ABU NUHA CORNER

SEKOLAH TAUFIKIAH AL-KHAIRIAH AL-HALIMIAH

Posted by: Abu Nuha on: 26 Ogos 2009

 IMG_7504

Kali pertama saya mendengar nama sekolah ialah pada tahun 1995.

Saya masih mengingati, seseorang menghadiahkan saya sebatang pen bertanda dan bertulis nama sekolah ini. Pen itu masih dalam simpanan dalam almari di kampung saya.

Daripada ketika itu, saya menyimpan hasrat untuk melawatinya satu hari nanti.

Yang saya tahu, ia terletak di Kedah. Di kawasan mana, bagaimana rupanya, saya kurang maklum sehinggalah saya berpeluang menziarahi sekolah berkenaan ahad lalu.

Selepas itu, barulah saya mengetahui bahawa sekolah yang bermula pada 1941 ini memberi jasa yang bukan sedikit kepada pelajar Sabah khususnya yang pernah menimba ilmu di sini.

Dahulu ia dikenali dengan nama Pondok Pak Ya, mengambil nama Tuan Guru Hj Yahya Junid yang menjadi pengasasnya.

Nama itu masih kekal pada panggilan penduduk tempatan dan bekas pelajarnya, sementara secara rasmi di atas kertas ia bergelar Sekolah Menengah Agama Taufiqiah al-Khairiah al-Halimiah.

Sekolah ini sudah tentu sangat nostalgik sekali kepada mereka yang pernah bergelar penuntut di sini. Ramai sahabat, dan orang yang saya hormati berguru di sini.

Ketua di bahagian saya sekarang, Ustaz Musally Moksin adalah lepasan sekolah ini sebelum menyambung ke UM. Sahabat yang saya hormati di Sandakan, Ust Bahtiar Hud juga pernah mengaji di sini.

Anak-anak Imam Lukman @ Gumikin dari Masjid Jamek Pekan Kundasang juga belajar di sini. Ustaz Suzairy, Ustaz Fadly dan Ustazah Khairunnisa antara produk sekolah Khairiah.

Satu masa dulu saya ada mendengar sekolah ini mengalami masalah kewangan yang serius. Antara akibatnya, mereka kekurangan pelajar.

Khabar terkini pula, saya dimaklumkan sekolah ini mula mendapat tempat semula di hati masyarakat.

Saya ingin benar tempohari kalau-kalau terserempak dengan guru atau pelajarnya. Tetapi oleh kerana ia musim cuti, saya hanya dapat mengambil gambar dan semangat perjuangan mereka sahaja.

Saya berharap usaha-usaha untuk menghantar semula pelajar Sabah ke sini seperti satu masa dahulu dapat diaktifkan semula. Saya juga mencari-cari maklumat sekolah ini di alam maya, tetapi tidak bertemu.

Harap-harap mereka yang pernah mengaji di sana dapat memberikan respon.

IMG_7481

IMG_7488

IMG_7489

IMG_7493

26 Respons kepada "SEKOLAH TAUFIKIAH AL-KHAIRIAH AL-HALIMIAH"

Saya pernah mengajar di sekolah Pondok Pakya ni dari 1990 – 1995….Bila sebut nama Ust Bahtiar Hud teringat saya kepada group pelajar Sabah…terutama pelajar puteri nya yang saya lupa nama… mereka sangat rajin dan peramah.

