Posted by: Abu Nuha on: 10 Julai 2009

Gambar ihsan bonekahati.blogspot.com
Ketika cuti sekolah hujung tahun 1988 darjah 3, saya berjinak-jinak dengan Jamaah Tabligh yang ada di kampung.
Walaupun penyertaan saya hanya dalam tempoh cuti itu sahaja, Jamaah Tabligh mempunyai jasa yang besar kepada diri saya sendiri.
Sepanjang darjah 1, 2 dan 3 pada sebelah pagi saya belajar di sekolah kebangsaan dengan berseluar pendek.
Sementara pada sebelah petang, saya ke sekolah agama pula dengan berseluar panjang atau berbaju melayu lengkap bersamping pada hari jumaat. Sekolah agama itu baru sahaja ditubuhkan ketika saya berumur 7 tahun.
Sebulan dua bersama Jamaah Tabligh, saya merasai kemanisan solat berjamaah, makan setalam, iktikaf di masjid dan sebagainya.
Menjelang maghrib, saya ikut bapa ke masjid menaiki kereta. Setelah isyak, bapa pun balik sedang saya masih berada di masjid untuk program selanjutnya.
Biasanya, jam 9-10 malam baru balik. Sendirian berjalan kaki kira-kira 20-30 minit. Bayangkan ketika itu baru darjah 3, sementara jalan raya masih gelap tanpa lampu jalan seperti sekarang.
Dalam umur begitu, saya kurang maklum apa sebenarnya tujuan saya ikut Jamaah Tabligh.
Tetapi saya selesa bersama mereka, membaca ta’lim dan bayan. Hanya saya tidak pernah menyertai keluar yang namanya 3 hari, 7 hari atau 40 hari itu.
Cuma ada beberapa situasi yang rasanya berlaku kepada Jamaah Tabligh walaupun mungkin ini kes terpencil dan mungkin masalah berkenaan kini sudah selesai.
Kisah 1.
Satu ketika, kami bersolat zuhur berjamaah. Yang berjamaah itu pula semuanya ahli Jamaah Tabligh termasuk imamnya sekali. Ketika rakaat ketiga, imam sudah duduk tahiyyat akhir.
Saya tahu solat kami masih kurang serakaat. Tapi saya darjah 3 dan paling muda, manalah tahu macamana hendak tegur dan betulkan imam.
Selesai imam memberi salam ke kanan dan kiri, saya membisikkan rakan di sebelah kanan yang jauh lebih tua umurnya daripada saya, bahawa solat kita kurang serakaat.
Senior itu juga menyedari, tapi dia juga jahil macam saya. Tak tahu hendak memperbetulkan imam. Rupa-rupanya hampir kesemua ma’mum menyedari kesilapan imam, dan semuanya tak tahu belaka kaedah menegur imam ini.
Pendek cerita, kami pun solat zuhur semula.
Kisah 2.
Pada Februari tahun 2000, saya menjadi imam di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Ketika itu, masjid berkenaan baru dirasmikan oleh TYT ketika itu, Tun Sakaran Dandai.
Masjid ini sarat dengan aktiviti. Antara yang regular ialah kuliah-kuliah maghrib yang berlegar tentang ilmu aqidah, ibadah dan akhlak.
Tetapi saya ralat dengan beberapa jamaah yang saya kenali sebagai ahli Jamaah Tabligh. Selesai saja solat maghrib, mereka beredar keluar dan nampaknya tidak berminat untuk mendengar kuliah.
Nanti dekat waktu Isyak, mereka hadir kembali. Apa yang saya kesalkan, pergerakan solat mereka ini ada yang masih belum betul menurut pemerhatian saya. Mereka ada ruang untuk belajar selepas maghrib tetapi mereka keluar pula.
Lebih anehnya, mereka mahu jamaah masjid mendengar ta’lim mereka selepas isyak di satu penjuru tiang masjid.
***
Seperti yang saya catatkan pada awal tadi, mungkin masalah sebegini terpencil sahaja. Saya sangat berharap, ia tidak lagi berlaku.
Rakan-rakan dalam Jamaah Tabligh hendaklah turut serta belajar dan mendengar kuliah-kuliah di masjid dan surau, bukannya hanya mengharap jamaah masjid menyertai ta’lim dan bayan kita selepas isyak.
Saya menyaksikan Jamaah Tabligh di negara lain khususnya di bumi Arab dipimpin oleh para pensyarah universiti yang pakar dalam permasalahan agama. Sedangkan di negara kita keadaan itu sangat berbeza.
