Posted by: Abu Nuha on: 11 Julai 2009

Alhamdulillah, sebentar tadi kami selamat menyampaikan sumbangan berbentuk makanan mentah seperti beras, minyak, tepung, kopi dan ubat-ubatan kepada 20 keluarga di Kampung Kinandusan, Kundasang.
Kampung Kinandusan, terletak kira-kira 3km dari Pekan Kundasang. Separuh jalan yang terakhir terpaksa dilalui dengan jalan yang masih belum berturap.
Kundasang bukanlah daerah yang terlalu asing bagi rombongan kami dan ramai orang. Inilah laluan utama ke Sandakan dan Tawau.
Gerai-gerainya terkenal masyhur dengan jualan sayur yang murah dan hijau segar. Ia terkenal dengan Taman Negara Kinabalu dan Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara.
Masuk ke dalam kawasan kampung seperti di sini merupakan pengalaman menarik. Punya pemandangan yang menarik, Kundasang terkenal dengan daerah tanah tinggi bersuhu dingin dan nyaman.
Terdahulu, rombongan kami seramai 11 orang tiba di Pekan Kundasang menjelang tengahari.
Solat zuhur di surau kampung berkenaan yang sudah dibina sejak awal 90an, dan saya diberi peluang untuk menyampaikan sedikit tazkirah. Isinya berlegar tentang memahami tujuan hidup sebagai hamba Allah, khalifah dan pemegang amanah.
Kira-kira 30 orang jamaah hadir di surau yang boleh memuatkan sekitar 100 orang, diketuai oleh Pengerusi JK Surau Encik Suhaidi Mosidang; dan yang paling menonjol ialah kehadiran ramai anak muda kampung berkenaan.
Semua sumbangan ditaja oleh Farmasi Aslam dan beberapa tokoh korporat yang tidak ingin dikenali nama mereka. Semoga Allah memberi pahala yang berpanjangan dan tidak putus kepada para penyumbang.
Semua sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Abu Aslam Abdullah, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah.
Petang ini, kami ada satu lagi lokasi. Sementara sebelah malam kami akan bermalam di sebuah rumah tanpa elektrik. Insya Allah esok akan bertolak pula ke Kota Belud sebelum kembali ke Kota Kinabalu pada sebelah petang.
Kg Dumpiring, Kundasang.











Geng Bas Sekolah berangkat pulang.. jumpa lagi!
1 | Kundasangi
15 Julai 2009 pada 10:10 am
Terima kasih kepada para dermawan