Saya catatkan semula sebagaimana yang dikirimkan maklumatnya kepada saya oleh tuan rumah Ustaz Zainuddin Lateh :
Rumah single storey detached. Ubahsuai sepenuhnya. Empat bilik tidur, tiga bilik air. Keluasan tanah keseluruhan 5320 sq.ft. Keluasan rumah 45′x43′. Harga RM420 ribu, boleh tengok dan runding. Lokasi : No 571, Jalan Dinawan 4, Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut. Hubungi : 013-8758974.
***
Pagi-pagi lagi saya berziarah ke rumah Ustaz Zainuddin, memenuhi permintaannya agar saya mengambil gambar sepuas-puasnya rumah beliau ini. Habis gaya saya beraksi mengambil gambar di dalam dan luar rumah, termasuk pokok-pokok yang menghiasi keindahan laman rumah beliau. Foto itu dirakam dengan dua maksud, pertama untuk iklan penjualan rumah beliau ini dan kedua, sebagai kenang-kenangan mereka sekeluarga termasuk kaum kerabat di kampung yang hendak melihatnya.
Saya difahamkan ustaz telah mengubahsuai rumah ini daripada keluasan asal 40′x20′ yang dibelinya pada 2005. Ustaz telah mendapat surat perpindahan ke SMK Timbua Ranau minggu lalu dan khabarnya beliau telah melapor diri di sana. Walaubagaimanapun beliau memohon penangguhan agar hanya mula bertugas pada awal tahun hadapan. Sejam di rumah beliau saya memohon izin balik kerana jadual penerbangan ke KLIA hanya tinggal sejam lagi.

























slm..rmh yg nk jual ni trmasuk dgn perabot sekali k?
Ustaz Zainuddin merupakan guru yang mengajar saya ketika form 3, moga ALlah swt memanjangkan usi beliau
semoga membantu
saya berminat hendak membeli rumah ini.
masih untuk di jual kah?
sila antarkan email anda ke jennysalter20@yahoo.com.my
sudah dibeli
Hi…sudah di beli ka rumah ini….? Berminat sangat…thank you…
rumah masih d jual ka
price?
ASSALAMUALAIKUM….sudah dijual ka tuan???..
sudah