Saya boleh kaitkan kisah 1 dan 2 di atas, bahawa sebahagian punca kesilapan itu berlaku kerana kita tidak mahu belajar sedangkan ruangnya sudah ada di hadapan mata.
***
Sempena Ijtimak Tabligh di Masjid KLIA Kuarters yang sedang berlangsung kini, saya ingin mengungkapkan penghargaan dan kredit buat Jamaah Tabligh ini.
Memanglah ada sedikit sebanyak kesilapan mereka (berbentuk individu) dalam menyampaikan risalah Islam, tetapi secara umumnya bagi saya kita harus memberi penghargaan kepada mereka terhadap beberapa perkara.
1. Mereka berani menegur anak-anak muda yang main bola supaya berhenti menjelang maghrib dan ke masjid untuk solat jamaah.
2. Mereka berani mengetuk rumah demi rumah dan menjelaskan kepada penghuni rumah terutama lelaki dewasa akan keutamaan hadir ke surau dan masjid untuk solat jamaah.
3. Istiqamah mereka dalam menjaga solat pada awal waktu secara berjamaah hendaklah menjadi teladan dan contoh yang baik kepada kita khususnya ahli gerakan Islam.
Kesannya kepada saya selepas mengikuti program tabligh di kampung pada 1988, naik darjah 4 saya sudah pun memakai seluar panjang. Saya pandai memakai serban pada hari ini pun atas jasa ahli Jamaah Tabligh juga.
Semoga Allah membalas jasa kalian.
salam..
bila nak keluar lagi??
ermm…
kes tu memang barah dalam jemaah….
jemaah kg sy sy x idup sbb akhlak jemaah yg -ve,,
kredit juga utk jemaah diatas kjayaan ijtimak ini,,
sy btul2 duk depan bai wahab & maulana saad
” Jamaah Tabligh mempunyai jasa yang besar kepada diri saya sendiri.”. TAK INGINKAH UNTUK MEMBALAS JASA…KENALILAH INDIVIDU BESAR DALAM TABLIGH (MAULANA SAAD, BAI WAHAB ETC.). MEREKA NI SATU SEN PUN TAK MINTA UPAH UTK PENGAJARAN AGAMA MALAH HARTA MEREKA HABIS KERANA AGAMA. TANGIS MEREKA KERANA PENDERITAAN/KEJATUHAN UMAT. WUDUK SOLAH ISYAK MEREKA MASIH BOLEH GUNA UTK SOLAH SUBUH
MEREKA TAK TERKENAL SPT HASSAN AL-BANA, SY. QUTB ETC.
RASANYA USTAZ KENA KENAL DIA NI SIAPA, BERSEMADI DI BAQI, MADINAH. KUBURNYA BERSEBELAHAN IMAM MALIK (DI KALANGAN AHLI BAIT). KITABNYA PALING LARIS SKRG. (sedikit mashor, banyak makbol)
“Cuma ada beberapa situasi yang rasanya berlaku kepada Jamaah Tabligh walaupun mungkin ini kes terpencil dan mungkin masalah berkenaan kini sudah selesai ” SAMA-SAMA BANTU DAN BIMBING LAH MEREKA NI,
MEREKA NI SATU MASA DULU (MACAM SAYA JUGA), ORG TABLIGH KUTIP DARI KUTU-KUTU TEPI JALAN DAN MAT-MAT REMPIT.
usul dan tertib telah di gariskan. Yang salah dan silap tu adalah AHLI nya yang tidak tahu, tidak peka atau pun buat buat tak tahu akan pesanan dan nasihat Maulana Maulana dalam Usaha Dakwah ini….. bermacam2 pesanan dan nasihat yang berharga telah di beri dan di sampaikan.. Orang yang beruntung adalah..mereka yang dengar…amal dan sampaikan…
semoga saya dan tuan tuan istiqamah di atas agama yang benar ini… dan moga di jauhi…takut2…
di dunia ini kita lah orang yang lantang memperjuangkan agama tetapi sampai di akhirat….. tak di pandang oleh Allah….nauzubillah…
Berpegang lah pada “Laailaha illallah Muhammadur rasulullah”
Perintah ALlah cara Rasulullah saw…pasti kejayaan di dunia dan akhirat….
cara yahudi, nasaraa, majusi, cara melayu ke, jawa ke…. cara kita sendiri pun tak ada kejayaan….
