ABU NUHA CORNER

NIKMAT JARI KELINGKING

Posted by: Abu Nuha on: 2 November 2009

Allah SWT menjadikan sesuatu mempunyai matlamat dan tujuan. Maha Suci Allah Ia tidak mengadakan sesuatu dengan sia-sia.

Menerusi lima jari, orang-orang tua sering mengumpamakannya dengan lima karektor manusia. Ada orang tua, ada orang muda, ada orang dewasa, ada orang kaya dan ada kanak-kanak.

Jari kelingking biasanya diumpamakan seperti kanak-kanak kerana kecilnya. Meski kecil, kelingking tetap punya peranan dalam kehidupan manusia.

Lebih seminggu lamanya, jari kelingking di tangan saya terasa kebas. Rasanya seperti terkena semut-semut. Tidak terlalu sakit tetapi agak menyukarkan khususnya apabila menyuap makanan.

Hujung jari kelingking saya tidak dapat ditemukan dengan ibu jari. Apabila hendak menyuap makanan, kelingking ada sedikit tugas untuk mengangkat nasi di hujung jari sementara ibu jari menolak masuk ke dalam mulut.

Oleh kerana kedua-dua hujung jari itu tidak bertemu, banyak nasi berhamburan gugur semula.

Dua-tiga hari lepas, kedua hujung jari sudah boleh ditemukan tetapi rasa kebas masih terasa lagi. Sahabat seperjalanan saya ke Tuaran malam ini, Rustam kata jari kelingking ada peranan dalam bab korek mengorek.

Benarlah, nikmat sihat biasanya disedari ketika sedang sakit. Walaubagaimanapun alhamdulillah, saya masih punya jari.

“Wahai Tuhan, tidaklah Engkau jadikan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau, maka hindarkanlah kami daripada siksa neraka”.

Tinggalkan jawapan

Kalendar

November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

PERJALANAN

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari. Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

PERJALANAN 2

Perjalanan menempuh ombak menelusuri kebaikan dan kebenaran.

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

Statistik

  • 119,286 hits

RSS Merah Tinta

RSS Roslan SMS

Maktabah