Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Negeri Sabah di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk memasuki Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah bertaraf diploma tahfiz al-Quran sesi 2011-2014. Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan kepada pemohon :
Syarat-syarat Kemasukan Diploma
1. Warganegara Malaysia dan lahir di Sabah.
2. Berumur tidak melebihi 21 tahun.
3. Mempunyai SPM dengan syarat kepujian Bahasa Malaysia, Bahasa Arab, Pengetahuan Agama Islam Tinggi, dan lulus Bahasa Inggeris.
*Proses kemasukan Diploma akan melalui proses temuduga.
Borang boleh diperolehi melalui alamat berikut :
Pegawai Penyelaras, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 9, Bahagian Pendidikan, Bangunan Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737, Kota Kinabalu, Sabah. Telefon: 088-222435/088-222436
atau;
Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah, Peti Surat 640, 88858 Tanjung Aru. Telefon: 088-317072. Fax: 088-317071
atau;
melayari web rasmi JHEAINS di sini
Tarikh tutup : 20 April 2011























salam..kepada yang berminat silalah berkunjung ke bangunan maahad tahfiz yang terletak di kepayan(berdepan dengan landasan kapal terbang)..alhamdulillah semuanya terbaik.. tlg promote sikit ni ya ustaz..(“,)
Asalamualaikum. Saya mau tanya bberapa soalan.
1. Adakah maahad tahfiz ni di buka juga untuk kaum hawa.
2. macamana sistem pembelajarannya, kena ikuti kelas sepjg minggu ka…atau mcmana. Saya sekarang study dekat UMS, ambik Science Foundation, bulan 9 2011 insyaAllah mahu masuk degree. Saya berminat sangat nak menghafal al-Quran di usia skrg ni, jadi, maahad tahfiz, ada tak buka kelas yg boleh bg sya peluang m’hafaz scr b’guru? Yang mana kelasnya hanya d hujung minggu, sebab, saya akan ambik degree, jadi. hari2 biasa, mmg full pack. Kalau bole nak komentar segera.
3. Adakah perlu tinggal kat hostel ka atau kat mana2 tmpat yg d tetapkan utk masuk maahad tahfiz ni?
jawapan :
1. ya.
2. kelas setiap hari isnin – jumaat
3. siswa-siswi tinggal di asrama
oh…. mksudnya sy xble ikut la kan Abu Nuha? kalau sy msuk diploma tuk m’hafaz pas sy ambik degree, msti xsempat jgk. Sbb usia dh lebih 21 tahun masa tu,, erm, Maahad xsediakan kelas yg open tuk org luar ka Abu Nuha?
kalau Najwa betul2 mahu, tidak ada masalah dari segi umur, tapi kena spend sepenuh masa la dekat maahad. teruskan minat mengafal
insyaAllah….. =), mahu sgt2, n berniat smbil in degree, smbil m’hafaz, tp program yg d tawarkan dkt maahd b’bntuk diploma, kna full tym,,insyaAllah , sy akn cri alternatif lain =). t.ksih.
salam alaik saya ingin bertanya bolehkah jika saya membuat permohonan dalam bulan 5 sebab saya baru saja menghabiskan diploma saya dalam bidang usuluddin?
salam…
saya nak tahu..
kalau saya tak ambil bahasa arab tapi saya ada ambil pendidikan islam…
ada kah itu mencukupi untuk saya memasuki ke pusat pengajian ini..
kena ada bahasa arab. sebab buku2 subjek lain semua bahasa arab.
assalamua’laikum…..saya mahu bertanya…..sebenarnya saya sangat berminat untuk masuk dalam maahad ni…..tapi status warganegara saya dalah pemastautin tetap….macam mana???
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Ustaz ana nak tanya,ana minat sgt belajar ilmu qiraat dan menghafaz Al-Quran.Ana pernah belajar bhsa arab & ambil kelas khas kemahiran menghafaz dan mbaca Al-Quran (2007-2009).Pernah juga mengikuti MTQ beberapa kali cuma sampai peringkat daerah shj.Malangnya ana tidak dpt menyambung pelajaran d peringkat menengah atas d SMKA.Sebab ibubapa tidak izinkan.Oleh yg demikian,adakah ana masih mempunyai peluang utk menyambung pengajian d Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat..?
Ana cuma berharap agar dpt mempelajari ilmu qiraat dgn lebih mendalam lg.Rugi rasanya ana belajar qiraat dan hafazan setakat 3 tahun shj..(ting 1-3).Skrg ana tgh menunggu kputusan SPM(2011).
apabila keputusan spm keluar, terus buat /isi borang permohonan ke darul quran jakim. sebelum ni belajar di sekolah mana? kalau di sabah, boleh juga download borang di web jheains atau datang ke maahad tahfiz sabah
Sebelum ini ana belajar d Sek.Men.Keb Keningau Dua,Keningau.InsyaAllah ustaz,ana akan usahakan.Syukran jazillan.
kalau arab sekadar lulus adakah akan di terima?
