ABU NUHA CORNER

BAGAIMANA ISLAM MEMERINTAH NEGARA

Posted by: Abu Nuha on: 2 November 2009

Buku yang sudah dibaca :

Bagaimana Islam Memerintah Negara

Bible menyebut : “Berikan kepada raja-raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan”.

Akibatnya, prinsip itu menyempitkan agama dengan pemerintahan negara. Antara faktor terbesar adalah doktrin-doktrin sekular yang memisahkan undang-undang dengan agama.

Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual.

Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? Benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?

Buku ‘Bagaimana Islam Memerintah Negara’ mengupas secara jelas konsep dan bagaiaman aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan.

Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

Kandungan Buku

Pendahuluan

Antara Politik, Negara dan Agama

Negara Islam

Panduan Asas bagi Setiap Pemerintah

Matlamat Negara Islam

Prinsip-Prinsip Amali dalam Negara Islam

Ketua Negara Islam

Sejarah Pelantikan Ketua Negara

Bai’ah

Ahlul Halli Wal Aqdi

Kewajipan dan Tanggungjawab

Prinsip Kehakiman Islam

Kerakyatan

Al-Kharaj

Islam dan Hubungan Antarabangsa

Penutup

Penulis : Abdul Hadi Awang
Penerbit : PTS Islamika
Harga : RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)

Tinggalkan jawapan

Kalendar

November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

PERJALANAN

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari. Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

PERJALANAN 2

Perjalanan menempuh ombak menelusuri kebaikan dan kebenaran.

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

Statistik

  • 119,286 hits

RSS Merah Tinta

RSS Roslan SMS

Maktabah