Sumber : http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :
1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?
Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.
2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.
3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.
4. Apa pula hubungan Rejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.
Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel terhadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)
Seorang pemuda, Abdul Manan As-Syaqhabi memandikan jenazah rakannya yang terkorban di Bab Hud. Lima hari kemudian, As-Syaqhabi pula menemui ajal di muncung senapang tentera rejim Basyar.
Kering air mata untuk ditangisi, tiada kalimah yg mampu dituturkan, hanya sekeping kertas dan pena menulis “Wahai orang-orang mulia di dunia; jika kalian tidak dapat membantu kami, maka kasihanilah kami..”
Ratusan aktivis kemanusiaan bersama rakyat Syria di Mesir telah mengadakan himpunan aman membantah kekejaman rejim Basyar di Syria. Bantahan yang diadakan di hadapan Perpustakaan Besar Iskandariah itu turut mendesak Basyar mengikut jejak langkah dua rakannya dari Tunisia dan Mesir atau bersedia dengan apa yang berlaku kepada pemimpin Libya,Ghadaffi.
Setelah berjaya menyembelih lebih 250 orang penduduk Sunni Homs dlm tempoh satu hari pada Hari Ulangtahun Maulidur Rasul, tentera dan anjing-anjing Basyar Al-Asad -laknatullahi ‘alaih- meneruskan menggempur bandar Homs hari ini dengan puluhan lagi menemui syahid. Para penduduk menguruskan jenazah mereka yang gugur. Hasbunallahu wani’mal wakil.
Kekejaman tentera Basyar tidak mengenal peringkat usia. Kanak-kanak turut menjadi mangsa. Lihatlah dengan mata hati wahai sesiapa yang masih mempunyai sifat perikemanusiaan. Bayangkan jika ia berlaku kepada adik-adik kita yang masih belum mengenali dunia ini.
Tahukah anda bilangan kematian akibat rejim Syria sepanjang 329 hari hingga 6 Februari 2012? Ia direkodkan seramai 7,904 orang di seluruh Syria. Wilayah paling tinggi angka korban setakat ini ialah Homs dan diikuti Idlib. Tentera Syria ketika ini masih berkampung dan menggempur wilayah Homs. Berikut dipecahkan bilangan kematian mengikut wilayah:
Homs (3,186 orang)
Idlib (1,222 orang)
Dar’a, wilayah pencetus revolusi (993 orang)
Hamah (849 orang)
Pinggir Damsyik (735 orang)
Dir Zur (330 orang)
Tortus (223 orang)
Damsyik, ibu negara (188 orang)
Halab (80 orang)
Al-Laziqiyah (56 orang)
El-Haskah (20 orang)
Ar-Riqqah (13 orang)
Suwaida’ (5 orang)
El-Qanaitarah (3 orang)
Kanak-kanak kecil ini tidak sepatutnya menjadi korban kepada kezaliman rejim Basyar jika mereka mempunyai sifat perikemanusiaan.. Tetapi Marwah ‘Adil Bahar tiada pilihan lain kecuali mati mulia dengan pisau sembelihan tentera Basyar. Hasbunallahu wani’mal wakil.
Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi berucap di Doha, Qatar berkaitan Syria~”Saya bersumpah dengan nama ALLAH Yang Maha Agung bahawa pertolongan semakin hampir, kemenangan semakin dekat, bahawa kita bakal meraikan kemenangan kita di Syria dan menyeru kepada tentera (Syria) agar berada bersama-sama rakyat.”
Lagi 30 mayat ditemui dalam pembunuhan beramai-ramai. Antara mereka ialah tentera Syria yang berpaling tadah. Nama-nama mereka sepertt yang disiar.
Munajat dan doa seorang ibu kpd ALLAH utk Basyar dan adiknya Maheer Asad..Perkenanlah doanya ya ALLAH!
Lihat bagaimana kesungguhan lelaki tua ini yg mahu menceritakan kesusahan dan penderitaaannya dan penduduk Idlib, Syria kpd wakil Liga Arab.. tapi malangnya wakil Liga Arab tak mahu melayannya. Agaknya jika kita smua sudi mendengar rintihan lelaki ini, mungkin satu kepuasan baginya sekalipun kita akan berkata di akhirnya “Maafkan kami pakcik, kami tidak dapat melakukan apa2 “..Dia pasti tersenyum kerana baginya cukuplah jika kita dan dunia mengetahui isi hatinya..
Lagi doa seorg ibu yang kematian anaknya, Tamir El-Juwer..Tamir telah ditangkap oleh rejim Basyar lebih 2 bulan dan mayatnya telah disimpan dalam peti sejuk lebih sebulan sebelum diserah kepada keluarganya.. Hasbunallahu wa ni’mal wakil.
Doa Syeikh Dr. Ihsan Badarani, ulamak Syria di khemah tentera-tentera Syria yang melarikan diri. Semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada tentera-tentera Syria yang bebas ini bagi membebaskan tanahair mereka.
Kedutaan Syria di Kaherah diserang membantah kekejaman rejim Syria
Video ini dirakamkan oleh seorang rakyat Syria yang menunjukkan Bandar Homs yang merupakan sebuah bandar di barat Syria. Beratus-ratus kematian telah dicatatkan sejak semalam. Mengikut maklumat yang diterima, pertempuran ini adalah diantara Rejim Asad dan juga Batalion tentera Syria yang bersama-sama rakyat Syria berjuang menentang kezaliman rejim Asad.
Laporan Al-Jazeera berkaitan wilayah HOMS.
Inilah video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut (Kami pernah poskan gambar beliau sebelum ini). Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Wallahul musta’an.































wah lengkap!!
Surah Al Hud: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113) Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (114) Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. (115) Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. (116) Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. (117). Percaya & yakin lah kpd balasan Allah swt. jika tidak dibalas oleh Allah swt segala kezaliman mereka itu di dunia ini, pasti balasannya di akhirat nanti insyallah…..sesungguhnya Allah swt maha adil…
Dosa menzalimi atau menganyanya manusia tidak akan diampunkan oleh Allah SWT dengan bertaubat kepada-Nya kerana dosa sesama manusia mesti minta maaf sesama manusia dahulu baru taubatnya di terima oleh Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini , MENUMPAH DARAH orang itu dan juga MEMUKUL orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amal soleh yang di lakukan sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk syurga , sekiranya di samping dia membuat amal soleh tersebut dia juga melakukan amal kejahatan seperti menumpahkan darah orang, memukul, menangkap, dan menyeksa orang yang membawa kepada dosa. Apabila berlaku proses timbangan segala amalan-amalan manusia yang baik dan buruk , maka sekiranya habis amalan kebaikannya di bayar atas kesalahannya tadi maka ketika ini dia akan jadi Orang Muflis. Segala penyesalannya sudah tidak berguna lagi kerana dia akan di masukkan kedalam neraka.