IMG_2479Ahad malam isnin (10 Mei), saya hadir dalam ceramah sempena majlis silaturrahim buat siswa-siswi baru Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah.

Saya berbesar hati menerima pelawaan adik-adik di sana tanpa menetapkan secara khusus apa isi kandungan ceramah itu sebenarnya.

Saya memulakan ceramah lebih 2 jam itu dengan menceritakan panjang lebar sejarah manis kelahiran Maahad Tahfiz al-Quran pada 12 Jun 1995. Jauh sebelum itu, saya mengingatkan mereka tentang budi dan jasa para huffaz Sabah terdahulu yang memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya MTQQNS ini.

Secara terperincinya, dua tokoh yang utama ialah Datuk Hj Asmali Bachi dan Datuk Hj Mokhtar Rapok – kedua-duanya masih hidup dan kini berkhidmat kontrak di Masjid Negeri Sabah.

Sudah tentu di sana terdapat ramai lagi tokoh-tokoh yang turut berperanan sama, tetapi sengaja saya menonjolkan doa tokoh ini sebagai orang lama yang telah menghafaz al-Quran di Sabah.

IMG_2478Setelah berkisah panjang tentang sejarah awalnya, saya melontarkan pandangan pula untuk diri mereka, bagaimana menjadi penghafaz al-Quran yang baik, daripada segi akhlaknya, penampilannya, dan kaedah menghafaznya.

Sudah tentu kepada ramai huffaz, masing-masing mempunyai kaedah tersendiri, dan saya juga memberi beberapa pilihan kepada mereka kaedah-kaedah yang sesuai menurut kemampuan masing-masing.

Daripada segi akhlak dan penampilan, cukuplah sebutan Sayyidatina Aisyah RHA tentang diri Rasulullah SAW bahawa akhlak baginda ialah al-Quran.

Kepada kesemua siswa-siswi MTQQNS yang baru, selamat menyertai dunia tahfiz. Semoga sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT, bersabar dengan cabarannya serta bersungguh-sungguh menghadapinya.

Insya Allah, Allah akan menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong dalam menegakkan agamaNya.

About these ads