IMG_4717

IMG_4486

Alhamdulillah, sebagaimana dijadualkan hari ini berlangsung meriah Sukaneka PASTI Pantai Barat bagi tahun 2009 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Dengan kehadiran lebih 1200 orang terutama ibu bapa dan ahli keluarga pelajar yang memenuhi ruang tempat duduk berbumbung stadium, sukaneka ini menghimpunkan 444 peserta iaitu para pelajar daripada 14 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dari seluruh Pantai Barat Sabah, termasuk wakil daripada Beaufort.

IMG_4495

Sukaneka PASTI kali ini dirasmikan dengan jayanya oleh YDP PAS Kawasan Putatan yang baru, Abdul Hamed Bakar. Dalam ucapannya, antara lain beliau menegaskan bahawa PASTI adalah pra sekolah yang semakin berkembang di seluruh negara termasuk di Sabah.

Di kawasan Pantai Barat Sabah dari Kudat hingga ke Beaufort dan Keningau, terdapat 20 buah PASTI, manakala di seluruh Sabah, tidak kurang 40 buah PASTI. Menurut Abd Hamed, pengurusan PASTI Pantai Barat merancang untuk menubuhkan 3 lagi PASTI pada tahun hadapan.

“Adalah menjadi perancangan pengurusan PASTI untuk menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah PASTI sebagai permulaan di setiap DUN dan PARLIMEN di seluruh negeri”.

IMG_4496Untuk rekod, PASTI Malaysia telah berusia 25 tahun dan sejak itu sehingga kini telah melahirkan lebih 300 ribu pelajar. Kini terdapat 63 ribu pelajar di 1700 PASTI seluruh Malaysia dengan keseluruhan 3300 jumlah guru.

Dalam sukaneka itu, PASTI al-Amal, Likas telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Sebanyak 10 acara dipertandingkan yang dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan iaitu susun abjad, isi air dalam botol, pakaian seragam, lari dalam guni dan lari berganti-ganti.

IMG_4497Turut mencuri tumpuan ialah lari berganti-ganti 4×100 meter khusus untuk ibu bapa dan AJK penganjur serta pertandingan menganyam ketupat untuk kaum ibu.

Kemeriahan sukaneka yang berakhir pada jam 2 petang itu juga terserlah dengan kehadiran kira-kira 20 orang  jurugambar bebas dan profesional khususnya dari MSJ Photography dan lain-lain bersama kamera jenis DSLR.

Kehadiran mereka yang pada mulanya tidak dijangka dan mengejutkan urusetia, dan ia jelas menunjukkan betapa aktiviti jamaah kini mula mendapat perhatian pelbagai pihak.

IMG_4499

IMG_4501

IMG_4503

IMG_4505

IMG_4506

IMG_4508

IMG_4514

IMG_4512

IMG_4518

IMG_4523

About these ads