p40401251

img_0147Alhamdulillah, program yang dirancang oleh pihak sekolah berkenaan khususnya Jawatankuasa Unit Penghayatan Islam SMK Pengiran Omar berjalan dan berakhir dengan baik.

img_0011Sebagaimana sering kami sebutkan dalam program-program lalu, antara objektif program ini ialah untuk menanam aqidah yang mantap di kalangan pelajar, selain belajar memahami agama lain khususnya kristian menurut perspektif Islam.

Bersama rakan-rakan ‘sahabat bible’, kami mengambil slot masing-masing secara berganti-ganti bermula sejak pagi sabtu sehingga berakhir tengahari tadi.

Che’gu Jamil dan Ust Amir bertolak awal pada malam sabtu bersama rombongan fasilitator dan menginap di asrama sekolah berkenaan.

Program kali ini dipimpin oleh Ust Amir Hamzah menggantikan Ust Khaidir yang tidak dapat hadir bersama.

img_0009Bermula pagi sabtu, dengan Che’gu Jamil Dayan melakukan muqaddimah dan taklimat, Ust Amir memulakan pengisian dengan slot ‘Sejarah Kristian’ dan ‘Asas Ajaran Kristian’.

Saya pula tiba sekitar jam 2 petang mengambil alih slot jam 3-4 petang dengan tajuk ‘Asas Islam & Sejarah al-Quran’. Cikgu Hashim Harun dari SMK Sanzac yang datang menjelang maghrib, menyampaikan ceramah ‘Mukjizat al-Quran’ pada sebelah malam.

img_0142Slot ceramah terakhir disampaikan oleh Ust Bungsu Aziz Jaafar yang baru tiba awal pagi tadi dengan tajuk ‘Pertentangan Fakta Dalam Bible’.

img_0014Ceramah demi ceramah itu seperti biasa diselangi dengan slot latihan dalam kumpulan (LDK) yang dipimpin oleh 10 fasilitator khususnya 9 orang daripadanya dari UMS atau lebih tepatnya Persatuan Siswazah Sabah (PSS) melalui unit Kelab Remaja Ukhuwwah.

Asyraf – Ikhwan – Nik Nur Syuhada – Azianti – Farah – Ayu - Cahaya – Afifah – Aslam – Arafat.

Kesemua mereka menunaikan amanah fasilitator dengan cemerlang sekali. Bagi pihak Persatuan Ulama’ Malaysia (Negeri Sabah), yang bekerjasama dengan penganjur, saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama mereka.

img_0170Kepada pihak sekolah, ucapan terima kasih atas kepercayaan mereka kepada kami bagi mengisi program bermakna ini khususnya pengetua, seluruh JK yang terlibat, istimewa buat Ustazah Feriza Abd Brahim bersama rakan-rakannya yang kami perhatikan begitu bekerja keras sejak sebelum program  ini dirancang sehingga akhirnya.

img_0146

img_0148Tidak lupa penaja pengangkutan, Tuan Hj Abu Aslam Abdullah dari Farmasi Aslam yang sudi membenarkan van digunakan untuk kerja dakwah kali ini bersama pemandunya sekali, termasuk ‘meminjamkan’ anak sulung beliau untuk membantu kerja-kerja teknikal sekaligus sebagai fasilitator.

img_0154

img_0155

img_0156Kepada semua pelajar seramai 95 orang yang baik-baik dan sporting kesemuanya, kami berharap kesan program ini akan menjadikan adik-adik semua sebagai umat Islam yang kasih kepada agamanya, cinta kepada Allah dan RasulNya serta sanggup mempertahankan Islam di mana sahaja berada.

Insya Allah kita akan bertemu lagi.

img_0157

img_01631

img_0160

img_0171

About these ads