Skuad kali ini diperkukuhkan dengan kehadiran salah seorang sifu kami, yang menjadi rujukan kami bertanya iaitu Tuan Hj Ayub Abd Rahman Abdullah.
Saya bukanlah orang yang terlalu mengkagumi individu.
Tetapi ada baiknya jika kita mengambil iktibar dengan kegigihan para pendakwah seumpama beliau, yang sudah berumur 63 tahun ini tetapi masih gagah meronda Malaysia menyampaikan risalah Islam.
Sebagai orang yang pernah menjadi paderi besar dan boleh mengampun dosa manusia tanpa had pada zaman jahiliyyahnya, beliaulah orang yang tepat untuk menjawab dan menghuraikan persoalan agama kristian.
Ini kerana, terdapat umat Islam yang jahil mengkagumi agama selain Islam, dan menganggap semua agama adalah sama saja.
Selain itu, turut serta beberapa pensyarah UMS yang membantu membuat kajian tentang perkampungan ini serta beberapa siswa siswi yang bertindak sebagai fasilitator.
Sementara Hj Ayub membuat muqaddimah tentang asas Islam dan Kristian yang jelas mencuri tumpuan lebih 150 peserta, selebihnya diisi oleh Ust Md Khidir yang bekerja keras dan saya sendiri mengambil satu slot.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Ayub, Chegu Jamil, Ust Khidir, Sdr Nordin Saad, Ust Arbaen, Ust Hakim, Supardi dan Mirwandi.
Khusus penghargaan buat generasi pelapis daripada PSS & UMS – Azizul Julirin, Jubair Juhinin, Rita Radin, Nurul Insyirah Suhoto dan Asma Baadu yang menawarkan diri mereka sebagai fasilitator dan bersama-sama kami di kampung ini.
Kepada pihak tuan rumah, Ust Shahnizan Ishak, Ust Abd Aziz Muji, Cikgu Saripan Muji, Sdr Matsatia Odi dan tidak lupa pakcik driver Kaimin Maja yang sudi menjemput dan menghantar pulang – terima kasih atas jasa baik walaupun hanya sempat bersama sekadar semalaman.
Teristimewa buat adik-adik di sana khusus peserta yang terlibat, ingatlah segala pesanan kami semua terutama tentang kewajiban mempertahankan aqidah Islam yang ada di dalam diri kita masing-masing. Jangan mudah terpedaya dengan anasir negatif yang cuba mengganggu gugat aqidah umat Islam.
Begitu juga kewajiban yang berbentuk rukun seperti solat dan puasa, juga kewajiban berakhlak mulia sama ada kepada ibu bapa, guru, rakan sama ada Islam atau tidak hendaklah dipraktikkan bersungguh-sungguh.
Jadilah penganut Islam yang baik sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja. Ketika sendirian dan beramai-ramai, siang dan malam, dalam semua situasi.
Memang kenangannya tetap ada, apabila sebahagian slot berjalan tanpa sokongan generator elektrik, dalam masa yang sama sesekali lokasi keputusan air dan sebagainya. Insya Allah pertemuan dan perpisahan yang bertunjangkan aqidah dan kerana Allah akan dinaungi olehNya. Semoga kita bertemu lagi.
























Assalamualaikum..terima kasih di ucapkan kepada Tn. Hj. Muhammad Akmal Othman yang sudi membuat liputan Program Pemantapan Aqidah di sekolah kami SMK Timbua baru-baru ini dan di upload ke blog ustaz ini… Semoga usaha kita ini dirahmati Allah…
Alhamdulillah, sebahagian peserta kursus telah melihat blog ustaz ini (berkat kemudahan Pusat Akses Sekolah yang menggunakan pemancar Parabola) dan mereka sangat teruja dengan artikel yang ustaz tulis… mudah2 an akan ada lagi lawatan susulan ke sini di masa mendatang…
Jutaan terima kasih juga buat semua rombongan dari PUM cawangan Sabah yang sudi meluangkan masa cuti mereka ke sekolah kami yang serba kekurangan ini. Untuk akhirnya, saya bagi pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini memohon sejuta kemaaafan andai ketibaan antum semua ke sekolah kami tidak dilayan dengan layanan selayaknya. Almaklumlah, keadaan disini yang tidak mengizinkan…. Kami warga SMK Timbua mengucapkan sekalung penghargaan atas usaha murni pihak tuan-tuan sekalian..mudah2an ianya memberi impak yang positif kepada kami terutamanya pelajar-pelajar kami dalam mendalami aagama Islam..InsyaAllah..Amin
Ikhlas dari: Shahnizan Bin Ishak
assalamualaikum…..
semoga smk timbua terus maju d masa hadapan
ASsalamualaikum……….semoga smk timbua terus maju kehadapan,selamat menyambut bulan ramadhan
yeahhh!!! saya support timbua!!! go!go!go!
good luck buat pelajar timbua yang tak lama lagi akan menahadapi PMR &SPM 2010 NIE YER!!!MIZZ U ALL
moga smk timbua akan slalu succes… aku pnh skul d cni dlu… love u SEMETRA.
Kpda smua kakitgn SEMETRA.. i miss u all.. thanks for u all…
mcm knl jak nie..heheh
Assalamualaikkum,.. apa kabar pelajar2 smk timbua?? harap kamu somua dalam keadaan yang baik.. d kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru2 smk timbua yang telah mendidik saya.,., jasa kalian akan ku kenang hingga akhir hayatku..
saya akan doakan agar smk timbua berjaya 1 hari nanti.. amin,.,..
smga smk timbua cmrlang,gmilang n tblang dr smua aspk.amin
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga SMK Timbua… Selamat maju jaya… Semoga SMK Timbua bersedia berinovasi..