ABU NUHA CORNER

ANTARA ABE UJI, TUAN AZIZ & TAN SRI SYED MOKHTAR

Posted by: Abu Nuha on: 9 Julai 2009

biodataCalon1

biodataCalon2

Antara bahan kempen UBN di Man-U bahawa calon PAS hanyalah seorang peraih ikan, bersekolah rendah dan mengaji pondok. Berbanding calon mereka yang punya sarjana muda pengurusan teknologi UTM. Mereka membesar-besarkan isu latar belakang pendidikan calon PAS ini.

Pagi ini saya menerima sms seorang sahabat yang memberi respon kepada isu ini.

Sebenarnya UBN lupa bahawa dalam majlis ulangtahun UMNO baru lalu, mereka telah menyampaikan anugerah usahawan terbilang kepada seseorang yang belajar hanya setakat SPM.

Usahawan berkenaan merupakan orang ke-7 terkaya di Malaysia dan ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau banyak menderma dan melakukan kerja-kerja amal sehingga kini.

Prestasi akademik memang penting, tetapi dalam kehidupan ini, segulung ijazah bukanlah segala-galanya. Begitu juga dalam memilih pemimpin seperti wakil rakyat.

Rasulullah SAW juga bukan keluaran mana-mana universiti, bahkan baginda seorang yang buta huruf. Tetapi Allah SWT telah memilih hambaNya ini sebagai nabi akhir zaman, dan menjadi presiden bagi semua nabi dan rasul.

Apabila kita mengaji ilmu tauhid, khususnya perkara berkaitan kerasulan, ada 4 sifat wajib bagi rasul. Benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana. Keempat-empat sifat digabung jalin untuk menjadikan rasul itu sebagai pemimpin yang hebat dan contoh sepanjang zaman.

Dahulu ketika Man-U berADUNkan Paksu Wel, beliau juga bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi. Selama 5 penggal beliau memimpin rakyat dan dengan izin Allah mampu menewaskan calon BN seperti Wan Zaid yang mempunyai kelulusan sarjana.

Hari ini ramai orang bijak, terutama keluaran universiti. Ada orang bijak tetapi tidak amanah.

Dewasa ini juga kita membaca kisah-kisah seperti penyelewengan akaun bank, memindah duit akaun orang ke dalam akaun peribadinya sehingga mencecah juta-juta, rompakan cip komputer dan bermacam-macam lagi. 

Takkanlah kepakaran memindah duit akaun orang lain ke dalam akaun peribadi seperti itu dilakukan oleh orang yang setakat sekolah rendah dan sekolah pondok saja.

1 Maklumbalas kepada "ANTARA ABE UJI, TUAN AZIZ & TAN SRI SYED MOKHTAR"

Antara amanah dengan pengetahuan yang disijilkan. Pengetahuan dinegara kita kini disijilkan. Orang yang berpengetahuan yang disijilkan belum tentu berilmu. Ilmu ertinya sampai makna sesuatu kedalam diri. Punyai sijil yang benyak dan berjela-jela belum tentu berilmu. Tetapi yang punya amanah selalu bijaksana. Punyai pengetahuan yang disijilkan boleh jadi tak amanah dan hanya bijaksini kerana ini mereka buat kerja yang tak amanah, songlap wang kepunyaan orang lain. Ambil sesuatu bukan kepunyaannya, punyai kumpulan harta seperti rumah diluar kemampuannya. Ini contoh orang yang tak amanah dan bijaksini (bijak bak dunia aje). Awas manusia bijak sini akan kebas bila berkesempatan.

Tinggalkan jawapan

Kalendar

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KENDURI PERPISAHAN CHE’GU JAMIL

Tarikh : 18 Nov 2009
Tempat : Surau Taman Austral
Anjuran : JK Surau & PUM

CERAMAH PEMANTAPAN AQIDAH

Tarikh : 19 Nov 2009 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Penjara Pusat Kepayan
Tajuk : Ancaman Liberalisme & Pluralisme

CERAMAH ‘IDUL ADHA

Tarikh : 28 Nov 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah Kebajikan Teratak Fitrah
Masa : 9-10 pagi.
Anjuran : SAHABAT

Statistik

  • 114,639 hits

RSS Roslan SMS

Maktabah