Salah satu ikhtiar yang diusahakan di Darussyifa’ ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.
Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :
“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”
Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.
Kaedah rawatan :
Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.
Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din





















ya ustad ana berminat dengan daun bidaranya. dimana ana bs mendapatkannya nama ana abu nadjib asal perawang – Riau. no hp ana 081371932151. tlong hubungi ana syukron
asalamualaikum ustad kalau dari segi perubatan saintifiknya apa khasiat daun ni ya??
daunnya biasa tumbuh d daerah apa??? d jual ada gak ya.. mur posisi di bontang kalimantan timur
As Salam tuan…
Boleh saya tahu mana nak dapatkan daun bidara ini..
Assalamualaikum … Tuan saya sgt perlukan daun bidara.. saya dah puas cari dari pokok hingga ke serbuk daun bidara tapi tak jumpa2 … sya sgt perlukan daun bidara ni ….. Tuan ada jual kah ? klu ada tolong tel @ sms sya … sya nak beli … terima kasih
Gustani Binti BAddu – pokok bidara ada ditanam di tepi surau taman melewar , Gombak K.Lumpur boleh berhubung dengan AJK surau berkenaan.
sebenarnya saya menjual bibit pohon bidara, tapi sayangnya saya belum bisa kirim ke Malaysia, adi khusus wilayah Indonesia saja. Sukron