Pengawal keselamatan di Masjid Negeri Sabah membawa sekumpulan pelancong dari luar negara ke dewan solat masjid. Tidak sekadar menunjukkan keindahan masjid, tetapi mengajak mereka mencuba pergerakan solat.
Saya ketika itu tengah bertadarrus dengan seorang rakan, tersenyum melihat gelagat pengawal itu sendiri berbahasa dengan bahasa isyarat dengan pelancong dari Asia Timur. Memang tidak sempurna ‘ajaran’ sekuriti itu, tapi barangkali satu pendedahan berguna buat mereka untuk mengenal Islam lebih jauh selepas ini.
Foto kurang jelas, dirakam dengan kamera telefon sahaja.























Salam’alayk ust….
Beruntung masjid negeri punya Sekuriti sprt itu….
slm tahniah masjin negeri sabah, boleh tlg postingkan di fb utk dakwah yg lebih berkesan
salam,
wah terpegun dengn tingkah pak guard layaknya…ini adalah contoh dan bgus buat teladan pak2 guard di lokasi lain..
Salam utz.
Apa hukumnya ni utz? Ada minta izin ke dari Pengurusan Masjid? Atau kena dapat dari TYT? Apa lah halnya di Kajang?…… Ana rasa sangat rugi untuk kita nak berdakwah dengan mereka jika berlaku sperti di Kajang..
Gambar ni di kontrovesi dan di hebahkan untuk tujuan politik. masyaallah
salam ustaz, saya ingin bertanya apa hukum pekerja muslim memakai topi santa claus setiap kali menjelang perayaan Xmas(perayaan agama kristian),saya difahamkan oleh para pekerja terbabit ini adalah arahan phk atasan/pengurusan dipusat membeli belah @ premis2 yg berkaitan wajib bagi semua pekerja memakainya. Masalah lain ialah pekerja wanita tidak dibenarkan memakai tudung jika ingin bekerja dipusat membeli belah(seperti kita semua lihat memang benar pekerja wanita muslim ramai tidak bertudung,semata2disebabkan itulah peraturan sedia ada,mereka terdesak untuk dapat pekerjaan dan tidak dinafikan ada yang memang suka rela tidak mahu bertudung). Mohon jawapan yang jelas atas dua masalah besar tersebut sekaligus tindakan sewajarnya pihak ustaz @ Jabatan Agama Islam sama ada JHAEINS mahupun JAKIM menangani serta membantu para pekerja wanita muslim ini agar tidak terbelenggu,terpesona dan seronok oleh ‘hukum’ dan peraturan yang cukup nyata bertentangan dengan hukum Islam(BAB MENUTUP & MEMBUKA AURAT/BERTUDUNG)sebagai agama rasmi negara Malaysia yang dah MERDEKA 53 tahun tapi mengapa bab dipusat membeli belah pihak bukan Islam(majoriti menguasai/jadi tauke besar) yang masih berkuasa VETO MENJAJAH dan menentukan hukum hakam kepada pekerja Islam? dimana dan apakah sudah terlaksana tanggungjawab/peranan yang di amanahkan oleh ALLAH SWT kpd phk berkuasa agama Islam di Malaysia dalam perkara ini?
Terima kasih.
haji, keadaaan ni biasa berlaku di masjid negeri sabah. haji pun tau. memang dalam pengetahuan jk masjid. walaubagaimanapun, pelancong tidak dipaksa untuk mencuba pergerakan itu. ada yang secara sukarela berminat untuk mencubanya. dan saya perhati mereka suka dan gembira.