Sungguh mulia hati orang yang memulakan usaha dan idea bagi mengadakan Rumah Anak Yatim (RAY) as-Sakinah di Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut. RAY as-Sakinah ditubuhkan pada pertengahan Oktober tahun lalu oleh sekumpulan aktivis masyarakat sekitar taman berkenaan dengan azam bukan sekadar menjadi perlindungan kepada anak-anak yatim, bahkan turut bermatlamat menjadikan penghuninya sebagai hamba Allah yang soleh dan berakhlak mulia.

Walaupun saya tidak menyertai kumpulan ini secara langsung, saya turut memerhati aktiviti dan perkembangan mereka melalui laman facebook Rumah Anak Yatim As-Sakinah. RAY as-Sakinah ini dipimpin oleh Tuan Haji Samin Ongki, seorang aktivis masyarakat dan dakwah bersama-sama dengan jawatankuasa pengurusannya. Selain itu mereka juga mempunyai Lembaga Pemegang Amanah, Panel Penasihat Syariah, Undang-Undang dan Kesihatan yang berkhidmat secara sukarela.

Petang semalam, pihak pengurusan RAY as-Sakinah mengadakan program ‘Sepetang Yang Indah Di as-Sakinah’ dengan agenda minum petang sambil mengutip dana bagi keperluan penghuni dan pengurusan RAY di sini. Antara yang turut hadir ialah penyampai radio Sabah FM dan Ging Bubut Sabah FM selain penduduk sekitar taman berkenaan dan tetamu yang lain. Kini RAY as-Sakinah mempunyai tujuh penghuni kanak-kanak perempuan berusia antara 6-12 tahun.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi rumah berkenaan di talian 088-754276 atau Timbalan Pengerusi Sdr. Fairuz Abdullah (019-8625533) atau melawati laman sosial facebook : Rumah Anak Yatim As-Sakinah. Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui akaun Bank Muamalat  (10010002273717) atau Maybank (560148661433) atau datang terus ke lokasi di no. 503, Jalan Pandan, Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut.

Sumber foto : facebook Rumah Anak Yatim As-Sakinah

About these ads