Posted by: Abu Nuha on: 10 November 2009
Buku yang baru dibaca :

“..tetapi biarlah saya katakan bahawa krisis politik yang kita lihat sekarang ini banyak bermula dari tahun 1976 ini.
Hussein sendiri dicabar oleh seorang ahli UMNO yang tidak begitu terkenal, Sulaiman Palestin dari Pulau Pinang pada 1978. Dari situ Hussein sudah sedar ada mainan politik dalaman yang cuba menjatuhkan beliau.
Apabila Hussein meletak jawatan pada tahun 1981, Dr Mahathir menggantikannya. Dengan itu mereka yang sudah lama mengidam jawatan terus sahaja menggerakkan jentera untuk menjatuhkan Dr Mahathir pula. Itulah yang berlaku sejak lebih tiga dekat yang lalu dalam UMNO.
Ironinya ialah pengganti Dr Mahathir, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah dicabar sewaktu memegang jawatan Presiden UMNO tetapi semua orang tahu dia terpaksa melepaskan jawatan kerana tekanan dalaman parti”.
“Tetapi tidak ramai orang tahu bahawa saya secara peribadi telah menemui Hussein Onn memujuk beliau berkali-kali untuk menyertai UMNO Baru. Dengan gaya beliau yang sentiasa gentlemen itu, beliau menolak pelawaan saya.
Sampai ke akhir hayatnya, beliau enggan memberitahu saya sebab beliau tidak mahu menyertai UMNO Baru. Mungkin ada sesuatu yang pedih di antara beliau dan Dr Mahathir.
Saya juga menemui Tunku Abdul Rahman untuk mengajak beliau menyertai kami. Saya juga bertanya beliau sama ada beliau sudah memaafkan Dr Mahathir (yang mengecam Tunku pada akhir tahun-tahun 1960-an sehingga Dr Mahathir dipecat dari UMNO).
Jawapan Tunku : “Macam mana I nak maafkan dia? Dia tu jenis manusia yang tak boleh dipercayai langsung!”
******
Penulis : Tan Sri Mohamed Rahmat, Mantan Menteri Penerangan dan SU Agung UMNO dan BN sepanjang tahun-tahun 1980an dan 1990an.
Kerjaya politiknya bermula pada usia 20an dan telah berkhidmat di bawah pentadbiran Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir.
Beliau dilahirkan pada 1938 di Johor Bahru, buku ini adalah hasil tulisan pertama beliau yang menceritakan pengalaman politiknya dalam pergolakan UMNO sejak zaman Tunku lagi.
Penerbit : The Malaysia Insider.
1 | Tokei Ikan BertaQwa
12 November 2009 pada 8:59 pm
asslmkum ustz..
tumpang tanya, mana bleh dapatkan buku ni? syukran