz Haslin dalam ceramah tersebut juga ada menyebut secara tidak langsung. Kata orang yang berada di luar masjid, suara penceramah lebih jelas berbanding di dalam.

Apa pun tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala yang berterusan kepada penganjur.

Ustaz Haslin @ MBR (1) Ustaz Haslin @ MBR (2) Ustaz Haslin @ MBR (3) Ustaz Haslin @ MBR (4) Ustaz Haslin @ MBR (5) Ustaz Haslin @ MBR (6) Ustaz Haslin @ MBR (7) Ustaz Haslin @ MBR (8) Ustaz Haslin @ MBR (9)

About these ads