InsyaAllah..teruskan perjuangan membantu agama Allah dengan mengIKHLASkan diri kepadaNYA…..
maulana2 dlm tabligh ada yg hafiz 7 qiraat..khatam bukhari, muslim, dll….shaikhul hadis, alim 4 mazhab..shaikh tarikat…
ulamak yg ajar kat masjid malysia pulak setakat ajar mustika hadis, patut pun setengah2 tu tak duduk..
hahahaa..
sedangkan ulama top dlm tabligh yg luas ilmu pun bg nasihat depa tak dengar kata ini kan pulak ulamak malaysia..lagi laa
tuan imam..dah lama dah mesyuarat nizamudin tekan kan kepentingan memuliakan ulamak dan berkhidmat pada mereka..situasi kat malaysia jaa macam ni…
Kalau berani cobalah tuan beri masa keluar sekurang-kurangnya 4bulan, baru boleh rasa rumah tuan condong ke tegak, memang orang yang ikut uhasa tabliq ni banyak yang buat salah, sebab mereka tu semua SEGANG BELAJAR……………………………….., bukan semua orang yang ikut uhasa tabliq ni tak duduk program masjid……………………………………………….,
Salam ….
Jangan kerana perbuatan segelintir dari mereka, maka kita menghukum kesemua mereka-mereka yang buat usaha agama ini.
Tiada seorang pun manusia yang ‘perfect’, kecuali Baginda saw.
Doakan semoga mereka semua di beri hidayah, Insya-Allah.
Pengarang kitab fadail amal, iaitu maulana zakaria rah, juga merupakan pengarang kitab ‘Aujazul Masalik Syarah al muwatta’ iaitu syarah kitab al muwatta’ karangan imam malik rah. ^ jilid. Mana ada ulama malaysia yang pernah syarah kitab2 besar macam tu.
Satu lagi..perkuburan baqi’ adalah perkuburan sahabat2 nabi saw di tanah haram. Mana pernah ada ulama zaman sekarang yang pernah di kuburkan di sana kecuali maulana zakaria rah.
Ketika TG nik aziz belajar di madrasah doeband, india, maulana zakaria masih berkuliah di madrasah sharanpur, berdekatan dengan madarah doeband. Saya yakin, TG nik aziz pernah menghadiri kuliah oleh maulana zakaria. Mana mungkin seorang pelajar agama yang taqwa akan melepaskan peluang untuk belajar dari ulama besar seperti maulana zakaria rah.
Kesimpulannya, jangan ragu2 dengan tertib dan kaedah dakwah yang dibawa oleh jemaah tabligh. Insyaallah, ia bersumberkan quran dan hadis kerana ia didokongi oleh ulama2 besar yang tinggi ilmu dan taqwa.
Kes-kes terpencil dimana ada ahli2 jemaah yang kurang ilmu, ia berpunca dari kesilapan individu. Anda mungkin akan biasa jumpa, seorang yang berpakaian lengkap dengan serban dan jubah, tapi bila baca fatihah, berterabur. Jangan terus pandang buruk. CUba siasat latar belakangnya. Mungkin dia baru 5-6 bulan lepas ditahan dipenjara kerana tuduhan merompak, membunuh, zina dsb, tapi sempat di pujuk rayu oleh jemaah supaya keluar 3 hari dan terus taubat. Mana mungkin orang macam ni boleh baca alfatihah macam qari akademi al quran dalam masa beberapa bulan.
Saya pernah berkawan dengan seseorang ahli jemaah. Akhlaknya sungguh baik. Tak pernah marah2. Senyum je. Saya memang rapat dengan dia. Dalam jemaah, dia pun selalu jugak kena marah2. Setelah 2-3 tahun berkawan rapat denganya, barulah saya tahu cerita sebenar tentang dia. Rupa-rupanya dia ni dulu biasa keluar masuk penjara. Seorang kaki pukul. Dulu orang takut dengan dia. Penjual dadah dsb. Banyak orang2 bawahannya yang sentiasa ikut perintah dia. Tapi dah taubat. Sekarang, kalau ada ijtimak dan perhimpunan, dia selalu jadi tukang cuci periuk dan talam. Bila saya dgr cerita ni, macam tak p[ercaya. Patutlah semua orang panggil dia Umar. Ingatkan nama sebenar., Rupa-rupanya bukan nama sebenar. Tetpai nama baru yang diberi selepas pertama kali keluar 3 hari.
Alhamdulillah, saya terjumpa dia di medan ijtimak setelah lebih setahun tak jumpa
Salam..
Wahai saudara seagamaku..
Wahai qarqun dan qarqunah..