Semasa saya mengajar, bilangan pelajarnya sangat ramai hingga pelajar PMR sahaja ada 10 kelas dimana setiap kelas ada 50 pelajar…

Semoga pelajarnya yang ramai itu memberi saham dalam perjuangan Islam.

salam semua

pendi ni.. ni me dok ranau ka

Saya salah seorang pelajar di sini juga keluar tahun 1991. kalau di sekolah orang panggil pak long . sempat juga berguru dengan ayahda Tuan Guru Yahya Junid dan Tuan Guru Hj. Azhari Abd Razak . Pelajar-pelajar dari sabah ramai masa tu tak berapa ingat

Ana pun besa ngaji sek pakya gak…tahun 89.Ana berguru dgn arwah hj yahya,arwah ustaz sahak….ustaz mad….cikgu hj…yg nie cenge oooo…..biasa ler…..zaman nk meningkat remaja….buas ckit…kenangan tak dpt d lupakan….kena jd paktih kasim jln kaki dari batu 16 sampai batu 17….terlepas bas….peloh becerau…..sronok……sihatttt….

ini kalau dato keramat romizu ke

salam . Saya ni bekas pelajar dari tahun 1990 – 1995 . Sesapa yang bacth sama tolong la bagi infomation . Tambah tambah orang kuat Bang Aji (Jambang ) , Mat Solo , Shafizan (Pak Menakan ) , Rahim , Sharim Panjang .

Tak terkecuali guru guru yang banyak mencurahkan ilmu tanpa jemu Ustaz Mad , Ustaz Sahak , Cikgu Aji dan banyak lagi .

Jasamu dikenang

assalamualaikum..
buleh tau dak.. nama enta sapa ya..
ana nih pak syeikh.. sama batch ngan ustaz bakhtiar hud nih.. ngan bang aji… ngan khairul anuar pendang.. pak menakan.. zul trash( lani ketua pemuda pas pandan kalu tak silap) chik parut.. enta sapa ya..

salam.. hang mesti kenai mie tokai.. dia lani dok sabah lagi ka..

Tak dak sesapa nak hantar gambar terbaru cawangan Guar punya

Salam.
Saya juga pernah belajar di Pondok Pakya ni dari tahun 90-91. Kalau sebut Ustaz Bahtiar..kami satu bilik di guaq cempedak.
Malam ni kami ada perjumpaan dgn bekas2 pelajar di dataran sg semeling. Utk maklumat lanjut boleh call 019-4773212

assalamualaikum…

wan??/ yang mana satu nih.. wan ada banyak.. wan(kemunting) adik razib , wan tembun(sorry).. wan bilik 3c ..

OIC sorry la baru bukak email . Hang buka blog kedah lani http://kedahlanie.blogspot.com
ada cerita pasai Pondok Pak Ya . Wan , hang mesti senior pada aku punya tapi Bahtiar aku kenai la dia . set set aku mana tak tau tak dak yang respon pon . Aku cadangkan kita buat perjumpaan Alumni taufikiah . lama tak jumpa kengkawan . Masuk dalam paper mesti ramai . Boleh la bertukar tukar pendapat . Mintak sumbangan kat semua ahli .

salam.
terima kasih atas sokongan dan pandangan. sebagai anak cucu pak ya, saya turut berbesar hati dgn entry ni.

Saya bekas pelajar dari thn 1989 hingga 1994, masih ingat lagi kat cikgu shukri yg ajar saya maths dan cikgu khairil.
Saya satu asrama dengan kak olfa, olya, oswatun.
Dengar cerita cikgu khairil dah berumahtangga bersama kak olfa….betul ke.
Buatlah persatuan bekas pelajar, rindu kat semua kawan2 dan cikgu2 lama.
salam untuk semua.

Aida
Kerteh, Terengganu.

Aku ? Mat Puyuh la , Bilik 6C . Dulu aku rapat ngan Pak Menakan (Syafizan ) , Apa khabar depa lain lain , contact la aku . (017 4467190) . Lost contact habih geng pak ya ni . Mana i habih . Sesapa yang kuat sikit pengaruh cadang buat alumni kat mana mana .

la.. mana nak kenai dah … puyuh dah jadi naga.. hahahah(sorry) jgn mara haa.. mat hang kalau nak jumpa ramai budak pakya dalam internet nih .. hang kene join myspace dulu.. kat sana hang buleh join alumni smatkh… ataupun hang pi kat website http://www.taufikiahpondokpakya.edu.my/ kat dalam tuh hang daftar kat komuniti.. tak lama lagi depa nak buat ruangan untuk bekas pelajar.

