Posted by: Abu Nuha on: 12 April 2009
Pagi jumaat sebagaimana dijadualkan, saya mengambil slot pertama dalam program kali ini. Bagi program di SMK Bongawan ini, ia dinamakan Basic Knowledge of Religion 2009.
Apa yang menarik, walaupun saya tidak menyertai sehingga akhir – tengahari sabtu – kerana punya jemputan program lain di Kota Kinabalu, saya melihat penyertaan dan sentuhan puan pengetua sekolah dan ramai guru yang terlibat secara langsung.


Mereka bekerja bersungguh-sungguh menjayakan program ini sejak awal dan mendengar sendiri slot-slot dan siri-siri ceramah kami. Bagi saya itu adalah satu penghormatan berharga buat kami dan juga kepada guru panatia agama yang bersungguh-sungguh menjayakan program ini.
Kalau di SMPO Sipitang Ust Amir Hamzah mengepalai program bagi pihak Persatuan Ulama’ Malaysia (Sabah), di SMK Bongawan ini pula Ust Md Khidir kembali beraksi semula, kerana Ust Amir punya program di sekolah beliau.

Sementara Che’gu Jamil mula ’meninggalkan’ kami untuk memulakan jaulah (pengembaraan) ke seluruh pelusuk Sabah, team ‘Sahabat Bible’ mendapat suntikan baru dengan penyertaan Ust Zulkifli Nawawi dari SMKA KK dan Ust Arbaen Syawal dari SK Mutiara, selain komitmen utuh daripada Ust Bungsu Aziz Jaafar.
Terima kasih tidak terhingga dengan penyertaan fasilitator dari Persatuan Siswazah Sabah (PSS) UMS dan 100 pelajar SMK Bongawan. Semoga kita mendapat kekuatan daripada Allah SWT.





wah beznya tgk gmbr2 cgu msk internt emm Insyallah lau ada lg pu3 join phk ums bt p`mntpn akidah ek Insyallah
1 | ACHIK AIDIK'S
13 April 2009 pada 3:37 am
SALAM ZIARAH…
KAMI SEBAGAI FC, RASA SANGAT2 BERSYUKUR KERANA DI BERI PELUANG UNTUK DI TARBIYAH DAN MENTARBIYAH ADIK2 SMKB..
SYUKUR ALHAMDULILLAH…
LAIN KALI JANGAN LUPA JEMPUT LAGI…
INSYAALLAH KAMI SEDIA MEMBANTU…