ABU NUHA CORNER

USTAZ HJ AHMAD DARBI LUBIS KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted by: Abu Nuha on: 14 Julai 2009

Gambar ketika hayat beliau pada awal Mei lalu. Gambar ihsan http://pustakaalghazali.wordpress.com/

Gambar ketika hayat beliau pada awal Mei lalu. Gambar ihsan http://pustakaalghazali.wordpress.com/

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu itu dengan menariknya dari dada manusia, tetapi Ia menariknya dengan mematikan para alim ulama’”.

Seorang pendakwah yang gigih dan dikasihi masyarakat, Ustaz Hj Ahmad Darbi Lubis, 62 tahun kembali ke rahmatullah kira-kira 7.30 pagi tadi di Hospital Keningau.

Beliau diberitakan mula dimasukkan ke hospital berkenaan sejak rabu lalu mengadu sesak nafas, dan mula tidak sedarkan diri pada petang sabtu.

***

Ust Hj Ahmad Darbi Lubis adalah salah seorang daripada 18 pendakwah yang datang dari Medan pada 1974.

Berlainan daripada rakan-rakannya yang lain, sejak datang ke bumi Sabah pada tarikh itu, beliau tidak berpindah langsung dari Tambunan, tempat pertama dan terakhir beliau ditempatkan, sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini.

Beliau bertugas di Sekolah Ugama Islam Tambunan dan kemudiannya membantu Rumah Anak Yatim Tambunan. Daerah Tambunan ini dikenali sebagai kubu kuat Kristian di Sabah, di mana Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan menjadi wakil rakyatnya.

Sejak beliau dikhabarkan mula jatuh sakit, anak-anak murid beliau yang jumlahnya mencecah beribu orang itu satu persatu datang menziarahi beliau dan memenuhi ruang wad hospital.

Saya sendiri melihat kesan perjuangan beliau dengan ribuan umat Islam membanjiri Masjid Pekan Tambunan yang diperjuangkan oleh Allahyarham dan dibina pada zaman pemerintahan kerajaan BERJAYA betul-betul di hadapan rumahnya.

Kehadiran ribuan umat Islam terutama rakan-rakan pendakwah, anak didik beliau yang kini berkhidmat dalam pelbagai jabatan dan agensi balik memberikan penghormatan terakhir buat guru yang dikasihi.

Turut sama menitiskan air mata ialah anak-anak yatim yang menjadi tempat Allahyarham menumpahkan kasihnya kerana beliau tidak mempunyai anak sendiri. Orang ramai yang hadir begitu terkesan dengan kehadiran ramai pelajar sekolah yang merupakan anak didiknya.

Saya sendiri yang tidak pernah berguru secara langsung dengan Allahyarham turut mengalirkan air mata melihat kesan perjuangan beliau menampakkan keberkatannya pada tengahari tadi.

Umat Islam khususnya pelajar beliau dari pelusuk negeri terutama dari Keningau, Kota Kinabalu, Ranau, Kota Marudu, Kota Belud sama-sama membanjiri dan memenuhi ruang masjid.

Solat zuhur terpaksa dibuat beberapa kali, sementara solat janazah didirikan dengan keadaan penuh sesak. Sementara di luar masjid, ribuan lagi hadir tidak dapat masuk ke dalam.

Solat janazah dipimpin oleh Ust Hj Md Iyen Atim sementara doanya oleh Ust Hj Muchlish Ali Kasim. Kedua-dua mereka merupakan sahabat akrab Allahyarham yang datang bersama-sama berhijrah pada 1974.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Umat Islam Pekan Tambunan yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid daerah. Ust Hj Muchlish Ali Kasim sekali lagi memimpin talqin.

Semoga Allahyarham tenang di alam yang baru.

Kepada mereka yang pernah berguru dengan beliau, saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana ditakdirkan berguru dengan seorang pendakwah yang jujur dan ikhlas dengan ilmunya.

Harapan saya semoga jejak dan kesan dakwah beliau diteruskan oleh anak-anak murid beliau yang merata di bumi Sabah ini.

Hari ini kita kehilangan seorang lagi pendakwah yang berjuang untuk memartabatkan agama Allah. Al-Fatihah.

“Dan siapakah yang terlebih baik ucapannya berbanding orang yang menyeru kepada agama Allah serta beramal soleh, dan ia berkata : Aku termasuk orang Islam”.

 

Tinggalkan jawapan

Kalendar

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KENDURI PERPISAHAN CHE’GU JAMIL

Tarikh : 18 Nov 2009
Tempat : Surau Taman Austral
Anjuran : JK Surau & PUM

CERAMAH PEMANTAPAN AQIDAH

Tarikh : 19 Nov 2009 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Penjara Pusat Kepayan
Tajuk : Ancaman Liberalisme & Pluralisme

CERAMAH ‘IDUL ADHA

Tarikh : 28 Nov 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah Kebajikan Teratak Fitrah
Masa : 9-10 pagi.
Anjuran : SAHABAT

Statistik

  • 115,693 hits

RSS Roslan SMS

Maktabah