1) Peperangan ini juga dinamakan sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari kebesaran Yahudi dan dalam bulan kebesaran Islam – Ramadhan. Ia berlaku pada 10 Ramadhan 1393 bersamaan 6 Oktober hingga 22 Oktober 1973.

2) Konflik Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Negara Arab lain seperti Saudi, Sudan, Tunisia, Maghribi dan Algeria turut memberi bantuan ketenteraan.

3) Dalam Perang Enam Hari ini, Israel menjaya menduduki Bukit Golan Syria dann Semenanjung Sinai di Mesir hingga ke Terusan Suez. Selepas itu Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Mereka memperuntukkan tidak kurang US500 juta untuk membina kubu yang diperbuat daripada pasir sepanjang 160km.

4) Kubu ini dipanggil Garis Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit. Binaan daripada pasir menyebabkan  ia bertahan daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir. Ia disifatkan oleh Menteri Pertahanan Israel sebagai kubu  anti kereta kebal terbaik di dunia.

5) Presiden Mesir Anwar Sadat menggantikan Jamal Abdul Nasser pada 1970. Beliau bertekad melawan Israel dan menawan kembali Sinai yang ditawan Israel pada 1967. Pada 1972 Anwar Sadat mengumumkan Mesir sedia berperang dan menyediakan sejuta tentera, jet-jet pejuang MiG-23, roket SAM6, RPG-7 dan peluru berpandu anti kereta kebal Sagger.

6) Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

7) Ulama Mesir bernama almarhum Syaikh Hafiz Salamah yang juga Imam Masjid Bandar Suez bermimpi kaedah merobohkan kubu Bar Lev. Dalam mimpinya, beliau ditunjukkan cara meruntuhkan kubu itu ialah dengan menggunakan air. Lagipun kubu itu begitu hampir dengan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal besar. Ilham ini dipraktikkan apabila Mesir menggunakan meriam air yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perlombongan.

8) Selain itu, Mesir turut menggunakan pam gasolin yang lebih kecil dan ringan. Mereka mendapatkan 300 pam buatan British dan 150 pam buatan Jerman. Akhirnya Mesir berjaya meruntuhkan kubu pasir berkenaan dalam tempoh kurang dua jam. Israel menerima tamparan hebat  yang tidak diduga oleh mereka. Tentera Mesir terus menyerbu masuk dan menembusi kubu ini disamping bantuan tentera udara menggunakan 250 jet pejuang MiG-21, MiG-19 dan MiG-17. Pasukan jurutera Mesir juga berperanan membuka laluan kubu pasir Bar Lev. Serangan demi serangan menyebabkan pertahanan Israel menjadi lumpuh.

9) Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan. Rakyat Israel menyalahkan pimpinan Israel dan menuntut Menteri Pertahanan mereka agar meletakkan jawatan. Akhirnya pada akhir 1974, Menteri berkenaan menyerahkan surat perletakan jawatan.

About these ads