Kena faham dan terima la nasihat tuan Abu Nuha..Baca betul2 posting dia then baru komen..Jgn komen ikut perasaan..Husnuzonnn sheikh..Kan Tuan Abu Nuha dah bagi kredit..syukur la..Apakah kita berdakwah minta di puji @ di caci?Tentu tidak kan..
Then sedikit demi sedikit kita kena perbaiki kelemahan yg ade..
Memang fitrah kerja dakwah ni tak pilih bulu..Kerja dakwah ni tak mcm persatuan or mana2 NGO yg mana ahli2 perlu di tapis kelayakkan nya..
Perlu kpd golongan profesional,ahli akademik,baik paras rupa etc..
Ini kerana takutkan fitnah or di pandang rendah oleh persatuan,parti,ngo or ape shj kumpulan lain..
Kerja dakwah tak mcm tu,mat rempit,mat pet,mat disko,mat dangdut @ poco2,pemakan riba,pemakan rasuah,bekas pembunuh,bekas banduan,petani,penghantar surat,pencuci tandas,pekerja buruh,lawyer,doktor,lecturer,menteri, sesiapa sahaja yg merasakan dirinya umat Muhammad yg bertanggungjwb atas usaha agama ni ade dlm kerja dakwah ni..Coz ianya pilihan Allah..
Jadi kalu org lain telah terlihat keaiban yg ade kena terima la dan perbaiki la mana yg patut meski pun teguran itu manis ataupun pahit..
Aku berpesan dgn diri aku,jgn masuk umah org lain pastu komen dgn kata2 yg menghiris tuan umah tu..Itu pun dah di kira berdosa!
Mana pergi akhlaqnya??
Since lps ijtimak,ni perkara aku terlepas pandang..jaga akhlaq dan tutur kata bila komen kat umah org lain..
Belajar wahai sahabat2ku utk teguran org lain..
“Mistake make perfect” kata pepatah mat yg belum lg saleh (mat saleh)
Terima Kasih Tuan Abu Nuha kerana menegur kami,maaf kan atas kelemahan diri yg byk dosa ni kerana kami org belajar2 nak baiki diri..
Normal la dlm “proses learning” tu byk bebenor salahnya..Mcm satu org budak baru lahir,ambil masa nak belajar meniarap,belajar merangkak,berlajar bertatih tatih,belajar nak berjln meskipun kdg2 terduduk kdg2 tersadung..
Doa kan kebaikkan utk kami Tuan dan kami juga akan mendoakan tuan..
W’salam..
Nenek saya kata… org Tabligh (depa kata) mcm baju yang nak dibasuh, kadang2 baju ada yang kotor, ada yang kurang kotor dan ada yg x kotor, dimasukkan dalam mesin(mesjid) ada baju yg kotornya lebih kena pakai mode yg tinggi, ada baju yg kurang kotor pakai mode yg biasa2 pon dah bersih….
So yang pentingnya, diorg(org Tabligh) dlu mgkn xpernah datang surau, Alhamdulillah la depa dah mai surau, ble buat taklim, ble bagi kuliah free(best lagi pada ust yg dok mai ngajaq)
Tapi apa plak alasan kita bila jemaah datang kat tempat kita:
!) Org yg bermusafir di tempat kita hendaklah kita menyediakan makan, minum, tempat rehat dan segala keperluan mereke utk 3 hari- ini hak diorg
2) Bila ada ghast, kita ikut x? cemana nak jawab soklan dalam kubur (siapa sedara2 kamu) klu kita dok terperap ptg2 kat umah x nak jumpa sapa
Yang aku tau… org tabligh ka, org biasa ka, karkun ka, kartun ka semua umat nabi s.a.w, nak jumpa nabi kena menyintai2 sunnah2 baginda, sunnah yg paling basaq ialah dakwah, dan dakwah x bermaksud kita dok kat mesjid, tgu org mai, sampai kiamat pon depa xmai, so kena pi jumpak depa, pujuk rayu supaya dapat datang ke mesjid. itu namanya dakwah(mengajak org kepada ALLAH) dan bukan menunggu org utk bagi ceramah.
Kemunggkaran yang paling besaq syirik kepada ALLAh
Kemungkaran kedua tebesaq meninggalkan solat
Insya Allah semoga ALlah bagi taufik utk amalkan dan sampaikan
Komentar ditutup.
1 | althatunnisa
11 Julai 2009 pada 6:45 pm
semoga kita semua diberi hidayat oleh Allah s.w.t..wabarakallahu fikum..