Sahabat, rakan, guru yang dikasihi Ustaz Haji Nahar Haji Mantamin, 43 tahun, mantan Imam Besar Masjid Negeri meninggal dunia pagi tadi.
Janazah beliau baru sahaja dibawa pulang dari Bangunan Sabah Medical Centre (SMC) jam 1 tengahari tadi dan kini berada di rumahnya di Kampung Likas.
Saat tadi (dan sekarang), ribuan sahabat handai, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan sekerja di JHEAINS, jamaah Masjid Negeri Sabah, Masjid Bandaraya dan Masjid Kg Likas, pendukung dan penyokong PAS dan UMNO menziarahi Allahyarham.
Allahyarham adalah lulusan Universiti Jordan Amman dengan mengambil Kuliah Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul sekitar tahun 1995 – 2001. Terdahulu beliau juga pernah belajar di Syria dan kembali ketika Perang Teluk.
Di JHEAINS, beliau pernah bertugas di Bahagian Dakwah, sebelum dipindahkan ke Masjid Negeri Sabah sebagai Imam Besar antara tahun hingga Mei 2006 Oktober 2008. Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Wilayah & Masjid.
Beliau seorang yang sangat aktif dalam dunia dakwah khususnya di Sabah. Pelbagai usaha telah dijalankan beliau sepanjang hayatnya. Tidak keterlaluan saya menyebut bahawa umat Islam di Sabah kehilangan sebutir permata yang bernilai.
Insya Allah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Kg Likas pagi esok. Umat Islam dijemput hadir. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Allahyarham. Al-Fatihah.
Nota : Dengarlah suara beliau membaca doa melalui corong radio Sabah FM setiap kali selesai azan dikumandangkan.
Catatan lanjut menyusul.






















setuju dgn abunuha..Sabah hilang sebutir permata > http://www.hjnahar.blogspot.com
salam…walaupun saya takdelah rapat dengan ustaz, tapi pernah jumpa ustaz tu dalam beberapa program…
rasa kehilangan yang amat besar, tambah2 buat mereka di bumi Sabah…
Al-Fatihah..
wassalam
Pernah Dapat lapuran Allah Yarham Ustaz ni Pernah Berkata “ORANG TABLIGH KIBLATNYA KE INDIA”
kenapa ya ada orang macam ni…dan berpapa banyak lagi orang macam dia … tolong taubat sebelum meninggal dunia…….lebih lebih Lagi Hj ismail Abas, orang yang memfatwakan Tabligh sesat, Ismail Baci orang yang meluat tengok JT, Keluar dulu 3 hari bersama JT baru buat kesimpulan…Orang orang ini semua Pemuka pemuka PAS>>>>>
Cuma saya sedih….kenapa jenazahnya tak di sempurnakan semalam…dimana orang yang berilmu itu..Nabi saw bagi tahu dalam hadis nya bila meninggal seorang bani adam itu segerkan pengkebumiannya…WAHAI ORANG PAS MANA ILMU KAMU TU……BUAT LAH YANG SEPATUTNYA!!!!!!!!
xpolitik@ tidak berpolitik @ tak minat politik??
Moga sdr. dirahmati Allah selalu hendaknya..Apa yg pernah diajar oleh guru menyatakan, hanya 3 perkara yg menyebabkan TIDAK terputusn hubungan simati dgn yg masih hisup:
Pertama “Sedekah jariah” ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan – atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah “musafir khanah” untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur’an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
Amalan “waqaf” dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk “Kementerian Waqaf di negara masing-masing.
Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Kedua: “Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain,” yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.
Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Ketiga: “Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya”
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.
Assalamualaikum.. XPOLITIK… apa yg saya nak kata ni khas utk saudara.. n umum utk semua bagi yg mahu mengambil pelajaran darinya.. :
1) saudara cuma mendapat laporan, bukannya pembuktian. kalau laporan dtg dari manusia, maka selidiki dulu. Kalau kamu benar Org Beriman, Ni Allah s.w.t nasihat kamu dengan firmannya : ” Wahai Org Yg Beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidik/kaji dulu, sebelum kamu menyesal ( mghukum sembarangan ) dengan sebab kejahilan kamu.. surah hujurat, ayat 6 .
2) Jangan Menabur Fitnah kepada Hamba Allah yg telah kembali kerahmatullah.. sebab fitnah itu besar dosanya daripada membunuh.
