ABU NUHA CORNER

TETAMU DARI BRUNEI DARUSSALAM

Posted by: Abu Nuha on: 22 Jun 2009

P6210874

Hari ini saya menerima emel berupa gambar-gambar dari keluarga di Labuan.  Keluarga kami menerima tetamu istimewa dari Negara Brunei Darussalam.

Tetamu itu ialah sepupu kami sendiri yang sudah menetap dan berkeluarga di sana.

Hakikatnya jarak Labuan dan Brunei bukanlah jauh sehingga menghalang kami bertemu. Tetapi kehidupan masing-masing yang sudah mempunyai keluarga dan kerjaya sendiri, menyebabkan pertemuan itu terasa sangat manis dan berharga sekali.

Abang Hamzah bin Mohammad merupakan sepupu tertua kami. Allahyarham bapa mereka yang sudah lama kembali kerahmatullah, adalah abang sulung dalam adik  beradik bapa.

Abang Hamzah tiada dalam gambar pertama di atas, kerana menjadi jurugambar. Yang ada di dalam gambar itu ialah keluarga kami bersama isteri dan anak-anaknya.

Isterinya ialah yang duduk 3 dari kanan, sementara 4 orang anaknya yang berdiri 3 lelaki dan seorang perempuan, bermula nombor 2 dari kanan. Besar-besar dan bujang-bujang sudah anak-anak buah ni.

Minat Abang Hamzah kepada seni foto sudah terserlah sejak lama dahulu. Lihatlah aksinya bersama kameranya ini. Saya pernah melihat gambar-gambarnya yang pernah diambilnya dahulu memang cantik.

P6210863

Saya sendiri lebih lama tidak  bertemu mereka. Mungkin pertemuan terakhir lebih 10 tahun lalu. Saya terkenang saat-saat bertemu mereka di Brunei satu masa dulu. Mereka orang baik-baik. Bilalah agaknya mahu ke Brunei lagi…

Label: ,

3 Respons kepada "TETAMU DARI BRUNEI DARUSSALAM"

assalamualaikum kami dari team E.lead menjemput anda untuk join dalam peniagaan produk amoorea ,sekarang sykt sedang membuke sykt di indon,brunei,jadi sebelum ianya dibuka ditempat anda saya jemput anda join dalam team e-lead supaya apabila resminya di tempat anda nama anda akan berada teratas…untuk join dan membuat tempahan anda boleh layari web saya di http://www.1855.myniaga.net

assalamualaikum abu nuha
saya nak mintak beli arnab anu nuha klu masih ada di labuan.teringin nak bela tp tak tau nak cari kat mana.ni no saya 0196695527

saya ada di kk. tapi kalau balik labuan, saya boleh bawa. nak arnab jenis macamana

Tinggalkan jawapan

Kalendar

PUSTAKA ASLAM

Menjual buku-buku dan majalah berasaskan Islam sama ada ibadah, muamalat, motivasi, novel, siasah, akhlak dan sebagainya.

Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

INILAH PERJALANAN DAKWAHKU..

Ilmu saya sedikit. Amalan juga sedikit. Mudah-mudahan sedikit yang saya sampaikan memberi saham yang baik di belakang hari.

Siapa tahu bila tarikh hidup ini berakhir?

KULIAH MAGHRIB ABU NUHA

Isnin - Masjid Kg Sipanggil (Hadith).
Selasa - Masjid Kg Muhibbah (Hadith).
Rabu - Surau Taman Austral (Tajwid).
Jumaat - Surau Taman Olivia (Hadith).
Sabtu - Masjid Kg Lok Kawi Baru (Hadith).
Ahad - Surau Taman Limauan (Tafsir).

KELAS AL-QURAN & TAJWID BERSAMA ABU NUHA

Kelas al-Quran & Tajwid setiap Isnin hingga Khamis, jam 1-2 petang. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tingkat 4, Blok B, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Yang berminat hubungi Tuan Hj Said Osman : 019-8604324.

KENDURI PERPISAHAN CHE’GU JAMIL

Tarikh : 18 Nov 2009
Tempat : Surau Taman Austral
Anjuran : JK Surau & PUM

CERAMAH PEMANTAPAN AQIDAH

Tarikh : 19 Nov 2009 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Penjara Pusat Kepayan
Tajuk : Ancaman Liberalisme & Pluralisme

CERAMAH ‘IDUL ADHA

Tarikh : 28 Nov 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah Kebajikan Teratak Fitrah
Masa : 9-10 pagi.
Anjuran : SAHABAT

Statistik

  • 113,484 hits

Ulasan

RSS Merah Tinta

RSS Roslan SMS

Maktabah