ABU NUHA CORNER

CERAMAH ISLAM LIBERAL & PLURALISME DI JABATAN PENJARA

Posted by: Abu Nuha on: 21 November 2009

Pada pagi khamis saya berada di Jabatan Penjara Pusat Kota Kinabalu, menyampaikan ceramah yang agak berat juga tajuknya.

Sepanjang 3 hari, jabatan ini mengadakan Kursus Pemantapan Aqidah yang membabitkan 40 pegawai dan anggota pelbagai pangkat beragama Islam dari seluruh negeri.

Rakan-rakan dari JHEAINS khusus dari Bahagian Dakwah bergilir-gilir mengisi slot masing-masing yang kesemuanya berkait tentang aqidah.

Oleh kerana ini bukan penampilan kali pertama saya di jabatan ini, jadi secara umumnya semua berjalan dengan lancar. Bahkan saya bertemu dengan rakan sebilik di asrama TPHR dahulu, Redwan Hussin yang kini bertugas di penjara Tawau.

Bercerita tentang Islam Liberal, ia memang salah satu cabaran yang besar pada masa kini. Ia mula menyerang negara jiran Indonesia dan kini ke Malaysia.

Satu keputusan fatwa dari JK Fatwa Kebangsaan juga menjadi salah satu isi kandungan ceramah yang berlangsung selama 2 jam itu.

Keputusan :

i. Gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut :

Aspek Akidah

a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme

Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

b. Akal Manusia Adalah Wahyu

Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.

c. Meragui Ketulinan Al-Quran

Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.

Aspek Syariah

a. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith

Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini.

Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat

Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

c. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian

Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah SAW dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value).

Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik.

Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.

d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam

Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia.

Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

e. Sikap Terhadap Hukum

Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.

ii. Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.

Tinggalkan Jawapan

Kalendar

November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

PERJALANAN

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari. Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

PERJALANAN 2

Perjalanan menempuh ombak menelusuri kebaikan dan kebenaran.

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Fardu Ain).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

Maghrib Isnin Malam Selasa

Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan. Subjek hadith menggunakan Kitab Syamail Muhammadiyyah menerangkan tentang keperibadian Rasulullah SAW

Maghrib Selasa Malam Rabu

Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas. Subjek Fardhu Ain menggunakan kitab Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato Hj Ismail Kamus

Maghrib Rabu Malam Khamis

Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan. Kuliah Tajwid al-Quran. Bimbingan bacaan al-Quran, terjemahan dan huraian ringkas, serta penekanan ilmu tajwid kepada ayat yang baru dibaca.

Maghrib Jumaat Malam Sabtu

Surau Nur Hidayah, Taman Olivia Kepayan. Subjek hadith menggunakan kitab Nuzhatul Muttaqin, syarah kepada Riyadhus Solihin susunan Imam an-Nawawi RH.

Maghrib Sabtu Malam Ahad

Masjid Nurul Ihsan Kg Lok Kawi Baru, Putatan. Subjek hadith, menggunakan Kitab al-Azkar susunan Imam an-Nawawi RH.

Maghrib Ahad Malam Isnin

Surau an-Nur Taman Limauan Kinarut. Subjek Tafsir al-Quran. Menggunakan kitab Sofwatut Tafasir susunan As-Sobuni dan kitab Tafsir al-Quran di Radio susunan Ahmad Sonhadji Mohammad.

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KHUTBAH JUMAAT

Tarikh : 22 Januari 2010
Tempat : Masjid Kg Muhibbah Petagas
Tajuk : Menjulang Hukum Allah

KULIAH AQIDAH

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 10-11 pagi
Tempat : Kelas Bimbingan Saudara Kita, Teratak Fitrah
Tajuk : Aqidah Mantap Melahirkan Akhlak Cemerlang

CERAMAH MAULIDUR RASUL

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 9 Pagi
Tempat : SMK Tambunan

Statistik

  • 137,709 hits

RSS Merah Tinta

RSS Roslan SMS