3) saudara tnya, ada brapa lagi org macam dia,kan ? saudara, Ada ramai lagi hamba Allah yg Islam n Mukmin yg Muhsinin sepertinya.
3) Sepatutnya saudara yg mesti taubat pada Allah sebelum meninggal dunia ( termasuk saya ) saya juga memohon ampun astaghfirullah al-azhim kpd Allah s.w.t kerna melihat ada ummat muhammad s.a.w yg masih dengki dengan nikmat yg diberi Allah kepada hambanya) InsyaAllah jika saudara sudah bertaubat pasti saudara tenang n tenteram sekarang.. buang sifat hasad dengki n mazmumah2 yg lain.
4) Jangan Hina Hamba Allah yg berilmu n bermanfaat kepada manusia lain.. kalau sekiranya apa yg saudara tabur ni tak betul, nescaya Allah akan datangkan suatu kaum yg lebih baik dari antum.
5) Jemaah Tabligh… saya mahu tanya saudara, adakah jemaah tabligh mengajar jemaahnya untuk membenci/menfitnah/menghina hamba Allah yg sudah kembali ke rahmatullah atau berhasad dengki kepada hamba2 Allah yg lain atas nikmat anugerah Allah ?
6) sekiranya seperti itu maka tidak ada faedahnya antum keluar 3 hari atau beberapa hari sekalipn seumur hidup juga tidak ada maknaya.. kerana Nabi s.a.w tidak pernah mengajar hamba2 Allah @ ummatnya menfitnah insan yg lemah sudah kembali kerahmatullah. bahkan Nabi Kita Muhammad s.a.w mengajar kepada kita bahawa, sekiranya hamba Allah kembali kerahmatullah maka doakanlah, mandikan/kafankan/n solatkan serta kebumikan.. dan kalau mahu menceritakan perihal tentang kehidupannya di dunia maka ceritakanlah perkara2 yang baik2 sahaja.
7) saudaraku, sekiranya antum sudah keluar beberapa hari dlm jamaah tabligh, tapi kamu tidak lagi mendapati kemanisan iman pada Allah n Rasulnya Muhammad s.a.w, maka saya sarankan kepada antum, tak perlulah lagi keluar beberapa hari, tapi sebaliknya gerakkan badanmu untuk bangun solat malam, n berjemaah shubuh di masjid kampung antum selama 40 hari takda luput dalam berjamaah bersama Imam walau satu rakaat… insyaAllah jika antum sudah buat semuanya ini, pasti antum akan mendapti manisnya Iman yg mnyebabkn kamu tidak lagi menfitnah n hasad kpd org lain, tapi sebaliknya kamu mendoakan Ummat Muhammad s.a.w selamat n bahagia walau dimana shaja mereka berada.. sungguh jamaah tabligh yg seperti ini yakni yg mendapatkan kemanisan ini sudah banyak saya temui n sifat mereka mereka tiada hasad dengki..bahkan bersyukur dengn nikmat Islam n Iman yg Allah beri. antum pula macamna? harap baik2 saja imannya n islamnya, kan..tapi perlu d prtingkatkan lagi.. samalah kita tingkatkan iman kta, insyaAllah.
Ingatlah ketika mana Rasulullah s.a.w berdakwah di Thaif, Nabi s.a.w dihina, dimaki, dilempar dgn batu n sehingga berdarah mencecah ke kaki Baginda s.a.w… datang Malaikat, Ya Rasulullah mahukah aku angkat gunung ini utk aku hempapkan kepada kaum ini.. Maka Rasulullah s.a.w berkata tidak perlu.. sebaliknya mendoakan Ummat Thaif dengan doa ini, : Allahummahdi qaumin fainnahum la yaklamun” ya Allah berilah hidayah kepada kaum ini sesungguhnya mereka tidak tahu… subhanallah, betapa hebatnya dakwah baginda s.a.w.. walaupun dlm kedaan seperti itu baginda .s.a.w masih mampu bersabar n mendoakan atas kejahatan kaumnya… Alhamdulillah berkat Doa Rasulullah s.a.w Ummat d thaif ramai yg Islam.. subhanallah… saudaraku, kalau kamu keluar 3 hari utk meneladani Rasulullah s.a.w dlm berdakwah, maka contohilah sperti cerita yg saya berikan ini, insyaAllah antum akan tahu hakikat seorg pendakwh.