Mesti la , naga power sikit buleh sembur api kat orang . Hang creat la blog bekas pelajar .

Pondok Pakya telah malahirkan ramai ulamak-ulamak,tok guru,dan banyak lagi…

salamullahi alaikum… saya bekas pelajar sekolah pak ya tahun 1991-1997. saya sedang mencari sahabat2 yang telah lama tak jumpa. terutama geng umah ustaz ishak. boleh hubungi saya dengan email yang diberikan.

jumpa lagi

salam.. lama tak ngar cita .. masik kat peneng ka,,,

13.12 baruni razif mai umah aku,, hang bila nak mai

salamualaikum salam 50malesia!!
sapa2 kat sini tak ingat kat aku dah ka..dok rumah ustaz sahak tahun 87-90.. tentang bahtiar hud tu dimana dia la nih..jadi ulama besaq dah ka..

sy jg bkeas pondok pakya. alumni untuk bekas penuntut dah dilaksanakan. cuma tak secara meluas. semoga ukhuwwah berkekalan hendaknya…

Salam semua…

Saya di pakya tahun 91-97,,
la ni nak cari murid2 pak ya yang mengajar kat sabah..
masih dok kudat sabah…
0195959390
kita pakat tolong sekolah kita la ni…
wan ahlal,,chik, shedi bok masih kat sbah
kita pakat berhubung semula kuatkan ukhuwah

mat puyuh aku inat la,, hang dok mana la ni.. nama2 yang hang sebut semua ku kenal..

Tinggalkan Jawapan

Kalendar

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

PERJALANAN

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari. Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

PERJALANAN 2

Perjalanan menempuh ombak menelusuri kebaikan dan kebenaran.

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Fardu Ain).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

Maghrib Isnin Malam Selasa

Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan. Subjek hadith menggunakan Kitab Syamail Muhammadiyyah menerangkan tentang keperibadian Rasulullah SAW

Maghrib Selasa Malam Rabu

Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas. Subjek Fardhu Ain menggunakan kitab Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato Hj Ismail Kamus

Maghrib Rabu Malam Khamis

Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan. Kuliah Tajwid al-Quran. Bimbingan bacaan al-Quran, terjemahan dan huraian ringkas, serta penekanan ilmu tajwid kepada ayat yang baru dibaca.

Maghrib Jumaat Malam Sabtu

Surau Nur Hidayah, Taman Olivia Kepayan. Subjek hadith menggunakan kitab Nuzhatul Muttaqin, syarah kepada Riyadhus Solihin susunan Imam an-Nawawi RH.

Maghrib Sabtu Malam Ahad

Masjid Nurul Ihsan Kg Lok Kawi Baru, Putatan. Subjek hadith, menggunakan Kitab al-Azkar susunan Imam an-Nawawi RH.

Maghrib Ahad Malam Isnin

Surau an-Nur Taman Limauan Kinarut. Subjek Tafsir al-Quran. Menggunakan kitab Sofwatut Tafasir susunan As-Sobuni dan kitab Tafsir al-Quran di Radio susunan Ahmad Sonhadji Mohammad.

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KHUTBAH JUMAAT

Tarikh : 22 Januari 2010
Tempat : Masjid Kg Muhibbah Petagas
Tajuk : Menjulang Hukum Allah

KULIAH AQIDAH

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 10-11 pagi
Tempat : Kelas Bimbingan Saudara Kita, Teratak Fitrah
Tajuk : Aqidah Mantap Melahirkan Akhlak Cemerlang

CERAMAH MAULIDUR RASUL

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 9 Pagi
Tempat : SMK Tambunan

Statistik

  • 137,709 hits

RSS Merah Tinta

RSS Roslan SMS