Posted by: Abu Nuha on: 19 November 2009
Solat janazah dipimpin oleh Tuan Guru Ustaz Hj Muchlish Ali Kasim yang juga rakan lama beliau sejak 70an lagi. Tidak kurang 200 orang menyertai solat janazah.
Allahyarham dibawa dan disemadikan di Taman Perkuburan Islam Taman Sempelang. Mantan Imam Besar Masjid Negeri Sabah Datuk Hj Mokhtar Rapok mengetuai bacaan talqin sementara doa oleh Ust Hj Muchlish.
Apa yang saya dapat rasakan petang itu ialah kehadiran ramai para pendakwah dan ustaz-ustaz yang turut sama mengiringi Allahyarham sejak dari rumah, kemudian di masjid dan akhirnya di taman perkuburan.
Antara yang hadir ialah mantan mufti Datuk Hj Ismail Abbas, Ust Hj Muhammad Iyen Atim, Ust Mohd Mursal Muchtar, Ust Zulkifli (La Salle) Ust Nor Azamuddin Umar (Maktab Sabah).
Begitu juga rakan-rakan lama beliau datang bertali arus menziarahi buat kali terakhir sebelum disemadikan.
Ketika menjirus air ke kubur Allahyarham, Ust Hj Muchlish sempat menerangkan sedikit kepada yang hadir akan perbuatan itu. Katanya perbuatan itu dinamakan tafa’ul iaitu optimis, dengan harapan Allahyarham merasa nyaman, tenang dan selesa di sana.
Kepada ahli keluarganya, semoga bersabar dengan musibah ini. Kami menyaksikan bahawa Allahyarham seorang yang baik.
Ulasan