“Orang yang mahir membaca al-Quran tempatnya bersama malaikat yang mulia. Sementara orang yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan kepayahan, dia mendapat dua pahala”.
Saya sangat menghargai mereka yang bertahan lama dan sanggup mengaji al-Quran hatta daripada peringkat asas. Walaupun peringkat dewasa, hakikatnya tiada istilah lewat kecuali jika kesedaran itu tiba sesudah kita berada di lubang kubur.
Di kalangan mereka yang mengaji al-Quran bersama saya, ada yang bermula sejak tahun 2005 lagi dan masih bertahan sehingga kini. Istiqamah itulah yang amat berharga sekali meskipun kualiti bacaan dilihat biasa-biasa saja.
Kelas itu bermula di pejabat am Masjid Negeri Sabah, kemudian berpindah ke rumah sahabat di Quarters Perguruan Bukit Padang, pernah di Madrasah Nurul Hikmah Bukit Padang, kemudian beralih lagi ke pejabat Sektor Pengurusan Akademik (SPA) di KUWASA sehingga kini.
Di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral pula, rasanya sudah setahun kami memulakan kuliah maghrib dengan subjek tajwid al-Quran. Bermula dengan sesi talaqqi beramai-ramai, kemudian terjemahan dan huraian ringkas ayat yang dibaca, kemudian para peserta membaca bergilir-gilir ayat demi ayat sambil saya menyemaknya.
Tilawah mereka ditegur secara sederhana, tidak terlalu menekan atau sebaliknya. Saya amat meraikan Tuan Hj Farid Abdullah yang tidak membaca tetapi kehadirannya paling awal itu saya hormati.
Beliau pernah memberitahu saya sedang mengadakan kelas mengaji di rumahnya di peringkat asas. Bersama saya walaupun segan membaca, dia tetap duduk bersama memerhati al-Quran di hadapannya. Rasanya jarang sekali beliau ponteng kelas bahkan beliaulah yang paling awal hadir dan menyediakan air minum saya. Semoga Allah SWT memberi pahala kepada beliau.
Begitu juga Tuan Hj Fauzi How yang nampaknya bersungguh-sungguh mendalami tilawah al-Quran ini. Kepada beliau dan orang yang membaca dalam serba kepayahan, hadith di atas mudah-mudahan menjadi penghiburnya.
Teruskan dan teruskan. Insya Allah janji dan ganjaran baik daripada Allah SWT.























salam, saya berminat nak ikut kelas mengaji puan. Saya mualaf 9 tahun suda tapi belum pandai solat dan mengaji, tolong bantu saya puan. Terima kasih.boleh hubungi saya di hp 0138515540
Assalamulaikum,saya pelajar mualaf.Sabaru baru bermula belajar iqro da fardhu ain tahun lalu.Akan tetpi saya akan berpindak ke Kota Kinabalu tahun ini dan saya ingin meneruskan pembelajaran saya.Saya tinggal di university Apartment Jalan KIngfisher Sulaman.Tolong nasihatkan d mana saya bole mengaji.terima kasih.
assalamualaikum, saya nak blaja mengaji al-quran, saya cuma menghafal beberapa surah pendek.. boleh x bantu saya , di mana saya boleh belajar mengaji.. saya belum khatam al-quran dan umur saya sudah 24 tahun.. saya duduk area kepayan.. tolong bantu saya ya.. terima kasih..
boleh dtg ke surau taman austral kepayan jumpa di sana setiap rabu malam khamis. kita bincang bab mengaji
kelas muallaf diadakan di madrasah islamiah, sembulan setiap sabtu dan di maahad tahfiz kepayan setiap ahad. boleh terus ke lokasi
assalamualaikum,
saya amat berminat untuk belajar membaca al quran. bagaimana pula dgn yuran dan apa yang perlu saya sediakan….
assalamualaikum.. sy dan kawan2 sy ingin mencari tempat mengaji waktu malam.
sila tinggalkan no hp atau fb untuk dihubungi
assalamualaikum……….saya ingin belajar dan berminat mengaji al quran pada waktu malam
Assalamualaikum. Saya dah lama nk mencari ustazah yang boleh mengajar mengaji pada waktu malam. boleh hubungi saya di 0195363942.
assalamulaikum .. saya shikin .. saya ingin belajar mengaji ,, saya hanya mampu membaca al quran tetapi tidak lancar , saya belum khatam dn skrg berusia 18 thun .. d mana tempat saya boleh mengaji ? saya tinggal di kampung tebobon .
assalamulaikum…saya berminat untuk belajar mengaji bersama anak-anak. Lokasi saya di Taman Kolombong. Di manakah tempat terdekat untuk saya hadiri kelas mengaji?
asssalamualaikum saya juga nak beljar mengaji.iqra and tajwid..sila tlg saya..
assalamualaikum.. saya berumur 23tahun dan belum khatam al quran lagi.. saya sudah lama tidak mengaji iaitu sejak sekolah. saya ingin mencari ustazah/ustaz yang boleh membantu saya.. hubungi saya 014-9521929. saya betul2 ingin belajar kembali. terima kasih
Assalamualaikum ustazah. Pada masa kini saya sedang belajar mengaji di rumah 2 kali seminggu dengan seorang ustaz dari Indonesia. Masa mengaji saya isnin dan jumaat petang. Masalahnya, saya kurang selesa belajar mengaji dengan lelaki. Selain dari itu, sebutan beberapa huruf ustaz tersebut juga agak berlainan sedikit dengan sebutan yang biasa saya dengar. Kemungkinan, begitulah sebutan huruf tersebut di Indonesia. Saya ingin belajar mengaji dari guru perempuan(ustazah) supaya saya rasa lebih selesa. Mohon jasa baik ustazah agar sudi mengajar saya mengaji. No. telefon saya 019-5898909. Terima Kasih.
assalamualaikum ustazah, saya ingin belajar mengaji dan sedang mencari tempat belajar..begitu juga anak sy yg berumur 7th…tetapi setiap sabtu dan ahad…
Salam kawan2 semua..nampaknya niat kita sama untuk mempelajari al quran..apa kata kita ramai2 menghadiri kelas mualaf di madrasah Sembulan untuk sama2 dibimbing ke jalan yang benar..saya ingin sekali mengikuti kelas tersebut tetapi segan kerana saya langsung tidak tahu apa2. Dengan ini saya memberi semangat kepada diri sendiri dan kawan2 muslimah yang lain untuk kita sama2 hadiri kelas ini..Saya pergi seorang dan jika ada yang sudi bersama dengan saya syukur alhamdulilah saya amat alu2 kan. Boleh hubungi saya di 0138515540.
Asalamualaikum…saya nak belajar mengaji Al-quran dgn lebih lancar lagi…sekarang saya boleh membaca tapi agak lambat dan tergagap2….skrg saya tinnggal kat inanam..di mana saya boleh belajar Al-quran yg berdekatan tmpt tinggal saya…??..kat likas ada kah..?…sbelum terlambat dn sebelum ajal tiba saya teringin nak membaca kitab Allah ni….mohon pihak tuan dapat membantu insan seperti saya….ni nombor telefon saya..01114855583…
maaf,,umur saya 24 tahun…mohon pihak tuan dapat membri maklum balas secepat mungkin…
cuba rujuk di masjid tun ahmadshah atau masjid bandaraya likas. mungkin imam2 d sana ada jawapan