Sayang juga percutian tidak dirancang di Ipoh tempohari, saya tidak berkesempatan masuk ke Taman Tema ini kerana kesuntukan masa. Walaupun beberapa kali di sini dalam tempoh dua hari, ternyata masa agak suntuk untuk berkunjung masuk, dan saya hanya berkesempatan mengambil gambar di bahagian luar.

Taman Tema Lost World of Tambun, yang saya ketahui didirikan di batu kapur yang tersergam dan memukau. Kebetulan melalui kawasan ini ketika musim percutian perayaan Depavali, kawasan parking hampir penuh dengan kunjungan pelancong yang menikmati kawasan ini.

Lima elemen utama yang menjadi tarikan utama pengunjung untuk mengalami suasana pengembaraan bertaraf dunia adalah – Taman Air, Taman Keriangan, Kolam Air Panas Lost World, Lembah Harimau dan Lost World Petting Zoo. Taman Tema yang berkeluasan 40 ekar ini mula beroperasi pada november 2004 dengan kapasiti 10 ribu pengunjung dalam satu masa.

Taman Tema ini dikendalikan oleh Syarikat Sunway Lagoon Water Park dan beroperasi setiap hari. Pada isnin-jumaat dibuka antara 11 pagi hingga 6 petang, sabtu dan ahad (10 pagi – 6 petang), cuti sekolah (10 pagi-6 petang). Taman tema ini ditutup setiap selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum. Harga tiket RM30 (dewasa), RM24 (kanak-kanak) kecuali kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm adalah percuma.

Rasanya, saya perlu datang semula ke Ipoh bersama keluarga untuk menikmati percutian yang lebih panjang dan selesa. Lagipun tempat penginapan di Taman Pakatan Jaya bukan jauh mana. :) Foto-foto berikut saya ambil dari web rasmi : http://sunwaylostworldoftambun.com/

About these ads