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Izinkan ana bertanya.Apa yg dimaksudkan dgn borang ringkasan eksekutif?(dalam lampiran semak.Borang permohonan Tahfiz Al-Quran wal Qiraat,Sabah)
assalamualikum mohon bertanya ya, klu keluaran sijil syahadah diterima ka tidak? n kalau spm mmg perlu b.m kepujian ka? mmg impian sy dri dulu lg nk masuk maahad thfiz walqiraat, sy nk mghabiskn hafaln sy n mnbh ilmu sy disana. muhn jwpnnya ya. wassalam.
assalamulaikum…sy nk tnya..sy btul2 bmnt nk msuk mhad ne,,tp umr da 22..huhu.nk cri sek pndok kat sbh ne tk taw la kat ne..ble tak mhad ne open tuk org luar dn umr lebi 21 ,,sy tk amek bhsa arab time spm..,tp,sy ada kut kelas bhsa arab skg..ada tk pusat lain kat sbah ne slain mhad????sy mmg bkeinginn nk bljr..
ASSALAMUALAIKUM… IZINKAN SAYA UNTUK BERTANYA.. BLHKAH SAYA MLANJUTKAN PELAJARAN KE MTQQNS SEDANGKAN RESULT STAM SAYA SGT TIDAK MMUASKAN…? @PUN PNDAFTARAN MTQQNS HANYA MNGGUNAKAN KPUTUSAN SPM SAHAJA… MOHON TINDAK BALASNYA ^^ … ASSALAMUALAIKUM
masuk ke maahad tahfiz hanya menggunakan spm sahaja dgn kelulusan tertentu. wallahu a’lam
Assalamu’alaikum.izinkan sy bertanya..jika sy tidak memenuhi syarat kemasukan diploma tahfiz,seperti kepujian Bahasa Arab bagaimana ustaz?.Sebab sy hanya belajar Bahasa Arab Komunikasi setakat tingkatan 1 hingga 3 sahaja.Dan sy bersekolah SMK..SPM sy tidak mengambil Bahasa Arab..
Namun sy mempunyai sijil Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran.(PMR).
isi borang dulu. nanti urus setia akan semak.
Assalamualaikum, saya ada ternampak iklan nie terpampang kat masjid kg saya. jadi saya berminat untuk ke program sijil tarannum Al-Quran..jadi macam mana nak apply tarikh tutup nak hampir dah…..saya berasal dari tawau borang permohonan?
Salam , macamana kalu SPM bahasa Arab sekadar lulus sahaja. ada peluang ka tu ? syarat2 lain memang lengkap suda tapi bahasa Arab saya masa SPM D.. tapi memang saya mau sangat masuk mahad tahfiz.
silakan memohon. tarikh tutup 20 april 2012
salam, sy mau tanya macam mana pula kalau saya tidak tau apa2 bahasa arab, jawi sama tidak berapa pandai mengaji, tp saya mau belajar..bolehkah masuk sini dengan tujuan belajar…
assalamualaikum,sya dri kningau..umur baru 17 thun sya tdak mmpunyai basic b.arab. adakah sya msih mmpunyai pluang utk msuk ke mahad tersebut..
dari form1-form 5 sya wakil mtq..dan dua kali pringkat negeri..
assalamuaikum,saya dari pekan Beluran,Sandakan.dan seorang ayah.saya ingin bertanya,apakah ada peluang memasuki maahad tahfiz sekiranya keputusan SPM BM tidak kepujian.tetapi pernah mengikuti kursus di PLD Sikuati Kudat? minta penjelasan.Sebab sebagai seorang ayah saya mahu sekali jika anak2 saya dapat masuk ke maahad tahfiz tuan.
utk masuk ke maahad tahfiz memerlukan syarat2 tertentu. asasnya ialah kelulusan akademik yg mencukupi dan lulus temuduga serta perlu mendapat markah tertinggi dalam temuduga kerana persaingan sesama calon. calon yg bermasalah dalam bm spm spt anak tuan, kalau boleh menghafaz al-quran dgn baik ( satu muka surat dalam tempoh sejam), boleh dipertimbangkan, tetapi dalam tempoh pengajian dia kena ambil dan baik bm spm. atau pun dia mengikuti program persijilan sahaja, buka program diploma. kursus pld kudat tidak diambil kira. wallahu a’lam.