Posted by: Abu Nuha on: 31 Ogos 2009
Gambar ini direkodkan di rumah sahabat kami, Sdr Zulfikar Khomeni dan Ustazah Pg Siti Umi Kalsum Pg Abdullah di Taman Lok Kawi Height setelah selesai majlis kenduri masuk rumah dan berbuka puasa semalam.
Zul bertugas di Kementerian Kewangan, Bahagian Audit sementara Umi mengajar di SK Mesapol Sipitang. Umi adalah rakan sekelas di SMAI TPHR.
Zul dan Umi [...]
Posted by: Abu Nuha on: 31 Ogos 2009
1. Merdeka bukan sekadar mengibar bendera. Ramai perompak, perogol, perasuah dan penjenayah mengibar bendera. Itu bukan tanda mereka patriotik dan kasih negara ini.
2. Merdeka juga bukan sekadar perbarisan, perarakan dan percutian. Ramai juga yang sertai perarakan itu jenis tinggal sembahyang pun.
3. Merdeka juga bukan sekadar bertukar pemerintah berkulit putih kepada berkulit coklat.
4. Merdeka ialah apabila [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 Ogos 2009
Dua kali bertemu mereka.
Pertamanya mereka hadir lewat petang jumaat lalu ke pejabat di JHEAINS, dan kali kedua kami mereka mengundang kami berbuka puasa bersama di Restoran BTC Inanam petang semalam.
Ada beberapa perkara tujuan pertemuan itu.
Antaranya menyampaikan hasrat murni Saba Islamic Media untuk mengedarkan al-Quran dan terjemahan berbahasa inggeris di hotel-hotel secara percuma khususnya hotel 4 [...]
Posted by: Abu Nuha on: 30 Ogos 2009
Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan Surau Riyadhus Solihin Taman Austral yang masih komited menyediakan juadah sungkai untuk tahun ini.
Saya difahamkan, ketika majlis ini dimulakan beberapa tahun lalu, ia hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.
Kalau tidak salah, ini baru tahun ketiga mereka mengadakan majlis sungkai untuk setiap hari. JK boleh betulkan jika saya [...]
Posted by: Abu Nuha on: 29 Ogos 2009
Ceramah Kemenangan Permatang Pasir & Wacana Buku Wajah Politik Baru Politik Malaysia
oleh :
YB Mohammad Husin (MP Pasir Putih Kelantan)
YB Nasir Zakaria (MP Padang Terap Kedah)
Datuk Halik Zaman
Hj Ansari Abdullah (MPT PKR)
Tarikh : 29 Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Hayati Villa, Petagas.
Masa : Selepas Tarawih. (Isyak & Tarawih di lokasi).
Posted by: Abu Nuha on: 29 Ogos 2009
Sumber : http://www.universitipts.com/ (Puan Ainon Mohammad)
Laporan kajian yang pernah dilakukan mendapati pengguna emel dan internet tidak suka membuka apa-apa halaman yang menyebabkan mereka terpaksa mengklik lebih daripada 3 kali.
Inilah faktor yang menyebabkan pembaca internet :
(i) Tidak suka mengklik “read more”….
(ii) Tidak suka mengklik “baca di sini”.
(iii) Tidak suka mengklik “link”.
(iv) Tidak suka membuka fail attachment.
Jadi, faham-fahamlah. [...]
Posted by: Abu Nuha on: 28 Ogos 2009
Kami ada 3 pasang arnab dewasa.
Awal petang semalam, 2 daripada 3 ekor arnab betina beranak dalam masa hampir serentak. Prosesnya bermula sekitar jam 2 petang dan anak terakhir lahir sekitar jam 4.
Arnab pertama melahirkan 7 ekor dan kemudian 5 daripadanya mati.
Kelahiran yang tidak kami jangka, menyebabkan kami sedikit terlalai. Biasanya, arnab akan melahirkan pada sebelah malam, [...]
Ulasan