Tajwid Ilmi Sem 2

 

Sebulan kelas subjek tajwid amali berlangsung dalam kelas semester 2, sudah nampak bibit-bibit peningkatan mutu bacaan mereka. Boleh dikatakan kekemasan tajwid tilawah mereka agak sama rata kecuali seorang dua yang sedikit tertinggal di bawah.

Kelas semester 2 ada 16 orang saat ini. Di kalangan siswa ada 10 orang, dan 4 daripada mereka di dalam foto atas adalah mereka yang paling memberi komitmen di dalam kelas setakat ini. Saya gemar mendengar tilawah mereka yang amat baik (dengan tahap pengajian mereka ketika ini).

Harapan saya, sahabat-sahabat mereka yang lain akan mengiringi dan menyaingi mereka atas dasar berlumba-lumba berbuat kebaikan. Al-Quran jualah sebaik-baik bacaan dan rujukan. Doakan pelajar kami ini istiqamah dalam kebaikan. Allahumma amin.

About these ads