ABU NUHA CORNER

POTONG

Posted by: Abu Nuha on: 23 November 2009

Sufian, Faizal & Shafii, peserta khatan

Saya kira hati-hati para penganjur khususnya orang yang memulakan idea ini mulia hatinya. Seramai 222 peserta berumur 7 tahun ke atas menyertai program khatan perdana di Masjid Negeri.

Peserta yang terdiri daripada anak-anak fakir miskin dan muallaf ditanggung kosnya oleh Pusat Zakat Sabah (PZS) dengan nilai RM150 seorang.

Seperti yang berlaku di tempat lain apabila acara bersunat diadakan, bermacam-macam gelagat diperhatikan.

Ada yang tersengih gembira memasuki ‘gerbang remaja’, tidak kurang yang menangis ketakutan, ada juga yang dimaklumkan namanya tersenarai tetapi tidak muncul sehingga majlis berakhir pada sebelah asar.

Ibu bapa dan penjaga juga tidak kurang gelagatnya. Di hadapan anak menunjuk gagah dan machonya, tetapi di belakang mereka ada yang terasa sedih juga. Apa tidaknya melihat darah di sekeliling lalau anaknya.

Petugas-petugas saya kira melaksanakan kerja dengan cemerlang sekali. Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) dengarnya menghantar lebih 40 orang merangkumi doktor dan pembantu sekali.

Begitu juga petugas daripada Bahagian Dakwah JHEAINS selaku urusetia dan bahagian-bahagian JHEAINS yang lain, petugas PZS dan Masjid Negeri sendiri yang nampaknya begitu tekun dan bersungguh menjayakan program ibadah ini.

Di pihak JHEAINS, ramai pegawai dan staf yang turun termasuk datuk pengarah, timbalan (HEI)

Yang menggelikan hati bukan sahaja melihat gelagat anak-anak ini, bahkan juga para petugas memujuk, menyabarkan dan memberi semangat kepada si kecil dengan pelbagai idea. Berzikir, mengucap 2 kalimah syahadah dan seumpamanya.

Sebanyak 20 meja yang dijadikan tempat pembaringan disediakan, dengan setiap doktor dan petugas bersiap sedia. Bijak penganjur mengawal keadaan, apabila anak-anak yang menunggu giliran dihidangkan dengan tayangan VCD Upin & Ipin.

Walaupun asalnya peserta dihadkan kepada 200 orang sahaja, ada yang mengetahui pada saat akhir dan memohon pada hari majlis berlangsung. Namun pihak penganjur tidak menolak permintaan sehingga tengahari.

Di celah-celah lebih 200 peserta itu, ada juga yang sudah remaja muallaf berumur 18 dan awal 20an menyertainya.

Untuk kesemuanya, baik penganjur, ibu bapa, peserta dan para petugas, tahniah diucapkan.  

 

Anak-anak dihidangkan dengan tayangan filem Upin & Ipin

Menunggu giliran
Menanti giliran

Para petugas dari PERKIPS sedang 'menyelesaikan' seorang peserta

Doktor bersama pembantu, sedang peserta menutup muka menahan sakit

Adik Wan Mohd Afiq Wan Abd Rahman, 10 tahun dari SAN Tuaran

Adik Mohd Aril Hairi, 9 tahun dari SK Kg Pengalat Besar Papar

Rassan Tahir, 10 tahun dari SK Kg Kawang

Md Faiz Farizan Saidin, 10 tahun dari SK Kg Serusop Tuaran

Norfazlin Shah Halimuddin, 9 tahun dari SK Tebobon

Mohd Mamat Sabtal, 10 tahun dari Tg Dumpil Putatan

 

Adik Bahrin Matusin, 7 tahun dari SK Tg Aru

Adik Sulaiman Sabtal, 11 tahun dari Kg Tg Dumpil

Ustazah Suraya menyampaikan cenderamata kepada salah seorang bapa kepada peserta khatan

Antara petugas daripada Bahagian Dakwah JHEAINS

Para peserta berehat di bilik yang disediakan setelah dikhatan sebelum pulang ke rumah masing-masing

1 Maklumbalas kepada "POTONG"

[...] Untuk maklumat lanjut sila lawati blog ABU NUHA [...]

Tinggalkan Jawapan

Kalendar

November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

PERJALANAN

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari. Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

PERJALANAN 2

Perjalanan menempuh ombak menelusuri kebaikan dan kebenaran.

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Fardu Ain).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

Maghrib Isnin Malam Selasa

Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan. Subjek hadith menggunakan Kitab Syamail Muhammadiyyah menerangkan tentang keperibadian Rasulullah SAW

Maghrib Selasa Malam Rabu

Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas. Subjek Fardhu Ain menggunakan kitab Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato Hj Ismail Kamus

Maghrib Rabu Malam Khamis

Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan. Kuliah Tajwid al-Quran. Bimbingan bacaan al-Quran, terjemahan dan huraian ringkas, serta penekanan ilmu tajwid kepada ayat yang baru dibaca.

Maghrib Jumaat Malam Sabtu

Surau Nur Hidayah, Taman Olivia Kepayan. Subjek hadith menggunakan kitab Nuzhatul Muttaqin, syarah kepada Riyadhus Solihin susunan Imam an-Nawawi RH.

Maghrib Sabtu Malam Ahad

Masjid Nurul Ihsan Kg Lok Kawi Baru, Putatan. Subjek hadith, menggunakan Kitab al-Azkar susunan Imam an-Nawawi RH.

Maghrib Ahad Malam Isnin

Surau an-Nur Taman Limauan Kinarut. Subjek Tafsir al-Quran. Menggunakan kitab Sofwatut Tafasir susunan As-Sobuni dan kitab Tafsir al-Quran di Radio susunan Ahmad Sonhadji Mohammad.

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KHUTBAH JUMAAT

Tarikh : 22 Januari 2010
Tempat : Masjid Kg Muhibbah Petagas
Tajuk : Menjulang Hukum Allah

KULIAH AQIDAH

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 10-11 pagi
Tempat : Kelas Bimbingan Saudara Kita, Teratak Fitrah
Tajuk : Aqidah Mantap Melahirkan Akhlak Cemerlang

CERAMAH MAULIDUR RASUL

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 9 Pagi
Tempat : SMK Tambunan

Statistik

  • 137,709 hits

RSS Merah Tinta

RSS Roslan SMS