Kata Rasulullah s.a.w : Barangsiapa sembahyang shubuh secara berjamaah empat puluh hari tiada hilang dalamnya satu rakaat, maka ditulis oleh Allah s.w.t orang itu terlepas daripada neraka dan lepas daripada sifat Munafiq.. subhanallah… (“,) Allahummaj alna minhu ya Allah, ameen !
p/s: Jangan kita mengaku sebagai insan beriman sekiranya solat jemaah shubuh tidak didirikan scara berkumpulan(berjemaah)sekiranya sudah kita lakukan insyaAllah kita akan dapat rasakan manisnya Iman yg tidak kita dapati dengan bertaulan… pesanan ikhlas jg dri insan hamba Tuhan Yg Mengharapkan rahmat n keampunan Tuhan..senyum…(“,)
8) saudara seislamku, saya dengan rendah diri memohon kemaafan sekiranya saya ada terkasar bahasa padamu, sungguh apa yg saya nyatakan ini adalah berdasarkan sayangnya aku padamu atas dasar iman n islam sepertimana saya sayang Allah yarham Ust Haji Nahar Mantamin n semua ummat Muhammad s.a.w..
p/s: n saya minta tolong, tolong jaga hatimu jangan biar dikotori dengan sifat2 yg tak baik seperti hasad dengki kerna ianya bisa membinasakan amalan2 baikmu. Moga Kita semua dirahmati Allah.. ameen ya Allah.
astaghfirullah al-azhim…
Hamba Allah : Kamarudin Toyo.
Akak Nong: Bersabarlah… bersangka baiklah setiap apa kejadian Allah s.w.t.. sungguh apa sahaja yg Allah tentukan n takdirkan semua ada hikmahnya… n yg tahu hikmah tersebut adalah Allah s.w.t saja…
Kita kena sedar bahawa Org2 alim d bumi bawa bayu amat Kurang… n Yg penting sekarang semuanya sudah selamat… Alhamdulillah.. n teruskan berdoa kepada Allah s.w.t, moga2 Allahyarham dicucuri Rahmat belaian lembutan kasih sayang drpd Allah di alam yg baru… ameen ya Allah.. !
p/s: sampaikan salam saya kepada kak shida n keluarga.. denga lafaz assalamualaikum.
yg benar n ikhlas :
Kamarudin Toyo ( Anak angkat Allahyarham )
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, Kaherah Mesir.
Bumi Anbiya’ Ardhul Kinanah… (“,)
xpolitic – Jangan cemar nama Tabligh. Jangan ajak org keluar 3 hari kalau tidak menghayati Asas 6 Sifat dlm Tabligh, salah satunya ialah Ikramul Muslimin ertinya: Memuliakan sesama Muslim..
xpolitic – Jangan cemar nama Tabligh. Jangan ajak orang keluar 3 hari kalau tidak menghayati Asas 6 Sifat dlm Tabligh, salah satunya ialah Ikramul Muslimin, ertinya memuliakan sesama Muslim..
Salam,ust nahar adalah sorang bos n mentor bt diri ini…sy umpama kehilangan seorang bapa lg dgn pemergian arwah…arwah sentiasa menjaga kebajikan sy sebagai seorang adik,anak dan staff…terkedu bila mendapat tahu dia pergi dgn begitu cepat…padahal baru 2 hari sbelum pemergian arwah dia sempat berpesan pd sy untuk bersabar atas smua ujian dlm kehidupan….kak shida sy mohon maaf kerana x berada di sisi kakak semasa ujian besar ini berlaku….kerana sibuk dgn pengurusan perkahwinan….arwah pernah berseloroh pd sy…bahawa dia akan bahagia n tenang setelah dia dpt mencari jodoh untuk sy….sedih sangat2,,
xpolitik…
kamu melampau.jgn libatkan politik dengan kematian pakcik saya.
to khususnya xpolitik:
Saya setuju dgn pandangan Ust Kamaruddin Toyo. Cuma kita ambil dlm konteks yang lebih menyeluruh, adakah disebabkan orang lain tidak menyetujui cara kamu, maka kamu terus menghina atau menyalahkan mereka? NauzubiLlah, lagi teruk jika memfitnah mereka sekalipun mereka telah pergi menghadap Sang KhaliQ (pencipta).
Perkongsian buat sahabat “xpolitik”. Mufti Terakhir Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah sebelum ia dijatuhkan pada tahun 1924, Syeikh Mustafa As-Sobri telah berkata: “Pemisahan diantara urusan pemerintahan dengan agama (Islam) adalah jalan terdekat menjadi murtad” Sekadar peringatan dan renungan. Wallahu’alam.