ABU NUHA CORNER

Archive for Julai 11th, 2009

KG DUMPIRING ATAS, KUNDASANG

Posted by: Abu Nuha on: 11 Julai 2009

Sebelah maghrib, kami meneruskan program di Kg Dumpiring Atas. Kampung ini letaknya lebih hampir dengan Pekan Kundasang, berbanding kampung yang kami ziarahi tengahari tadi.
Khabarnya 100 peratus penduduk di sini beragama Islam dengan jumlah penduduk sekitar 300 orang atau lebih. Kami mendapati sejarah perkembangan Islam di Kundasang ini begitu subur sekali seperti suburnya bumi Kundasang [...]

KAMPUNG KINANDUSAN, KUNDASANG

Posted by: Abu Nuha on: 11 Julai 2009

Alhamdulillah, sebentar tadi kami selamat menyampaikan sumbangan berbentuk makanan mentah seperti beras, minyak, tepung, kopi dan ubat-ubatan kepada 20 keluarga di Kampung Kinandusan, Kundasang.
Kampung Kinandusan, terletak kira-kira 3km dari Pekan Kundasang. Separuh jalan yang terakhir terpaksa dilalui dengan jalan yang masih belum berturap.
Kundasang bukanlah daerah yang terlalu asing bagi rombongan kami dan ramai [...]

KENDURI LUKMAN & HADIBAH

Posted by: Abu Nuha on: 11 Julai 2009

Kendurinya berlangsung selesai solat fardhu Jumaat di rumah mereka di Kg Kelatuan Papar.
Ustazah Siti Hadibah Abd Hajar adalah guru JQAF di Alor Setar. Dulu mengaji kuliah Lughah di Universiti al-Azhar Mansoura dan tamat pada 2007.
Lukman pula bakal kembali menyambung sarjananya yang berbaki setahun di Mesir dan cita-citanya untuk PhD masih belum padam lagi.
 Tak [...]


Kalendar

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

PERJALANAN

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari. Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

PERJALANAN 2

Perjalanan menempuh ombak menelusuri kebaikan dan kebenaran.

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

Statistik

  • 119,779 hits

RSS Merah Tinta

RSS Roslan SMS

Maktabah