img_1767Kami tiba di Masjid asy-Syarif Kg Timbua sekitar jam 12.20 tengahari. Dalam rundingan awal, saya diminta menjadi khatib.

Tetapi spontan saya mengutarakan agar Ust Junaidi Saip @ Paumat, senior kami di SMAI TPHR dahulu dibawa bersama.

img_1752Ust Junaidi merupakan orang Kg Tagudon Lama, Kundasang. Anak jati dusun, yang mengaji di KUSZA (94-97) dan kemudian di UKM dalam Pengajian Islam (1998-2000).

Ust Junaidi yang saya ketahui sering berceramah dalam bahasa dusun, tetapi berkhutbah dalam bahasa dusun merupakan pengalaman pertamanya. Bagi saya, ini merupakan satu percubaan dan pendedahan yang baik, khususnya agar dakwah kita sampai kepada sasaran.

Dalam arena khutbah dan khatib pula, Ust Junaidi sering naik khatib di Masjid SMK Kolombong, Inanam tempat beliau bertugas. Naik ke mimbar dengan membawa laptop sekali. Demikian saya dimaklumkan.

img_1756Kembali cerita di Masjid asy-Syarif itu.

Penduduk di sana hampir 100% berbangsa dusun, kecuali saja beberapa guru dari semenanjung dan staf luar dari Ranau. Saya perhatikan, masjid sesak dengan jamaah sehingga melimpah keluar.

Rasanya ruang dalam masjid itu hanya dapat menampung sekitar 70-80 orang, sedang yang hadir lebih 100 jamaah.

Jamaah terdiri daripada masyarakat Islam yang bukan sahaja tinggal di kampung Timbua ini tetap juga dari kampung berdekatan.

img_1757 Setahu saya sepanjang jalan ini, hanya di sini ada mendirikan solat jumaat.

Ust Junaidi dalam khutbahnya menekankan soal keimanan yang menjadi teras dalam kehidupan orang Islam.

Selain rukun, ayat al-Quran dan hadith yang dibaca dalam bahasa Arab, selain itu khutbah beliau diselang seli dalam bahasa Melayu dan Dusun yang menjadi bahasa perantaraan masyarakat tempatan di sini.

Sebagai staf JHEAINS daripada Unit Penyelidikan dan Informasi, saya mengambil kesempatan ke mari dengan turut mengedarkan taqwim solat dan Buletin JHEAINS. Mudah-mudaha bermanfaat.

About these ads