ABU NUHA CORNER

SEKITAR PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM PUAN SUNRA

Posted by: Abu Nuha on: 8 Julai 2009

Allahyarham Puan Sunra Golo, ibu sahabat kita Saharuddin Ibrahim @ Rustam, sempurna dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Inanam Laut petang tadi.

Terdahulu, Allahyarham dibawa dari rumah ke Masjid Negeri pada jam 10.30 pagi untuk dimandi dan dikafankan.

Sementara solat janazah dilakukan sejurus solat fardhu zuhur yang diimamkan oleh Ustaz Amiruddin Amir, Imam Masjid Negeri yang juga sahabat karib Rustam ketika belajar di Terengganu satu masa dahulu. Tidak kurang 200 orang jamaah turut serta menyembahyangkan janazah.

Di Inanam Laut, talkin dipimpin oleh al-Fadhil Ust Hj Nahar Matamin dari JHEAINS Kota Kinabalu.

Apa yang menyentuh perasaan dan menggembirakan hati saya ialah komitmen sahabat-sahabat khususnya ahli usrah yang hadir sama ada di rumah Rustam, di Masjid Negeri dan di Tanah Perkuburan Inanam Laut ini.

Rakan-rakan berkunjung ke rumah Rustam seawal 2 pagi dan tidak putus sehingga janazah dibawa ke masjid. Begitu juga di masjid, rakan-rakan menanti serta turut merasai sama musibah yang menimpa.

Ketika solat janazah, saya benar-benar melihat ramai ahli usrah daripada pelbagai kumpulan hadir bersama-sama jamaah masjid yang sedia ada.

Ketika janazah sedang diurus dan dikebumikan di Inanam Laut, saya merasakan keindahan dan kemanisan berusrah yang bertahun-tahun kita ikuti.

Terbukti peranan usrah untuk mentarbiyah diri, serta menanam perasaan kasih dan ukhuwah terhadap sesama sahabat jelas kelihatan dalam peristiwa ini. Kita telah diajar tentang taaruf, tafahum dan akhirnya ta’awun. Saling mengenali, saling memahami dan saling bekerjasama.

Susah dan senang sahabat kita ringankan dan rasai bersama. Ayuh kita semai, bajai dan mantapkan program usrah di tempat masing-masing.

Sebagaimana kita telah bersolat hajat untuk kesihatan Puan Sunra ketika uzurnya, kita tetap mendoakan kesejahteraan dan keampunan buatnya setelah beliau pergi selama-lamanya.

IMG_5250

IMG_5255

IMG_5257

IMG_5260

IMG_5272

IMG_5273

IMG_5279

IMG_5281

IMG_5283

IMG_5286

IMG_5287

1 Maklumbalas kepada "SEKITAR PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM PUAN SUNRA"

Semoga dirahmati Allah SWT

Tinggalkan jawapan

Kalendar

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

MESYUARAT LAJNAH TASHIH AL-QURAN, KDN

Tarikh : 4-7 Okt 2009.
Tempat : Melaka

NADWAH PEWARIS NABI

Tarikh : 7 Okt 2009 (Sabtu)
Tempat : Bangunan USIA, Sembulan
Masa : 8 Pagi -12 tengahari.
Tetamu undangan : Tun Sakaran Dandai, YDP USIA; Dato' Sheikh Abd Halim Abd Kadir, YDP Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Anjuran : PUM Urusetia Sabah & JHEAINS

SEMINAR RASM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH

Tarikh : 10 Okt 2009 (Selasa)
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS KK
Masa : 7 Pagi - 5 Petang.
Peserta : 700 orang
Anjuran : Kerajaan Negeri Sabah & KDN, Putrajaya

Statistik

  • 105,898 hits

Ulasan

RSS Roslan SMS

Maktabah