ABU NUHA CORNER

JEFRI SIMAN

Posted by: Abu Nuha on: 13 November 2009

Jefri Siman

Jefri Siman, satu nama yang tidak asing dalam dunia nasyid khususnya di negeri Sabah.

Meski sudah berumur 58 tahun, saya selesa memanggilnya abang Jef. Orangnya murah dengan senyuman dan banyak berdiplomasi dalam apa juga urusan.

Abang Jef orang lama dalam perkhidmatan kerajaan khususnya di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sejak 1975 sebelum diserap sebagai kakitangan JHEAINS sejak penubuhannya pada 1996.

Ketika menyertai MUIS, pejabatnya masih lagi beroperasi di bangunan lama SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah. Bangunan Wisma MUIS ini hanya siap sekitar tahun 88/89.

Abang Jef berasal dari Sungai Manila Sandakan. Sejak bertugas pada 1 Mei 1975 dahulu, sudah banyak bahagian di MUIS dan JHEAINS ini disertainya. Pernah di pentadbiran, dakwah, JHEAINS Pantai Barat Selatan.

Beliau sudahpun bersara wajib pada 2007 tetapi diambil semula bertugas di bahagian kami sehingga kini. Kisah-kisahnya berkenaan dunia nasyid sering menjadi bualan kami.

Walaubagaimanapun, pengalaman berharga sudah tentu apabila dapat berkhidmat bersama para alim ulama’ dan pendakwah yang pernah dan sedang bertugas di jabatan ini.

Suara jantannya menyebabkan dia sering dipinta menjadi pengacara dalam majlis-majlis kerajaan dan awam, juga sudah membimbing berpuluh kumpulan-kumpulan nasyid sehingga kini.

Kumpulan terakhir yang dibimbingnya ialah kumpulan nasyid PERMATA iaitu siswa Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah.

Beliau juga pernah mencipta lagu tema Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (BAKISA) dan lagu tema USIA bertajuk ‘USIA Melangkah Gemilang’.

Pada 2005, kerajaan negeri memilihnya sebagai tokoh nasyid al-Farabi atas sumbangannya terhadap perkembangan seni nasyid di negeri ini.

Tulisan ini saya dedikasikan kepada beliau yang bakal berangkat ke Tanah Suci pada ahad ini, 15hb bersama isteri tersayang Puan Rasidah Maun.

Sempena perjalanannya, pejabat bahagian kami mengadakan sedikit kenduri doa selamat pagi tadi. Catatan lain boleh dibaca di blog Abu al-Ghazali di sini.

Doa kami, semoga diberikan kesihatan dan dimudahkan untuk beramal ibadah di sana sehingga kembali ke tanahair pada 26 Disember nanti.

Hj Sotimin, Abg Jef dan Abg Miun

Tinggalkan jawapan

Kalendar

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KENDURI PERPISAHAN CHE’GU JAMIL

Tarikh : 18 Nov 2009
Tempat : Surau Taman Austral
Anjuran : JK Surau & PUM

CERAMAH PEMANTAPAN AQIDAH

Tarikh : 19 Nov 2009 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Penjara Pusat Kepayan
Tajuk : Ancaman Liberalisme & Pluralisme

CERAMAH ‘IDUL ADHA

Tarikh : 28 Nov 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah Kebajikan Teratak Fitrah
Masa : 9-10 pagi.
Anjuran : SAHABAT

Statistik

  • 111,955 hits

Ulasan

RSS Roslan SMS

Maktabah